Thursday 30 June 2011

KREATIF DAN INOVATIF










MALAM GALA MANTAN GPK PETANG

Kehadiran Barisan PIBG,Pentadbir Sekolah dan Guru-Guru
Meraikan Mantan GPK Petang yang bersara pada 20 Jun 2011

Mantan GPK Petang Puan Zaleha Hj. Ahmad bersama suami dan
YDP PIBG Dr Izhar  bin Che Mee








Di Belakang Tabir...sesekali muncul dengan lagu...

Monday 27 June 2011

PROGRAM SEKOLAH MULAI 2 JULAI HINGGA 5JULAI 2011

LARIAN (1M 1S) DAN HARI KOMITMEN

Dengan  hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan program- program pada ketetapan berikut :-       

2.1     LARIAN 1MURID  1SUKAN 
Tarikh          :   2.7.2011  (Sabtu)
Masa             :   7.00 pagi  hingga  12.30 tengahari
                     Semua murid wajib hadir di sesi pagi.                   

2.2  BICARA TOKOH (DATO’ DR. SHEIKH MUZAPHAR B.  SHEIKH    SHUKOR)
Tarikh          :   2.7.2011  (Sabtu)
Masa             :   11.00 pagi  hingga  12.30 tengahari
Tempat   :    Dewan Tan Sri Mustapha Kamal
                   Murid tahap 2 sahaja yang terlibat.

2.3     HARI KOMITMEN
Tarikh          :   5.7.2011  (Selasa)
Masa             :   8.00 pagi  hingga  12.30 tengah hari (Sesi pagi)
      1.30 petang hingga 4.30 petang  (Sesi petang)
                         Sesi persekolahan seperti biasa

2.4   TAKLIMAT IBU BAPA DAN MURID TAHUN 6 BERSAMA PENTADBIR
Tarikh          :   5.7.2011  (Selasa)
Masa             :   8.00 pagi  hingga  9.00 pagi
1.  Dewan Tan Sri Mustapha Kamal        Tahun 6A hingga 6E
                                                        (Pn.Zalinah bt Zubir, Guru Besar)
2.  Dewan Zaleha Ahmad                       Tahun 6F hingga 6J
                                                             (En.Abd Hadi b. Jantan,GPK1)
3.  Bilik Mesyuarat                                 Tahun 6K hingga 6M
                                                      (Pn.Hamidah bt Nipah, GPK HEM)
                                                              En.Zainal Abidin b. Md Nor


3.                    Tuan/Puan dijemput hadir bagi menandatangani kad laporan dan membincangkan prestasi anak tuan/puan bersama guru kelas.

4.                    Pihak sekolah juga mengadakan pameran mini di Dewan Zaleha  Ahmad dan di Makmal Sains 2 dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.  Tuan/Puan dialu-alukan untuk menyaksikan pameran tersebut untuk mengetahui program dan pencapaian sekolah.

Sila aturkan pengangkutan dan keselamatan anak-anak tuan-puan .

Thursday 23 June 2011

MAJLIS PERSARAAN GURU PENOLONG KANAN PETANG: PUAN ZALEHA HJ AHMAD

Tanggal 19 Jun 2011 merupakan tarikh akhir perkhidmatan  Guru Penolong Petang Puan Zaleha binti Ahmad  SK Taman Bunga Raya 1 yang pertama. Pada usia 56 tahun dengan perkhidmatan selama 27 tahun  meninggalkan kesibukan dunia pendidikan tentu akan merasakan satu kenangan indah menghadapi hari-hari berikutnya.

Mula berkhidmat di Sk Taman Bunga Raya 1 pada tahun 2002 sebagai guru matematik  dan pada tahun 2003 beliau di naikkan pangkat sebagai Guru Penolong Petang .
Sebagai  Guru Penolong Petang, cabaran menghadapi  karenah murid-murid sesi petang yang menjangkau  seramai 1600  orang pada suatu masa dan seramai 75 orang guru  di tangani dengan penuh kesabaran .
Memulakan kerjaya sebagai guru sementara selama 3 tahun di SM Tun Perak, Padang Rengas bermula pada tahun 1976. Beliau telah menyertai Kursus Dalam Cuti (KDC), opsyen Matematik di Maktab Persekutuan Pulau Pinang. Beliau kemudiannya mengikuti Kursus Cacat Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Selangor pada 1988.
Berikut adalah sejarah perkhidmatan beliau:
         SM Tun Perak, Padang Rengas. Bermula 1976 sehingga 1983.
         SMK Damansara Jaya, Selangor. 1984-1996.
         SMK Sg Choh, Rawang, Selangor. 1997-2003.
         SKTBR (1), Bukit Beruntung, Rawang, Selangor. 2004 hingga kini…
         Tahun 2005 dilantik menjadi Penyelia Petang
 PENCAPAIAN
Guru Cemerlang Matematik SMR Daerah (1999)
Penyelaras Program Mentor- Mentee, "high Flyers" dan klinikal bg tingkatan 3.
 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang- Melintang pada tahun 1996  

Khidmat bakti beliau di Sekolah Taman Bunga Raya  1 akan terus menjadi ingatan khususnya secara peribadi saya sebagai guru besar dan rakan sejawat beliau, barisan penolong kanan serta guru-guru, staf sokongan  dan anak didi nya. Segala nasihat, peringatan dan teguran kepada semua pihak akan di jadikan iktibar untuk kami meneruskan usaha beliau yang belum tamat khususnya program "high flyers" dan kelas bimbingan tahun 2,3 dan empat , Insya Allah.
Bagi semua warga sktbr 1, saya memohon maaf  jika kami  terlepas bicara, terkasar bahasa, tersilap laku sepanjang perkhidmatan puan bersama kami di sekolah ini.
Tinggalkanlah kenangan pahit yang akan mengganggu ketenangan alam persaraan di luar pintu pagar sekolah. Sematkanlah dihati segala kenangan manis sepanjang berkhidmat sebagai pendidik khasnya di sekolah ini.
Saya juga merakamkan semua pihak yang bertungkus lumus memastikan majlis meraikan persaraan puan Zaleha berjaya seterusnya menjadi kenangan paling manis bagi puan Zaleha seumur hidup sebagai seorang pendidik.
Selamat Bersara , moga hari esuk lebih aman dan tenteram dari jerit pekik dan kebisingan suasana sebuah sekolah. Semoga Puan Zaleha dapat mengisi ruang-ruang yang tertinggal lebih bererti bersama keluarga, kerana sepanjang perkhidmatan, komitmen tinggi  puan  yang mementingkan keberkesanan dan keutamaan kepada warga sekolah.
Ketibaan Puan Zaleha Hj. Ahmad, GPK Petang


Barisan Staf Sokongan Mengetuai Pembawa" Sireh Pulang Ke Gagang"


Majlis Sireh Pulang ke Gagang di Dewan Tan Sri Mustapa

Kenangan Dari Barisan GPK
Kemuncak Gimik "Sireh Pulang Ke Gagang"
Kepada Suami Tercinta Kami Pulangkan
Bersalaman dengan wakil murid sesi pagi

Perasmian "Dewan Zaleha Ahmad" di Aras 2

Menyaksikan Pameran Khas GPK Petang SKTBR 1

                                      
Sentuhan Manis Buat Kenangan Di Pejabat GPK Petang

Menandatangi Buku Perasmi
                                     

Terima Kasih "Jasamu Di Kenang" Puan Zaleha Ahmad









                   




 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...