Friday 22 June 2012

Koleksi Pantun Bergambar





Bunga Raya kembang berkembar,
          Menyeri depan parkir bonda,
Muafakat warga menguji sabar,
                      Keimanan asas tak mengira masa.       

Ros merah mewarnai mahligai,
Kembang indah penambat hati,
Intan terpilih di jaga rapi,
Tanda rumah ada penyeri
                             
             Kiambang indah kerana di taman,
              Mahligai AZMY tempat menanti,
                  Bukan berkira kita berkawan,
               Laman kecil kami tanda sudi
                                                    Bismillah amalan pembuka bicara,
                Melihat orkid mula berputik ,
          Bersangka baik Sabtu mulia,
              Anak kecik perlu dididik 


Permata kecil aroma menyegarkan,
             Alhamdulillah dilihat jelas,
     Nikmat Allah Khamis dititipkan,
Sempurnakan iman korbankan malas.  

Mengharum Melur sepanjang malam,
     menumpang wangi dibantu siram,
                 hidup ikhlas berkat salam,
        silaturahim erat aman tenteram.


Pokok berduri dok bergandingan,
Berbisik-bisik disiang hari,
Hati yang sepi tak senang baring,
Zikir munajat ubat diberi.  
Pinang masak gobek sirih,
Buat melamar anak dara,
Hati senang tidak tersisih,
Saudara jiran pengubat duka.

            Berbunga lebat menawan Jumaat,
Jumpa waktu dinihari,      
   Muhasabah diri setiap saat,
Amalan nabi mertabat diri.


Tema Selangor warna seludang,
Melambai-lambai menunggu tetamu,
Senangnya bujang menanti tunang,
Tunang pak Malau hidupnya jemu.
                                                                                
 
SubhanaAllah warna Diraja berhias,
Tertawan menawan perlu dibelai,
RahmatNya menguji mata tak terbias,
Akal sicilik menepis lalai.
                                                                                        
 
Warna berani di pagi Isnin,
Tahan lasak rajin berbunga,
Zikrullah pengubat sebarang kepingin,
Tidak terpengaruh maksiat dunia.

Limau nipis buat penawar,
Di dalam pasu hiasan laman,
Selamat istirehat melainkan kelawar,
Israj mikraj jadi panduan.


Orkid ke haper mengembang senyum,
rumah Puan Zain Zubir berseri-seri,
Menunggu kami durian urmmm,
Barakah bersama  Rahman tak larat berdiri.
 
Cili burung nama diberi,
Mahligai Azmy tempat bersemi,
Kalau pedas, muhasabah diri,
Kalau terasa maafkan kami.

Buah peria kembang meletop,
Duduk menumpang pagar berduri,
Anak didikku terasa mengantok,
Keletihan membina identiti diri.

Kantan kembang mewangi semerbak,
Buat rencah masak asam,
Hati gundah buang ke semak,
Jom tutup cuti siapkan azam.
(Cuti pertengahan tahun 2012)
.
Terung pipit sambal belacan,
Makanan mak Teh zaman Muda,
Buat lauk ketika bosan,
Ikan bilis penambah rasa.
Menunggu puan di muka pintu,
Pintu terbuka selamat kembali,
Isnin di jemput terima sesuatu,
Bayaran aircond yang telah dibeli.

Cem setia buat teman,
Ronda rumah mencari kesegaran,
Membersih badan siap nak berjalan,
Mencari bonda-bonda mohon keberkatan.

Mata pedih, tak ngantuk lagi,
Rasa nak berjimba lewat pagi,
Hujan lebat tak leh nak ngopi,
Maklumlah malam ni nak perhabis cuti.

Tak rgase malas cuma susah hati,
Nak mula sekolah Isnin ini,
Harap cikgu boleh tolong nanti,
Berat bahu memikul bila ketahui.

NAZMI gelaran pilihan diberi,
Lima bulan belajar bergerak,
Buat penghibur semua penghuni,
Menumpang kasih tidak teragak.
 
CEM rakan setia meneman,
Nyamuk datang ditamparkan,
Hidup berjiran satu keperluan,
Susah senang didambakan.


SUMBER: persekitaran penulis
PANTUN: rekaan spontan mengikut situasi semasa penulis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...