Saturday, 22 September 2012

Berhemah

Zaman kanak-kanak sangat manis walaupun melalui keperitan untuk mencari ilmu, sudah tentu berbeza dengan zaman era global ini. Saya terpaksa berjalan 3-7 kilometer, ia sangat biasa dan tenang melaluinya tanpa prejudis terhadap laluan sukar itu. Pergi , balik dan pergerakkan selepas perhimpunan sangat menghiburkan .Selepas perhimpunan rasmi kami akan bergerak dalam barisan ke sekolah utama yang jarak antara satu sama lain sejauh 4 kilometer.
Satu kenangan sangat manis, setiap kali lalu rumah seorang penduduk kampung kami akan bercakap dan mengusik itik dan angsanya yang kerap mengejar kami. Lintang pukang kami berlari dengan papan hijau di tangan dan beg sekolah yang berat dengan buku teks yang di beli sendiri oleh kedua ibu bapa kami.
Paling seronok, bila tiba di rumah, papan hijau yang ditulis dengan kapur putih telah terpadam semua kerja rumah yang di salin di sekolah pagi tadi. Ketika darjah Lima, teringat seorang guru "Peace Corps" dari Britain yang mengajar Bahasa Inggeris  dan Guru dari Indonesia mengajar Ilmu Hisab ( Matematik ). Tidak faham mereka berbicara, tidak faham apa yang diajar, tetapi saya tetap hadir ke sekolah berjalan kaki berpanas dan berhujan. Jika hujan, berkongsi payung dengan tiga beradik lain atau balik basah kuyup bila tiba di rumah.
Sebagai anak kampung ,( walau pun hanya 15 kilometer dari  Kuala Lumpur ), belanja 5 sen atau bawa 20 sen sudah cukup untuk membeli nasi lemak atau ais kepal berbungkus daun pisang.
Teringat ketika darjah 2, rumah kami terbakar kerana teraniaya , habis semua buku-buku teks yang di beli dari titik peluh kedua orang tua .Mereka menangis bukan kerana rumah kedai dua tingkat ,tempat mereka mencari rezeki terbakar tetapi sedih melihat buku-buku keenam-enam anaknya tersusun hangus.
Saya didewasakan dan dididik dengan kesusahan,kesempitan hidup orang tua mencari rezeki dari pagi menoreh getah,tengahari berniaga ikan, petang menjadi tukang kebun di rumah "Mat Saleh" di Petaling Jaya sejauh 25 Kilometer, ibu membuka kedai runcit dan waktu malam berniaga kedai kopi.Tertanam semangat jati diri anak Melayu dan tidak pernah mengenal jemu,secara rela hati bangun setiap pagi dalam mencari ilmu dan mengaji di surau pada sebelah malamnya.
Banyak pengalaman hidup yang tidak dapat dicoretkan, bila termimpi-mimpi zaman silam rasa insaf dan mengundang tekad untuk hidup berhemah dalam nikmat ujian Allah dengan limpahan kesenangannya. Al Fatiha untuk arwah ayahanda Haji Zubir bin Dolfadzli.

Friday, 21 September 2012

Idea Melonjakkan Teknologi Maklumat

video
Penilai TMK Kebangsaan diberi penghormatan melihat
Pembudayaan TMK oleh murid-murid sekolah dalam Gimik Penghargaan

                                       video
Murid-murid Pengawas Pusat Sumber turut mempromosi 
sistem pinjaman buku "link" PSS di tingkat 4

                                       video


Sincere...itu Jujur....itu Ikhlas...itu Hati..

                                          
                                             KEJUJURAN
                                             Jika hari ini hendak ku kawal sekolah,
                                             ku letakkan Istana rumah sebagai asasnya.
                                             Jika Istana rumah ingin ku mulai cerucuk,
                                             ku pupuk semai dengan nilai iman.
                                             Jika Iman menjadi panduan,
                                             Letak dan tanam di hati.
                                             Kerana di hati itu letaknya KEJUJURAN

"Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
(Al-Baqarah 2:74) "

"(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
(A-li'Imraan 3:8) "

"Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
(Al-Maaidah 5:7) "




love your spouse



                                                                  Tiada yang terindah bagi seorang anak yang sentiasa mengharapkan kasih sayang dan perlindungan dari orang dewasa khususnya seorang yang bergelar ibu atau bapa. Ikatan perkahwinan yang dibina dengan rasa kasih kerana Allah yang mencipta dan menemukan mereka berdua maka lahirlah seorang yang bergelar "Anak". Anak menjadi amanah Allah untuk diwarnakan dengan rencah duniawi  untuk menuju akhirat. Jika tersalah didikan anak bukan lagi kurang ajar tetapi selalu dikaitkan dengan anak derhaka. Kasih sayang, kemesraan, tolak ansur dan perlindungan ibu dan bapa menjadi impian anak-anak bukan sebagai khayalan mereka disiang dan dimalam hari.
Taburlah dengan keindahan kasih dan sayang menurut Islam kerana anak-anak banyak belajar melalui pengalaman hidup seharian mereka melalui pemerhatian, perwatakan kedua ibu dan bapa mereka. Belajarlah mengenal keperluan dan keinginan seorang anak seperti mana  kita yang dewasa pernah melalui zaman kanak-kanak tetapi jangan meletakkan kepahitan, kesengsaraan dan kehidupan silam kita disama ratakan dengan  zaman era globalisasi kini.
Kata-kata dari anak-anak persekitaranku:
1. " Saya sayang emak dan ayah "
2. "Ayah pukul  emak saya  yang sakit, saya mesti pertahankan emak saya, sebab itu saya tidak hadir"
3." Saya nak pergi sekolah, tapi bapa saya tidur lagi, tiada siapa yang nak hantar saya"
4."Emak saya tak bagi datang sekolah, suruh tolong bapa berniaga"
5."Bapa saya sakit, saya kena tolong memancing dan hasilnya di jual di pasar"
6. "Saya susah hati, emak selalu bergaduh dengan ayah"
7."Ayah tak balik rumah....dia pergi rumah lain"
8."Ayah dah meninggal, saya tolong emak cari barangan terpakai untuk belanja"
9. " Saya hanya makan sekali sehari, sebab emak kata beras tak ada, bapa belum gaji"
10. " Saya bermalam di surau kerana tidak tenang di rumah".

"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu" (4:1)Surah An-Nisa -The Women

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
(Al-Anfaal 8:27)"









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...