Suamiku..
Alhamdulillah..
Melalui dia Allah turunkan rahmat
Melalui hatinya Allah satukan jiwa
Melalui tuturnya Allah serikan kalimatnya
Melalui dia kasih sayang Allah sempurnakan
Melalui dia Allah berikan kekuatan agama,bangsa dan keluarga
Melalui dia Allah perjelaskan segala
Tidak perlu aku meminta2,
Tidak perlu aku merayu2
Tidak perlu aku menggaya ilmu
Kerana padaMu Allah "KAMI" berserah..
*30tahun bersama hingga ke penghujung hayat,di muka syurga*
Terima kasih keluarga
Guru...
Guru menjadi payung sekolah
Jauh mula tampak
Dekat mula bersua
Rimbun tempat berteduh
Hebat tempat berlindung
Besar tempat bernaung
Kukuh tempat bersandar
Wajib dihormati
Pantang dikhianati
Guru bertanggung jawab sebarang laku
Berlepas tangan ianya malu
Hak dan kewajipan ianya tahu
Didahulukan selangkah
Ditinggikan seranting
Dilebihkan sekuku
Dipanjangkan serambut
Diberikan beban berat
Diberikan tanggungjawab
Diberikan amanah perlu dijawab
peringatan bagi muridku sayang....
Berkata tidak segan menyegan
Hukum berbalik ke pangkal lengan
Akal salah hilang fikiran
Aid terdedah sepanjang jalan
Apa tanda berani terkutuk
Berani kerana berniat buruk
Berani kerja tak eluk
Berani bercakap bermulut busuk
Berani di belakang kutuk mengutuk
Apa tanda orang perajuk
Diajar ianya engkar
Dipujuk terus merajuk
Disayang ia merentang
Dinasihati ianya lari
Diturut membawa hanyut
Dihalang jalan melintang
Disuruh ia menjauh
Disuruh ia menjauh
Maafkan saya.....
Kalau ada gelar yang salah ucap,
Kalau ada yang duduk disalah tempat.
Kalau ada hidangan yang salah bekas,
Kalau gelas tersalah letak
Kalau nasi tersalah tambah,
Kalau ada mangkuk yang pecah.
kalau ada cawan yang sumbing.
Kalau nasi yang ditanak hangit,
Kalau sambalnya tak cukup belacan.
Terima kasih juga,
Kalau perut tidak kenyang
No comments:
Post a Comment