Saturday 31 December 2011

Penyemakkan Bukur Rekod Mengajar 2012 @31/12/11


Setiap guru mesti mempunyai Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan mesti
memasukkan takwim sekolah yang boleh didapati melalui blog 
http://sktbr1dihatiku.blogspot.com
RPT mesti di bawa bersama Buku Rekod Mengajar sewaktu Pengajaran dan
Pembelajaran


TOV (take of value) setiap murid juga mesti dilengkapi di dalam 
buku rekod mengajar guru pada 31/12/2011 bagi membantu guru meletakkan sasaran (ETR).
Ia juga dapat membantu guru mengenal murid mengikut keperluan,bahan dan pendekatan ketika
 P&P  secara individu 



Jadual Waktu Persendirian guru dan Jadual Kelas telah di edarkan 
pada 22 Disember 2011


Penulisan Buku Rekod Mengajar menggunakan kaedah tulisan tangan


Penulisan Buku Rekod menggunakan kaedah teknologi

Ini adalah Perancangan Encik Hezry Abdollah Guru Pemulihan
Bagi kelas Tahun 2 2012, mengenal nama setiap murid menjadi agenda 
dalam meningkatkan kualiti Pengajaran  & Pembelajaran

Guru Besar dan Penolong Kanan akan di beri tugas menyemak Buku Rekod
Mengajar bagi menambahkan ilmu pengurusan seperti mengawal,memantau,menyelia 
serta memberi bimbingan  dalam persedian pengajaran  yang berkesanan setiap guru.
Guru-guru  wajib menghantar buku rekod mengajar setiap hari Jumaat .
Jika ada keperluan , segala maklum balas akan dimaklumkan di dalam tazkirah 
mingguan setiap hari Selasa mengikut sesi  malahan kaedah secara memo atau bimbingan 
personel turut digunakan.

Friday 23 December 2011

Mesyuarat Tahun 1 & LINUS / 2012


                         Pada 23 hb Disember 2011 bersamaan hari Jumaat jam 8.30 pagi satu mesyuarat Hari Orientasi dan Program Transisi bagi murid-murid tahun 1/2012 telah dijalankan di bilik mesyuarat. Mesyuarat turut membincangkan program Linus 2012 dengan mengambil kira TOV 2011 Linus murid-murid tahun 1 dan 2 /2011.






Taklimat dari Penyelaras LINUS: Encik Hezry



Thursday 15 December 2011

Projek Pendidikan Sivik Kewarganegaraan Tahun 6 2011

















Contoh Hasil Projek Kumpulan: Kemudahan Awam

Model Court Badminton


Model Padang Bola Sepak




Model Padang Permainan Kanak-Kanak










Model Kolam Renang








Model Peti Surat Awam


Model Telefon Awam




Teknik Mengikat Untuk Mencantum







Model di bina dengan struktur yang kukuh menggunakan gam 
dan tapak yang stabil



Model  Menggunakan Bahan Terbuang
Menghasilkan Projek Yang Cantik,Kreatif dan Kukuh







Tuesday 13 December 2011

Mesyuarat Khas Perpindahan Murid Secara Kelompok dari SKTBR 1 ke SKTBR 2

 Pada 13 hb Disember 2011 bersamaan hari Selasa, satu mesyuarat bagi memindahkan murid-murid secara kelompok dari  Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 ke SK Bunga Raya 2 .
Turut hadir ialah Tuan Haji Rahim bin Omar, Penyelia Cemerlang Unit Sekolah Rendah PPD Hulu Selangor, Encik Hassan Basri bin Ismail ,Unit Sekolah Rendah PPD Hulu Selangor, Encik Zailani bin Karim Guru Besar SK Taman Bunga Raya 2, Puan Isnayani binti Zulkapli GPK HEM SK Taman Bunga Raya 2,Wakil dari SK Taman Bunga Raya 1 terdiri dari : Puan Zalinah binti Zubir Guru Besar, Encik Abdul Hadi bin Jantan GPK Pentadbiran/1, Puan Aida @Alpiah bt Ahmad Kamari GPK HEM, Puan Fauziah bt Amran GPKK PPKI dan Encik Zaini bin Mat Lazin GPK Petang.

Mesyuarat telah membincangkan dan bersetuju menggerakkan seramai 173 orang murid seperti berikut:

1. 13 murid tahun 1/2012
2. 30 murid tahun 2/2012
3. 37 murid tahun 3/2012
4. 33 murid tahun 4/2012
5. 34 murid tahun 5/2012
6. 26 murid tahun 6/2012
Semua murid terlibat yang beralamat di kawasan perumahan Mawar,Anggerik, Kemuning dan Teratai.

Oleh kerana SK Taman Bunga Raya 2 belum mampu menampung bilangan murid yang ramai, pergerakkan secara kelompok kali 2 ini juga mengambil kira kepentingan kedua-dua pihak melibatkan ibu bapa dan pengurusan sekolah.

Mesyuarat bersetuju bahawa pihak SK Taman Bunga Raya 2 akan menolak jika kelebihan jumlah murid yang memohon masuk seperti yang telah diputuskan di dalam mesyuarat sehingga akhir Disember 2011 dan proses pertukaran murid prosedur biasa mulai 1 hb Januari 2012.                                                                   

Mesyuarat juga bersetuju menerima masuk semula ke  SK Taman Bunga Raya 1  jika terdapat permohonan dari ibu bapa.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...