Friday 21 September 2012

love your spouse



                                                                  Tiada yang terindah bagi seorang anak yang sentiasa mengharapkan kasih sayang dan perlindungan dari orang dewasa khususnya seorang yang bergelar ibu atau bapa. Ikatan perkahwinan yang dibina dengan rasa kasih kerana Allah yang mencipta dan menemukan mereka berdua maka lahirlah seorang yang bergelar "Anak". Anak menjadi amanah Allah untuk diwarnakan dengan rencah duniawi  untuk menuju akhirat. Jika tersalah didikan anak bukan lagi kurang ajar tetapi selalu dikaitkan dengan anak derhaka. Kasih sayang, kemesraan, tolak ansur dan perlindungan ibu dan bapa menjadi impian anak-anak bukan sebagai khayalan mereka disiang dan dimalam hari.
Taburlah dengan keindahan kasih dan sayang menurut Islam kerana anak-anak banyak belajar melalui pengalaman hidup seharian mereka melalui pemerhatian, perwatakan kedua ibu dan bapa mereka. Belajarlah mengenal keperluan dan keinginan seorang anak seperti mana  kita yang dewasa pernah melalui zaman kanak-kanak tetapi jangan meletakkan kepahitan, kesengsaraan dan kehidupan silam kita disama ratakan dengan  zaman era globalisasi kini.
Kata-kata dari anak-anak persekitaranku:
1. " Saya sayang emak dan ayah "
2. "Ayah pukul  emak saya  yang sakit, saya mesti pertahankan emak saya, sebab itu saya tidak hadir"
3." Saya nak pergi sekolah, tapi bapa saya tidur lagi, tiada siapa yang nak hantar saya"
4."Emak saya tak bagi datang sekolah, suruh tolong bapa berniaga"
5."Bapa saya sakit, saya kena tolong memancing dan hasilnya di jual di pasar"
6. "Saya susah hati, emak selalu bergaduh dengan ayah"
7."Ayah tak balik rumah....dia pergi rumah lain"
8."Ayah dah meninggal, saya tolong emak cari barangan terpakai untuk belanja"
9. " Saya hanya makan sekali sehari, sebab emak kata beras tak ada, bapa belum gaji"
10. " Saya bermalam di surau kerana tidak tenang di rumah".

"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu" (4:1)Surah An-Nisa -The Women

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
(Al-Anfaal 8:27)"









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...