Sepanjang tiga bulan pertama bagi tahun 2013, pelbagai aktiviti telah dijalankan mengikut perancangan , serta beberapa program tambahan mengikut situasi semasa. Bermula dengan merentas desa, disertai oleh semua murid termasuk murid Program Pendidikan Khas Intergrasi serta tahun 4, 5 dan tahun 6. Acara di mulakan dengan senamrobik melibatkan guru-guru bersama murid-murid. Acara Merentas desa bermula dengan melepaskan murid secara berperingkat di padang sekolah dengan jarak merentas desa sejauh 3 kilometer.
Antara program lain yang telah dijalankan ialah Sambutan Maulidur Rasul dengan pengisian Selawat Perdana, Program Mengimarahkan Kebesaran Junjungan Nabi Muhammad S.A.W bersama masyarakat setempat dengan perarakan selawat. Sambutan Maulidur Rasul diikuti dengan ceramah di mana murid-murid diminta mencatat butiran penting sebagai nota pada kertas edaran dan Panitia Agama Islam telah mengarahkan murid menampal nota tersebut di dalam buku agama.
Pada 08/03/13, semua murid sesi pagi dan petang telah menyertai program Bacaan Yasin Perdana mengikut sesi khusus untuk semua warga sekolah serta mengiringi doa untuk Perwira yang terkorban serta perwira-perwira negara yang masih mempertahankan Sabah dari pencerobohan.
Puan Zalinah bt Zubir dan GPK PPKI Puan Fauziah Amran
turun padang ke Stadium Proton di Tanjung Malim, Perak.
Penyerahan sumbangan 1/2013 {gambar murid sesi pagi} dari Persatuan Amal Sri Sinar.
No comments:
Post a Comment