Friday 24 May 2013

Bicara Hadiah 54 @ 2012

                                       
Rawang - 11 September 2012 . Selasa. Seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) Bukit Beruntung di sini mendakwa telah dilarang daripada menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula semalam kerana dikhuatiri boleh menjejaskan reputasi dan imej sekolah tersebut.

Bapa pelajar berkenaan, Mahadzir Mokhtar, 42, berkata, dia amat terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan guru besar sekolah itu bahawa anaknya, Muhammad Faiz, 12, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut.


BICARA HADIAH 54 

Jauh sekali ingin simpati,

bukan merengus gelora ombak ,

hanya coretan pilu untuk abadi,

Bidai  tohmahan,

semburan nista ,

Aku hanya mampu melihat, 

di belenggu sebaknya jiwa,

jiwa pendidik,

jiwa anak-anak, 

jiwa seorang ibu;



Jika anakku  di tegur, dimarah ,dirotan, 


seperti mereka jua, anak-anak itu ,

dengan perjanjian Februari 2012 ,

menyerahkan segala tanggungjawab mendidik ku pikul ,

bicara bersama ibu bapa ,

lebih awal ku pinta izin,

dalam janji ,

anak mereka, anak jiran 

anakku ;

mungkin dia tidak hadir dalam bicara,

atau alpha seketika,

tidak mengapa, kerna setiap manusia ada prasangka,

dan aku juga manusia,

tetapi tidak terluah mulutku,

tiada pernah bicara semuka,

tiada hasrat imej diutama,

merimbun runcing buluh hanya cabaran,

meniti hari-hari penghujung khidmatku,

dengan kasih sayang seorang bonda guru,

aku celaru tetapi tegar dengan prinsip Mereka anak didikku,

bicara hadiah 54 tahun,

kalian lihat dan teliti,

kalian kaji dan amati,

apa kurangku,

apa prinsipku,

apa onak dan duri ku lalui,

membentuk insan bangsaku,

ilmu dunia akhirat ,

malahan bangsa seMalaysia ,

tidak tercicir amanatku;

coretan bicara pilu sempena 54 lahirku

rintangan alah mendabik perjuangan.

12 September 2012


Jam 11.50 malam - Mahligai AZMY




KOMEN MEREKA YANG TIDAK KENAL SIAPA AKU..


Anonymous Anonymous said...
guru2 sekarang bukan seperti guru2 20-30 tahun yang lepas, ramai yang lebih pentingkan prestasi sendiri, kocek sendiri,ego sendiri akibatnya anak2 kita yang rugi, rugi tiada didikan sekolah yang betul2 ikhlas memdidik agar menjadi seorang insan yang berguna...kepada ibu bapa jgn lepaskan 100% pendidikan kepada pihak sekolah didiklah anak2 carilah masa..insyaallah

September 12, 2012 3:36 PM

Blogger IbnAbdHalim said...

Tiap-tiap tahun laporan prestasi peperiksaan meningkat. Hebat sungguh kementerian pelajaran. Sedangkan durianpun ada musim menjadi dan ada musim tak menjadi tapi perestasi murid yang duduki peperisaan setiap tahun bertambah baik. Bayangkanlah pernah berlaku cikgu jadi hairan bagaimana muridnya yang kurang cerdik boleh lulus dengan cemerlang. 



Anonymous Anonymous said...

Inilah masalahnya sistem pendidikan yang terlalu memandang kpd keputusan akademik dgn meminggirkan pembangunan insan. Kejayaan hidup seseorang bukan terletak di peperiksaan. Rezeki di tangan Allah bkn ditangan manusia. Ramai yang gagal di dalam peperiksaan tetapi berjaya di dalam hidup. Berjaya di dalam peperiksaan x semestinya berilmu

September 12, 2012 4:04 PM
Anonymous Anonymous said...

maklumat tadak lengkap,jangan terus salahkan pengetua pastikan tanya

1.berapa hari pelajar ni datang ke sekolah
2.berapa kali guru datang rumah pujuk pelajar datang ke sekolah
3.berapa kali bapa ni datang ke sekolah untuk berbincang dengan guru.
4.apa tindakan bapa apabila anak tak datang ke sekolah
4. adakah pelajar ni di daftarkan untuk mengambil ujian.
5. banyak perkara lain perlu diambil kira sebelum menghukum
September 12, 2012 5:30 PM
Anonymous Anonymous said...

Anon 5.30...betul tu...

Aku harap siasatan dibuat sblm jatuh hukum. Bapak budak ni pun kerja kat tempat guaman. Mesti dia tau punya...kena siasat dulu.
Kalau betul GB tu yg salah, ambil tindakan...selesai.
Tak perlu dipanjangkan...
September 12, 2012 5:45 PM
Anonymous Anonymous said...

sekolah hari ini lebih mementingkan prestasi peperiksaan daripada mendidik pelajar. Itu sebab gejala jenayah dan maksiat semakin bertambah

September 12, 2012 6:15 PM
Anonymous webo said...

selalu ponteng sekolah bukan alasan untuk melarang seseorang murid daripada menduduki peperiksaan.. ponteng sekolah hukuman yang paling berat ialah buang sekolah, tapi dia tetap berhak mengambil peperiksaan sebagai calon persendirian.. dalam kes ini, kalau betul budak tu kaki ponteng, pihak sekolah sudah terlambat mengambil tindakan buang sekolah, jadi wajib terima budak tu sebagai calon UPSR sekolah tu..

September 12, 2012 9:50 PM
Anonymous Anonymous said...

Manusia hebat akan menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri. Lebih 8 bulan diberi peluang untuk hadir ke sekolah tetapi bersusah-payah hadir untuk memberikan keputusan buruk kepada pihak sekolah sedangkan murid lain dengan komitmen yang tinggi hadir pelbagai program anjuran pihak sekolah untuk melonjakkan prestasi. Adilkah?

September 13, 2012 2:23 PM


Majlis Restu Ilmu UPSR 2012


                                     

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur kehadrat Allah SubhanaAllah wataala, selawat keatas junjungan Nabi Muhamad SAW. keindahan Jumaat penghuku segala hari, Rahmatnya kita dapat bersama- sama hadir dlm majlis Restu Ilmu UpSR 2012. Kehadiran puan Hjh Hamidah, yang mana julung2 kali, pihak sekolah menjemput wakil Pej Pel Dae HS, untuk turut memberi restu kepada semua pelajar tahun 6 yg akan menduduki Ujian penilaian Sekolah Rendah.
Saya yakin ia akan memberi impak besar bg persiapan mental, fizikal, dan sahsiah anak2 Upsr. Malahan kehadiran ibubapa jua memberi keyakinan diri pd jiwa anak2 yang telah mempersiapkan diri menghadapi Upsr sejak Th4 dan secara konsisten dengan pengmblengan tenaga pengajar yg tidak pernah putus asa atauputus harap.
Alang alang menggenggam bara,
biarlah menjadi arang,
Alang alang menenum,
biarlah menjadi kain.
Alang alang berdakwat,
biarlah sampai jadi hitam.
Alang alang mengaji biar sampai khatam,
Alang alang belajar biarlah sanpai berjaya cemerlang!
anak2Bonda guru tersayang,
Berguru ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
matemtik,sains,Bi, Bm jangan tak menjadi.

Segala Ilmu, kaedah, penyelesaian, cabaran telah dicurahkan, kepada anak2 semua, guru kami dambakan dengan penuh kasih sayang dan harapan, agar impian ibu bapa dan warga sktbr1 menjadi kenyataan, moga 5A dalam genggaman.
Setidak tidaknya bagi semua pelajar lulus penuh adalah harapan dari pihak Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor, amanah yang perlu di galas ke dewan peperiksaan. Oleh itu, tunjuklah kehebatan kita, buatlah sehabis baik bak kata pepatah.
Hendak menumbuk biar dalam lesung,
Hendak bersilat, biar dalam gelanggang

Kepada ibubapa saudara kami sekelian,
Diikat ikat, biarlah panjang,
Dijalin jalin biarlah rapat.
Kehadiran saudara kami sekelian, pembakar semangat anak2 yang semakin kecut, setelah persiapan secara konsisten, usaha yg mantap, jerih mengulangkaji, tidor semakin tidak lena, saudara2 kami, ibubapa yg kami harapkan.

Dulu celaru, sekarang sudah pandai,
Dulu keliru, sekarang sudah jelas.
Dulu kosong, sekarang sudah penuh,
Dulu tahu sedikit, sekarang tahu banyak.
DULu Bertanya sekarang boleh jawab,
Dulu di belakang, sekarang sudah ke hadapan. itulah madah utk anak2 ini yang akan kami kembalikan ke pangkuan saudara2Kami ibubapa.

Ibubapa, setelah puas ilmu kami curahkan, petua diberi, kaedah diselitkan, selok belok mencari, menjawab, meneliti turut kami taburkan. Hari ini kami redhakan segala ilmu dunia akhirat anak2 ini agar menjadi pedoman dan bekal di dewan peperiksaan.
sudah tentu anak2 ini berkata:
sekarang kami jdi makmum,
Hajat hati hendak menjadi imam... Oleh itu, pimpin dan bimbinglah saat kecemasan ini dengan kasih sayang, meneliti jadual peperiksaan, mengawal pemakanan, memastikan keselamatan dan memantau kesihatan;
Batu yg keras air pelekuknya,
hati yg keras lidah pelembutnya,
Doa ibubapa penawar segalanya...Mulai saat ini sama sama kita berdoa, malahan jika tiada keuzuran puasa ibubapa juga menjadi taruhan.
Kami juga memohon maaf sepanjang kami berkongsi ilmu dengan anak2 mungkin terlempias, herdik kata, marah yang tiada niat menista, kami mohon ampun maaf kepada ibu bapa dan abak-anak tersayang.

Kepada guru yang penyayang,
Terima kasih atas segala usaha, jerih perih gembeling tenaga dalam mendidik sebagai amanah serta tanggung yang perlu di jawab dunia akhirat. Moga ia menjadi berkat berpanjangan, insyaAllah.
Jika ada yg kecundang bukan itu yang kita harapkan, kita hanya mampu bertawakal pada yg esa. Kita masih ada tugas yg belum selesai, ayuh kita teruskan usaha ke keringat akhir hingga keputusan penuh kita terima.
Budi tuan,kami tidak lupa,
Jadi kenangan sepanjang hayat.

Ada pangkal,ada hujungnya,
ada tengah ada tepinya.
Ada mula, ada akhirnya,
Ada awal, ada penyudahnya.
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada puan Hjh Hamidah dengan rasa hormat gurindam kami titipkan:
Kalau kami ilmu ; tuan Gurunya,
Kalau kami rehal, tuan kitabnya.
Kalau kami harum, Tuan Kasturinya
Kalau kami cahaya tuan Sinarnya.
Bimbingan, peringatan, teguran, pemantauan dari pihak PPD khususnya pihak Puan Hjh sendiri amat2Kami sanjungi, kami berdoa agar tuan sentiasa dirahmati Allah atas setiap usaha tuan membantu kami.
Akhir kata, dengan iringan doa, selamat menduduki Ujian penilaian Sekolah Rendah kepada semua anak2 Sktbr1:
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pn hjh Hamidah, ibubapa dan semua pihak yg berusaha sepanjang tahun dlm menjayskan prog peningkatan akademik khusus UPSR dan menjayakan majlis restu Ilmu. Yang terbaik adalah rahmat Allah, kekurangan itu saya memohon ampun dan maaf .Asslmualaikum whb.
                                  

Projek 3D Pendidikan Sivik Tahun 4 2013


   


 




Monday 20 May 2013

" 1 Aspirasi 1 Agenda" - 1 Aiskerim 1 Murid" 2013

  
   
 
       
 
 
    
   
      Bersama meraikan hari guru dengan kakitangan sokongan                                                                                                         
HARI ISTIMEWA BUAT SEMUA GURU 
            SK TAMAN BUNGA RAYA 1 16 MEI 2013                      
 
  
  
                              
         Sepanjang Jamuan Minum Petang Bersama Kakitangan Sokongan & PIBG SKTBR 1
     
 

 
 
          
AJK KELAB GURU DAN KAKITANGAN YANG DEDIKASI


 
      UCAPAN SELAMAT HARI GURU,KAMI SAYANG CIKGU
                                                     dari kakitangan sokongan
                                          
     Tidak layak mendapatkannya kerana tuah kepada 
       Puan Wan Mazni dan Puan Noraimy
 
 ZIARAH MESRA HARI GURU Program PPDHSelangor
Tuan Haji Zainal Abidin b. Mohd Yusof
 
Hadiah Hari Guru Dari JPNS & PPDHS Kepada Puan Hadidah bt Ismail
Kumpulan Guru dari SKTBR1
dengan iringan doa semoga sihat dan sentiasa tabah
 


    
                      
                           Persembahan dari Pentadbir Sekolah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...