Sunday, 8 September 2013

Menjelang UPSR 2013

24 Jam lagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2013 akan bermula. Debaran anak-anak murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 semakin dirasai sehangat debaran guru-guru mata pelajaran mereka. Berhujung minggu dengan guru ketika Perayaan Kemerdekaan hanya ditafsir dengan pengisian ilmu di saat akhir. Tidak dinafikan usaha Penyelaras tahun 6 Puan NurShanty bersama guru-guru tahun 6 turut mengambil peluang cuti hujung minggu , 2 hari sebelum UPSR untuk mengisi masa anak-anak murid dengan tips terakhir. Iniasitif Ketua Panitia dan Guru-guru Mata pelajaran ini sangat di hargai . Perancangan bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatan Kuasa Kelas Kecemerlangan tahun 6 dan Panitia Agama Islam, Solat Hajat Perdana turut diadakan. Pada keesukkan harinya, Majlis Restu Ilmu juga turut di adakan dengan kehadiran Naib Yang Dipertua PIBG bersama Ibu bapa. Melengkapkan ruang dan masa, semua Ketua Panitia dan guru-guru tahun 6 turut menjalankan kelas bimbingan Pecutan Akhir UPSR 2013 pada 7hb - 8 hb September 2013 dengan kehadiran yang memberansangkan. Bagi memantapkan lagi dan mewarnai persiapan mental di saat akhir, Pentadbir mengambil peluang , 3 orang guru yang akan bergraduasi Ijazah Sarjana / UPSI pada 10-12 September 2013 ini dengan menjemput mereka untuk memberi motivasi terakhir kepada murid-murid tahun 6, 5 dan 4 2013. Terima kasih kepada Puan Norhayati binti Yeop Ketua Panitia Sains dan Guru Sains , Puan Wan Mazni binti  Wan Hamzah , Guru mereka sejak darjah 2 serta Encik Hasmadi bin Nordin , Guru Bimbingan sekolah. Terima Kasih kepada semua guru khusus Barisan Pentadbir, Barisan Ketua Panitia dan Barisan Guru-guru yang mengajar tahun 6 serta semua warga sekolah yang turut menyumbang tenaga, wang ringgit serta idea dalam memantapkan perjalanan program kecemerlangan UPSR 2013. Terima kasih kepada Barisan PIBG dan ibu bapa tahun 6.Salam UPSR 2013, moga mereka diberi ketenangan ketika di dewan peperiksaan dan diberi hidayah . Amin.






 

 
Motivasi Akhir dari Guru-guru Ijazah Sarjana 2013/UPSI
09/09/2013
 Solat Hajat Perdana 05/09/2013

 Majlis Restu Ilmu 06/09/2013
Gimik penyerahan alat tulis oleh Puan Guru Besar
 Memohon ampun dan maaf serta restu Ilmu yang telah dicurahkan.

Barisan Guru-Guru Kelas Tahun 6 / 2013 Yang Dedikasi 
Barisan Penyelaras tahun 6, S /U UPSR dan Barisan Ketua Panitia 
Komited dan Berwawasan
 Sebahagian Ibu bapa hadir dalam Majlis Serah Ilmu

 Kelas Bimbingan Pecutan Akhir 07- 08/09/2013


TERIMA KASIH SEMUA, YA ROBB PERMUDAHKAN URUSAN UPSR 2013, PADAMU KAMI BERSERAH DENGAN KALIMAH LAAHAULAWALAQUATAILLABILLAHI

Friday, 24 May 2013

Bicara Hadiah 54 @ 2012

                                       
Rawang - 11 September 2012 . Selasa. Seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) Bukit Beruntung di sini mendakwa telah dilarang daripada menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula semalam kerana dikhuatiri boleh menjejaskan reputasi dan imej sekolah tersebut.

Bapa pelajar berkenaan, Mahadzir Mokhtar, 42, berkata, dia amat terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan guru besar sekolah itu bahawa anaknya, Muhammad Faiz, 12, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut.


BICARA HADIAH 54 

Jauh sekali ingin simpati,

bukan merengus gelora ombak ,

hanya coretan pilu untuk abadi,

Bidai  tohmahan,

semburan nista ,

Aku hanya mampu melihat, 

di belenggu sebaknya jiwa,

jiwa pendidik,

jiwa anak-anak, 

jiwa seorang ibu;



Jika anakku  di tegur, dimarah ,dirotan, 


seperti mereka jua, anak-anak itu ,

dengan perjanjian Februari 2012 ,

menyerahkan segala tanggungjawab mendidik ku pikul ,

bicara bersama ibu bapa ,

lebih awal ku pinta izin,

dalam janji ,

anak mereka, anak jiran 

anakku ;

mungkin dia tidak hadir dalam bicara,

atau alpha seketika,

tidak mengapa, kerna setiap manusia ada prasangka,

dan aku juga manusia,

tetapi tidak terluah mulutku,

tiada pernah bicara semuka,

tiada hasrat imej diutama,

merimbun runcing buluh hanya cabaran,

meniti hari-hari penghujung khidmatku,

dengan kasih sayang seorang bonda guru,

aku celaru tetapi tegar dengan prinsip Mereka anak didikku,

bicara hadiah 54 tahun,

kalian lihat dan teliti,

kalian kaji dan amati,

apa kurangku,

apa prinsipku,

apa onak dan duri ku lalui,

membentuk insan bangsaku,

ilmu dunia akhirat ,

malahan bangsa seMalaysia ,

tidak tercicir amanatku;

coretan bicara pilu sempena 54 lahirku

rintangan alah mendabik perjuangan.

12 September 2012


Jam 11.50 malam - Mahligai AZMY




KOMEN MEREKA YANG TIDAK KENAL SIAPA AKU..


Anonymous Anonymous said...
guru2 sekarang bukan seperti guru2 20-30 tahun yang lepas, ramai yang lebih pentingkan prestasi sendiri, kocek sendiri,ego sendiri akibatnya anak2 kita yang rugi, rugi tiada didikan sekolah yang betul2 ikhlas memdidik agar menjadi seorang insan yang berguna...kepada ibu bapa jgn lepaskan 100% pendidikan kepada pihak sekolah didiklah anak2 carilah masa..insyaallah

September 12, 2012 3:36 PM

Blogger IbnAbdHalim said...

Tiap-tiap tahun laporan prestasi peperiksaan meningkat. Hebat sungguh kementerian pelajaran. Sedangkan durianpun ada musim menjadi dan ada musim tak menjadi tapi perestasi murid yang duduki peperisaan setiap tahun bertambah baik. Bayangkanlah pernah berlaku cikgu jadi hairan bagaimana muridnya yang kurang cerdik boleh lulus dengan cemerlang. 



Anonymous Anonymous said...

Inilah masalahnya sistem pendidikan yang terlalu memandang kpd keputusan akademik dgn meminggirkan pembangunan insan. Kejayaan hidup seseorang bukan terletak di peperiksaan. Rezeki di tangan Allah bkn ditangan manusia. Ramai yang gagal di dalam peperiksaan tetapi berjaya di dalam hidup. Berjaya di dalam peperiksaan x semestinya berilmu

September 12, 2012 4:04 PM
Anonymous Anonymous said...

maklumat tadak lengkap,jangan terus salahkan pengetua pastikan tanya

1.berapa hari pelajar ni datang ke sekolah
2.berapa kali guru datang rumah pujuk pelajar datang ke sekolah
3.berapa kali bapa ni datang ke sekolah untuk berbincang dengan guru.
4.apa tindakan bapa apabila anak tak datang ke sekolah
4. adakah pelajar ni di daftarkan untuk mengambil ujian.
5. banyak perkara lain perlu diambil kira sebelum menghukum
September 12, 2012 5:30 PM
Anonymous Anonymous said...

Anon 5.30...betul tu...

Aku harap siasatan dibuat sblm jatuh hukum. Bapak budak ni pun kerja kat tempat guaman. Mesti dia tau punya...kena siasat dulu.
Kalau betul GB tu yg salah, ambil tindakan...selesai.
Tak perlu dipanjangkan...
September 12, 2012 5:45 PM
Anonymous Anonymous said...

sekolah hari ini lebih mementingkan prestasi peperiksaan daripada mendidik pelajar. Itu sebab gejala jenayah dan maksiat semakin bertambah

September 12, 2012 6:15 PM
Anonymous webo said...

selalu ponteng sekolah bukan alasan untuk melarang seseorang murid daripada menduduki peperiksaan.. ponteng sekolah hukuman yang paling berat ialah buang sekolah, tapi dia tetap berhak mengambil peperiksaan sebagai calon persendirian.. dalam kes ini, kalau betul budak tu kaki ponteng, pihak sekolah sudah terlambat mengambil tindakan buang sekolah, jadi wajib terima budak tu sebagai calon UPSR sekolah tu..

September 12, 2012 9:50 PM
Anonymous Anonymous said...

Manusia hebat akan menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri. Lebih 8 bulan diberi peluang untuk hadir ke sekolah tetapi bersusah-payah hadir untuk memberikan keputusan buruk kepada pihak sekolah sedangkan murid lain dengan komitmen yang tinggi hadir pelbagai program anjuran pihak sekolah untuk melonjakkan prestasi. Adilkah?

September 13, 2012 2:23 PM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...