Saturday 17 March 2012

Majlis Meraikan Pertukaran Setara Encik Ariffin bin Aban ke PPD Hulu Selangor

TANGGAL 9 Mac 2012, bersamaan hari Jumaat, satu majlis sederhana telah diadakan
bagi meraikan pertukaran Guru Penolong Kanan KoKurikulum Sk Taman Bunga Raya 1, Bukit 
Beruntung, Hulu Selangor ke Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor.
Dalam ucapan balas di dalam majlis tersebut Encik Ariffin bin Aban mengucapkan
setinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian pihak sekolah menjemput dan 
memberi ruang untuk beliau membuat ucapan terakhir selaku Guru Penolong Kanan 
KoKurikulum di SKTBR 1.Menurut beliau selama 136 hari merupakan satu jangkamasa yang singkat
untuk beliau membuat sesuatu perubahan dan menyumbangkan khidmat baktinya.

Untuk rekod, Encik Ariffin bin Aban telah sempat menubuhkan Koir sekolah, membantu
membuat kertas kerja serta memanjangkan kepada  AJK Pibg 2011/2012 melengkapkan 
sekolah dengan Smart TV dan memohon peruntukan memasang pagar di tapak letak kereta sementara bagi guru dan pelawat .
Majlis tersebut turut memberi peluang Cik Narma bt Yaakub untuk memberi nasihat terakhir beliau
di SKTBR 1 sebelum berpindah .
Cik Narma bertukar ke SK Bukit Sentosa atas kepentingan perkhidmatan sebagai guru pemulihan.

Persembahan murid bagi memeriahkan majlis tersebut sebagai
kenangan kepada Encik Ariffin dan Cik Narma







    Diriwayatkan dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam bersabda,

إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ

Apabila Allah menghendaki kebaikan atas hamba-Nya, maka Dia memperkerjakannya?” Para sahabat bertanya, ‘Bagaimana Allah memperkerjakannya?’ Beliau menjawab, ”Allah memberinya taufiq untuk beramal shalih sebelum kematiannya.” (HR. Ahmad dan al-Tirmidzi, Imam al-Hakim menshahihkannya dalam al-Mustadrak. Syaikh Al-Albani menshahihkannya dalam Al-Shahihah, no. 1334)

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS,PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Ceramah Kepimpinan oleh Encik Roslan


 Latihan Dalam Kumpulan (Menaikkan Bendera dan Nyayian Lagu Kebangsaan)
 Latihan Dalam Kumpulan (Penampilan Diri)
 Latihan Dalam Kumpulan (Mengetuai Perhimpunan Rasmi)
 Latihan Dalam Kumpulan ( Kaedah Bacaan Doa)
 Latihan Dalam Kumpulan (Kawalan Disiplin di Kantin dan laluan)

 Latihan Dalam Kumpulan (Pemeriksaan Beg Murid)
 Latihan Dalam Kumpulan (Kawalan Disiplin di Pintu Masuk)


 Tentatif hari ke 2

Manual Explorace
"Sabar ada dua bentuk: bersabar untuk Allah dengan menjalankan apa yang Dia cintai walaupun berat bagi jiwa dan badan. Dan bersabar untuk Allah dari segala yang Dia benci walaupun keinginan nafsu menentangnya." (Abdurrahman bin Zaid bin Aslam) 

Khidmat Bantu Juruteknik Komputer Daerah Hulu Selangor

Khidmat Bantu pada  5 Mac 2012 di Sk Taman Bunga Raya 1 di bawah kumpulan Juruteknik Komputer daerah Hulu Selangor diketuai Puan Khairul Faridah bt Hasan PTP PKG Sg. Choh , Encik Mohd Khairil Hafiz bin Abd Rani, Juruteknik Komputer SMK Sg. Choh, Encikk Muhammad Naim Awang bin Razali Juruteknik SMK Syed Mashor, Cik Kaneeta a/p Som Pom SK Bukit Beruntung , Cik Maniammai Subramaniam Juruteknik Sk Sungai Choh dan Encik Izuan Juruteknik PKG Sungai Choh.

                           Komitmen bersepadu dari PKG Sg. Choh telah menaiktarafkan sistem teknologi                                                                    maklumat  di Sekolah ini dengan lebih efisen . Semoga dengan perkongsian ilmu dan
tenaga kepakaran Juruteknik Komputer Daerah Hulu Selangor khasnya dapat membantu
pihak sekolah dalam pengurusan seharian yang memerlukan maklumat terkini secara 
cepat dan tepat. Ia juga dapat membantu pihak pengurusan mengawal perjalanan
teknologi maklumat di sekolah ini dalam memastikan penggunaan, keselamatan dan manfaatkan 
dari setiap data yang tersimpan. 

4 orang Juruteknik Komputer sedang membantu menaiktaraf
sistem di Pusat Akses

Puan Khairu Faridah bt Hassan, PTP PKG Sg. Choh 
sedang berbincang dengan Encik Che Mohammad Penyelaras Bestari SKTBR 1
bersama Puan Zubaidah bt Ali Guru Media SKTBR 1



Juruteknik Daerah Hulu Selangor sedang "online" 
mendapatkan khidmat bantu PKG Ampang di pejabat SKTB R 1


Puan Khairul Faridah dan 2 orang JuruTeknik Komputer
membantu Guru Penolong Kanan HEM dalam  naiktaraf sistem Data Server
dan Group e-mail

TERIMA KASIH SEMUA.
 Diriwayatkan dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

 “Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan.” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya no. 2427, Ibnu Sunni dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah no. 351, Abu Nu’aim dalam Akhbar Ashfahan: 2/305, Imam Al-Ashbahani dalam al-Targhib: 1/131. Syaikh Al-Albani menshahihkannya dalam  Silsilah Shahihah 6/902, no. 2886 dan mengatakan, “Isnadnya shahih sesuai syarat Muslim.”)

Friday 9 March 2012

Berita Pendidikan @ INOVASI 2 dari Petikan Akhbar

Pembelajaran guna SMS diperkenal USM


2012/03/10

GEORGETOWN: Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya membangunkan sistem pengajaran dan pembelajaran melalui SMS, yang mampu menghantar maklumat penting kepada 36,000 pelajar dalam tempoh satu jam yang dikenali sebagai University Pocket Education (UniPE). 

Sistem terbabit yang terbahagi kepada PE Lite (satu hala) dan PE Platinum 8 (dua hala) adalah satu sistem alternatif kepada pelajar menerima maklumat pensyarah dan berkomunikasi yang dibangunkan oleh Ketua Penyelidik yang juga Penyelaras Pengajian Mobil, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), USM, Dr Issham Ismail.


niPE dibangunkan pada 2008 dengan kos penyelidikan sebanyak RM1.5 juta itu turut dipatenkan pada April 2010 malah turut berjaya merangkul Pingat Emas bagi kategori kaedah dan bahan pengajaran di Ekspo Teknologi Malaysia MTE 2012.
Issham berkata, sistem itu melengkapi pembelajaran interaktif kerana membabitkan perbincangan dua hala, kuiz, pertanyaan dan peringatan mengenai pelajaran. 

Katanya, ia yang menjadi medium pembelajaran dan boleh digunakan pada semua jenis telefon bimbit dan di semua negara selagi nombor telefon pelajar itu didaftarkan dalam sistem terbabit. 

“Ini cara pengajaran ringkas dan pasti pelajar yang menerimanya dapat membacanya biarpun berada di rumah malah pembelajaran dalam kelas dijimatkan bagi aktiviti yang perlukan cetakan dan penerbitan. 

“Ia mampu memberi capaian ilmu kepada pelajar yang ada halangan merujuk melalui internet atau jauh dari tempat pengajian,” katanya.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PembelajarangunaSMSdiperkenalUSM/Article/index_html

Berita Pendidikan @ INOVASI dari Petikan Akhbar

http://www.utusan.com.my/pix/2012/0219/Utusan_Malaysia/Sains_&_Teknologi/st_01.1.jpg

SEGALANYA bermula semasa cuti persekolahan tahun lepas, ketika sekumpulan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak, Melaka cuba menggunakan konsep sel voltaik yang dipelajari dalam kelas Kimia semasa Tingkatan Empat.
Dengan bimbingan guru Biologi, Wan Rohila Wan Hassan, pelajar Tingkatan Lima iaitu Mohd. Syafiq Abd. Aziz, Muhammad Dhiyauddin Asyraf Abd. Jalal dan Mohamad Nazmi Muhamad Norrizal berjaya menghasilkan sel garam menggantikan bateri kering.
Ramai yang bertanya mengapa perlu menggantikan bateri kering dengan sel garam?
Selama ini banyak barangan kecil seperti lampu picit, lampu hiasan dan juga jam dinding menggunakan bateri kering. Tetapi tidak ramai yang tahu kaedah melupuskan bateri dengan baik selepas peranti itu tidak lagi mampu mengalirkan kuasa.
Ramai yang tidak membuang bateri dengan betuk selepas digunakan dan hanya melontarkan ke dalam tong sampah. Pembuangan bateri yang tidak betul menyebabkan pencemaran toksik plumbum tersebar secara meluas.
Jika plumbum memasuki tubuh, ia akan menyingkir logam-logam lain yang berguna di dalam tubuh manusia lalu menyebabkan kesan buruk.
Bertitik-tolak daripada kesedaran itu, selain teruja dengan dasar kerajaan ke arah teknologi hijau mendorong tiga remaja pintar ini menghasilkan produk 'Sel Garam: Sumber Tenaga Alternatif.
Produk berkenaan berjaya memikat hati juri sehingga membolehkan mereka membawa pulang pingat emas semasa Pameran Rekacipta Remaja Antarabangsa (IYIE) 2012 di Tainan, Taiwan dari 11 hingga 13 Februari lalu.
Tapi bolehkah garam menghasilkan tenaga yang sama seperti bateri?
Menurut Dhiyauddin Asyraf, sel garam mampu menggantikan bateri kerana boleh menghasilkan voltan.
"Malah garam boleh menghasilkan voltan lebih tinggi berbanding bateri biasa dan beroperasi lebih lama," katanya semasa ditemui di sekolahnya baru-baru ini.
Mohd. Syafiq pula berkata, bateri sel garam dapat mengurangkan pencemaran yang terhasil daripada bateri sekali gus menjaga alam sekitar.
"Sel garam hanya menggunakan kepingan logam kuprum dan magnesium dalam proses elektrolisis dan garam sebagai elektrolit, arus elektrik dapat dihasilkan," katanya.
Penggunaan sel garam amat mudah kerana hanya memerlukan air garam dengan kepekatan tertentu yang disambungkan kepada dua kepingan logam.
Larutan garam tadi diletakkan di dalam bekas yang dibahagikan kepada empat bahagian yang direka khas dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Melaka.
"Bekas berkenaan diperbuat daripada bahan ABS tetapi sebenarnya ia boleh menggunakan apa saja jenis bahan kecuali logam," katanya.
Cara menggunakan sel garam kata Mohamad Nazmi amat mudah.
"Hanya bancuh garam dengan kepekatan yang ditentukan, sediakan satu kepingan logam magnesium dan kuprum.
"Dalam satu bahagian, letakkan dua kepingan logam yang mewakili satu sel bateri kemudian sambung kepada wayar dan lampu hiasan LED sudah menyala," katanya.
Lampu yang menggunakan sel garam boleh digunakan selama dua hari jika dipasang dengan berterusan.
Menurut Mohamad Nazmi, ramai yang berminat dengan produk sel garam yang dipamerkan kerana garam yang digunakan boleh dibancuh sendiri oleh pengguna.
Selain garam, pengguna hanya perlu menggantikan kepingan magnesium selepas tujuh kali penggunaan.
"Kos bagi satu sel garam ini amat murah hanya RM6.60 selain mesra alam dan mengurangkan pencemaran akibat pembuangan bateri yang tidak betul," katanya.
Mengulas kejayaan yang dikecapi di Taiwan, Muhammad Dhiyauddin berkata, semasa di sana banyak syarikat yang berminat dengan inovasi mereka.
"Sel garam adalah satu prototaip dan masih boleh diperbaiki untuk kegunaan peralatan elektrik lain yang mudah alih," katanya.
Sementara itu Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik MRSM Terendak, Melaka, Hazlina Jaafar berkata, pihaknya amat berbangga dengan kejayaan pelajarnya mengharumkan nama sekolah berkenaan sejak 29 tahun penubuhannya.
"Kami berharap kejayaan ini dapat membuka jalan kepada pelajar lain untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan," katanya

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN 
Foto FAIRUZ IZYANA AYUB

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...