Tuesday 31 January 2012

Majlis Persaraan Guru Besar SK Antara Gapi: Puan Hajah Siti Hajar bt. Hj Ramli


Bangunan Sekolah Kebangsaan Antara Gapi, Hulu Selangor

Pintu Masuk Utama 



Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat

Puan Hajah Siti Hajar binti Haji Ramli
Guru Besar yang diraikan


Barisan Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah dan 
Barisan Guru-guru Besar daerah yang turut hadir

Ucapan Penghargaan dari Encik Zaki , wakil PPDHS

Amanat terakhir dari Puan Guru Besar SK Antara Gapi 



Pengerusi MGB Daerah Menyampaikan Sijil Perkhidmatan Cemerlang










Sentuhan Puan Hajah Siti Hajar yang menjadi sejarah 



 



Rakaman Video










Sunday 22 January 2012

Tahun Baru Cina 2012 - Naga Air dan Kesenian Islam

Naga dalam kesenian Islam

Oleh ROS MAHWATI AHMAD ZAKARIA
Kurator Muzium Kesenian Islam Malaysia

NAGA sering dikaitkan sebagai makhluk dunia mistik yang amat berkuasa. Ia menjadi simbol kebaikan dan kejahatan mengikut adat dan tradisi kepercayaan sesuatu tempat di dunia ini. Secara amnya, naga digambarkan sebagai haiwan yang besar, mempunyai kuku yang tajam dan boleh menghembuskan api daripada mulutnya. Ia digambarkan sebagai haiwan daripada keluarga reptilia yang bertelur bagi tujuan pembiakan.

Daripada gambaran di atas, terdapat dua bentuk naga yang sering digunakan sebagai hiasan dalam dunia seni. Naga yang bersayap ataupun naga yang mempunyai badan bersisik yang panjang seperti ular tetapi mempunyai sepasang tangan dan kaki. Terdapat beberapa kawasan seperti di Rusia yang menggambarkan naga sebagai haiwan yang mempunyai kepala yang banyak. Islam tersebar luas di dunia ini termasuklah di kawasan-kawasan yang mempercayai kewujudan naga dalam kehidupan manusia di zaman lampau. Antara kawasan atau wilayah Islam yang mempunyai tradisi itu adalah Turki, Parsi, India, China dan dunia Melayu. Naga dikenali dengan pelbagai nama di wilayah-wilayah Islam tersebut seperti Illuyankas (Turkish), Azi Daha-ka (Parsi), Naga (Sanskrit dan Melayu) dan Lóng (Cina).

Dalam kesenian Islam, beberapa motif haiwan yang digunakan sebagai lambang kepada raja atau pemerintah dan simbol kekuatan kerajaan seperti gajah, harimau dan singa. Motif hiasan naga tidak digunakan pada barangan seni yang melibatkan ayat suci al-Quran ataupun barangan dan pakaian yang digunakan di dalam ibadah sembahyang.
Motif hiasan naga selalunya digunakan pada perkakasan kegunaan harian seperti pinggan, senjata, tekstil, duit, barang perhiasan, kotak kayu dan manuskrip. Barangan-barangan seni itu tidak mempunyai kedudukan yang istimewa atau diagung-agungkan dalam kehidupan masyarakat Islam yang menggunakannya. Salah satu manuskrip Parsi yang menggunakan motif naga berjudul Shahnameh (Buku Raja-Raja Parsi). Manuskrip sastera agung Parsi itu adalah himpunan karya sastera dalam bentuk puisi panjang. Ia menceritakan pelbagai perkara berkaitan dengan raja-raja Parsi termasuk kejadian-kejadian luar biasa yang terjadi pada zaman sebelum Islam sehingga kedatangan Islam ke Parsi pada abad ke-7 Masihi. Dalam salah satu karya sastera itu, terdapat kisah pertempuran Bahrum Gur, seorang pemerintah kerajaan Sasanid Parsi sebelum Islam dengan seekor naga.

Kebanyakan motif naga yang digunakan dalam dunia Islam mempunyai bentuk seperti ular yang besar dan panjang serta bersisik. Yang membezakan motif naga dan ular adalah motif naga mempunyai dua pasang kaki di bahagian bawah badannya. Bentuk naga yang digunakan mempunyai persamaan dengan bentuk naga yang digunakan di China yang menjadi simbol kepada Maharaja China.

Naga bukan asing dalam dunia Melayu. Walaupun kewujudannya tidak pernah direkodkan tetapi terdapat beberapa nama khusus yang digunakan oleh masyarakat Melayu bagi haiwan ini.

Kamus Dewan edisi keempat ada dinyatakan beberapa nama naga iaitu naga hari, naga gentala dan naga berapi. Motif naga berkepak atau bersayap yang digunakan di atas tekstil Melayu seperti batik dikenali sebagai naga seknik.
Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang merayakan Tahun Naga pada tahun 2012, Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) memeriahkan sambutan dengan mengetengahkan motif hiasan naga yang ada pada barangan kesenian Islam.
Pengunjung boleh melihat motif naga ini di beberapa galeri kekal seperti galeri manuskrip, kerja logam, dunia Melayu dan galeri gaya hidup. MKIM akan menyediakan satu aktiviti yang dipanggil 'Pemburuan Naga' untuk kanak-kanak. Sila lawati laman sesawangwww.iamm.org.my untuk maklumat lanjut.


Gendang untuk memeriahkan tarian singa
(credit:  1Utama, Damansara)



Warna merah, limau, pokok buluh dan naga dalam perayaan Tahun Baru Cina 2012
Tahun Naga Air
Naga merupakan simbol paling digemari dalam 12 zodiak Cina, satu simbol diraja, kekayaan dan kuasa


Photo kenangan penulis di Sunway Hotel, Penang



credit: Zain Zubir 

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3209465400673&set=


Credit: Tan Teik Fong
Budaya memberi "Ang Pow" dalam masyarakat Cina ketika sambutan Tahun Baru



Thursday 19 January 2012

Seminar Bakal Pesara 2014


19 Januari 2012, satu seminar khusus untuk bakal-bakal Pesara telah di adakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, Shah Alam. Encik Awang Musran b. Tawil, Penolong Naib Presiden Kanan Bank Muamalad Malaysia Berhad telah memberi input pengurusan kewangan. Beliau menegaskan kepada bakal pesara 2012-2014 untuk mula menternak duit dari sekarang amat penting bagi mind setting bakal pesara. Kehidupan ketika bekerja dan kehidupan di alam persaraan kemungkinan merupakan satu kejutan budaya bagi kakitangan kerajaan jika tidak mula membuat persiapan pengurusan kewangan. Duit graduiti dan pencen yang akan diterima sudah tentu tidak mencukupi jika kakitangan kerajaan tidak mula merancang dari sekarang. Beliau juga mengingatkan bakal pesara bahawa sekarang mereka dalam proses PANTANG dari membuat pinjaman baru yang melibatkan hutang piutang bagi mengelakkan tidak dapat merasa nikmat wang pencen dengan tenteram. Pencen di usia 55 , 56, 58 atau 60 bukanlah masa yang sesuai untuk memulakan menjadi usahawan dengan wang graduiti , oleh itu beliau memesan kepada bakal pesara untuk tidak terlibat dengan produk yang bernama berjaya seperti "skim cepat kaya" tetapi menyarankan bertanya kepada mereka yang berjaya. 










                                                            



TAKLIMAT DARI JPA:
Kira pencen dan graduiti anda di sini:

Peranan Dan Tanggungjawab Bakal Pesara 
  • Menyemak rekod perkhidmatan dan cuti bagi memastikan ianya telah di kemaskinikan
  • Buat opsyen memilih tempoh perkhidmatan dalam Borang JPA.BP.SPPP.B04
  • Buat pengakuan ahli Kumpulan Wang Simpanan dalam Borang JPA.BP.SPPP.B04
  • Sediakan salinan kad pengenalan, sijil nikah/cerai (jika berkenaan) dan surat beranak anak-anak di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin (bagi anak cacat, tiada had umur di tetapkan. Dapatkan laporan perubatan bagi mengesahkan keadaan tersebut)-JPA.BP.UMUM.B04.
  • Isi Borang JPA.BP.SPPP.B01a dengan membuat rujukan kepada Ketua Jabatan mengenai bank-bank yang menyertai Sistem Pembayaran Pencen Melalui Bank;
  • Lengkapkan dan tandatangan Borang JPA.BP.SPPP.B01a dan pastikan alamat yang diberi adalah alamat tempat tinggal selepas bersara.
  • Pastikan akaun cukai pendapatan/pinjaman perumahan adalah kemaskini dan selesaikan hutang Kerajaan lain
  • Memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Jabatan bagi melengkapkan kertas-kertas persaraan; dan
  • Pastikan Ketua Jabatan mengemukakan kertas-kertas persaraan kepada Bahagian Pencen JPA mengikut jadual masa yang ditetapkan.



Sunday 15 January 2012

Merentas Desa 2012-01-14

TARIKH                   : 17 JANUARI 2012
HARI                        : SABTU
MASA                       : 7.30 – 12.00 tengah hari

TENTATIF:
7.30 pagi                  : Pelajar berkumpul di tapak
                                   perhimpunan mengikut rumah sukan 
                                   masing-masing

8.00 pagi                   : Bacaan doa

8.05 pagi                   : Senamrobik

8.30 pagi                   : Taklimat Pengurus Kejohanan
               (S/U Sukan)

9.00 pagi : Peserta dilepaskan mengikut kategori
  1. Perempuan  Tahun 4.
  2. Perempuan  Tahun 5
  3. Perempuan Tahun 6
  4. Lelaki Tahun 4
   5. Lelaki Tahun 5
   6. Lelaki Tahun 6

9.45 pagi : Acara larian selesai

10.00 pagi : Ketibaan  AJK PIBG

10.15 pagi : Ucapan Perasmian Penutup

10.45 pagi : Majlis Penyampaian Hadiah Oleh Tuan Hj Dollah , AJK PIBG SKTBR 1

11.00 pagi : Bersurai.


Memulakan dengan semangat rumah

Cik Suhaila mengetuai senamrobik









Sunday 8 January 2012

Sayangi Diri

Perhimpunan 09/01/2012

Latar belakang:

1. Perhimpunan Rasmi Hari Isnin
2. Jam 7.30-8.05 pagi dan 6.15-6.45 petang
3. Pengisian ucapan Guru Besar:
    a. Selamat memulakan sesi persekolahan 2012
    b. Tema "Sayangi Diri"  Tajuk "Hak dan Tanggungjawab kanak-kanak"
          i.    Sebagai   Insan
         ii.    Sebagai   Murid
        iii.    Sebagai    Anak

- Sebagai Muslim sejati bagi yang beragama Islam dan bagi murid bukan Islam mempunyai pegangan terhadap kepercayaan. Oleh itu patuhi peraturan hidup sebagai insan dengan agama sebagai asas untuk terus menyayangi diri sendiri. Sebagai murid Islam , anda dilarang menyakiti diri sendiri, aniaya diri dan tidak memberi peluang kepada diri untuk dimanjakan seperti kita menyayangi kedua ibu bapa kita.
Sebagai insan yang hina di sisi Allah, kita wajib mencari keredhaan Allah, mendekati diri serta menyerahkan segala-galanya pada Allah. Allah menyarankan kita mencari ilmu dalam ayat "Iqra" bacalah..bermakna Allah menegaskan dalam menyayangi diri , kita wajib mencari ilmu . Bak kata pepatah  "Hina besi kerana karatnya, Hina manusia kerana tiada ilmunya".

-Sebagai murid yang mempunyai hak untuk mendapat pendidikan maka amanah dan tanggungjawab murid  untuk mencari ilmu di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1. Masa yang sama murid-murid sewajarnya menghormati semua warga sekolah bermula dari pekerja swasta, kakitangan pejabat, guru-guru malahan pentadbir sekolah mesti dihormati kerana tanggungjawab anda menjaga maruah diri. Mulakan dengan memberi salam atau ucapan selamat pagi atau selamat petang. Rebutlah peluang pahala kerana orang yang mendahului ucapan salam sebagai pembina jambatan silaturahim mendapat pahala dan bagi yang menjawab adalah wajib jika tidak akan mendapat dosa. Sebagai murid, sayangi diri dengan mencari ilmu dari pelbagai sumber bukan sahaja di dalam kelas malahan dari sumber di papan info yang terpapar di persekitaan sekolah. Berusaha ke Perpustakaan Zaaba kita di aras 4 kerana di situ beribu-ribu maklumat berbentuk buku, majalah, eletronik dan bahan. "Rajin bertanya tidak sesat jalan" oleh itu banyakkan komunikasi bersama rakan kelas dan rakan sekolah malahan guru adalah pemberi ilmu yang baik. Bagi menjadikan sekolah SK Taman Bunga Raya 1 yang unggul bukan sahaja di daerah Hulu Selangor malahan di peringkat kebangsaan setiap murid mesti berusaha memartabatkan diri sendiri " Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah" kerana kita bimbing seperti pantun berikut:     
"Berburu ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki, berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi"

Penutup bicara Guru Besar sebagai Aspirasi Mentor 1 anda adalah anak-anak saya yang dirahmati Allah sayangilah diri , yang baik adalah rahmat dan petunjuk Allah, kekurangan bicara adalah kelemahan Guru Besar sebagai insan biasa  moga Allah mengampunkan kita dan sentiasa memberi petunjuk dan hidayahnya kepada keluarga besar SK Taman Bunga Raya 1.

Saturday 7 January 2012

Amalan dari Pendidikan Sivik "Tanggungjawab terhadap kawasan persekitaran"

Pendidikan Sivik Kewarganegaraan Tahun 6

Objektif


Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.

1.1 Objektif Pengetahuan :
i. Mengenal pasti tingkah laku yang boleh menyumbang terhadap pembangunan watak yang mulia.
ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab ke arah pembinaan keluarga yang bahagia.
iii. Menjelaskan kepentingan hidup bersama secara harmoni.
iv. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.
v. Menerangkan sistem kerajaan Malaysia dan sumbangan pemimpin negara.
vi. Mengenal pasti cabaran dan ancaman dalam masyarakat

1.2 Objektif Kemahiran :
i. Mengurus diri dengan baik dan bertanggungjawab.
ii. Mengamalkan kesederhanaan dalam tingkah laku.
iii. Berinteraksi secara sopan dengan anggota keluarga, rakan dan masyarakat.
iv. Menangani konflik diri, keluarga dan rakan.
v. Belajar hidup bersama untuk kesejahteraan diri dan masyarakat.
vi. Menyertai aktiviti masyarakat untuk kebaikan bersama.
vii. Membuat keputusan yang bijak dengan mengambil kira kepentingan diri dan orang lain

1.3 Objektif Nilai :
i. Mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri.
ii. Menghargai sumbangan ibu bapa dan anggota keluarga.
iii. Menghormati kaum dan budaya lain.
iv. Menyayangi alam sekitar.
v. Menunjukkan semangat kekitaan.
vi. Menghormati pemimpin dan menghargai jasa mereka.
vii. Menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara.

AMALAN: Hasil Pembelajaran

.i. Mengelaskankan kepentingan kemudahan awam kepada masyarakat

ii. Menglibatkan diri dalam penjagaan kemudahan awam dan persekitaran

iii .Menghargai harta benda sekolah dan kemudahan awam.

AKTIVITI:

i.  Mendemonstrasikan cara   mengguna dan menjaga   kemudahan awam di sekolah.

ii. Menceriakan kawasan sekolah dalam mengujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.

                                                    PERSEKITARAN SEKOLAH: 
                                                        Langkah 1 : fokus kawasan


Langkah 2: Membersihkan kawasan


 Langkah 3: Mengumpul bahan buangan dari rumah dan 
jika perlu membeli bahan hiasan


Langkah 4:Menceriakan kawasan untuk melihat
 kesesuaian konsep dan aspirasi sekolah


Langkah 5: Pemandangan ketika menaiki dan menuruni tangga





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...