Sunday, 27 May 2012

Jejak Kegemilangan Mei sempena Hari Guru Selangor 2012



Bersama Dr. Ghazali bin Lateh, Johan Peraduan Menulis cerita Kanak-Kanak Bahasa Malaysia 
(Kategori Guru) Peringkat Kebangsaan 2012 dan Negeri Selangor 2012 
dari SMK Telok Datok Banting

Guru Besar SK Taman Bunga Raya 1, Hulu Selangor Naib Johan Pemimpin TMK 
bersama rakan-rakan guru mendapat Anugerah  Hari Guru 2012 Peringkat Kebangsaan

 Adik Aida Sufia binti Gharib, Tempat Ketiga Peraduan Menulis Cerita Kanak-Kanak
 Bahasa Malaysia (Kategori Murid Sekolah Rendah) 2012  dari SK Bukit Beruntung

Tahniah 
Puan Siti Zuhana Bt Haji Sungip Guru Inovatif PraSekolah 2012 SK Bandar Banting, Selangor
Puan Nur Suriyati binti Shamsudin, Guru Inovatif Sekolah Rendah 20 12SK Kampung Jawa 2, Klang



Salah seorang Tokoh Guru Peringkat Negeri Selangor 2012
Tuan Haji Kamaruddin bin Mansor
Berasal dan menetap di Hulu Selangor
Tahniah MGB Petaling Utama Jawatankuasa Kecil Pelaksana 
Sambutan Hari Guru Peringkat Selangor 2012
Penuh Nostalgia dan Gilang Gemilang


Saturday, 12 May 2012

Kursus Peningkatan Profesional Keguruan 2012 di UNISEL

SELAMAT HARI GURU 2012
  
Mengapa kayu lebat berbuah,
kerana kumbang datang menyeri,
mengapa guru di sebut bertuah,
kerana percaya kemampuan sendiri.
Di Dewan Senat , UNISEL
Bersama Prof.Dr. Mujaini Bin Tarmin Dekan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial
Puan Khatipah bt Abd Ghani , Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar FP
Tuan Hj Mohd Ismail bin Othman ,Ketua Program Sarjana Pendidikan Pengurusan Disiplin

Selangkah Menuju Perpustakaan, Sejuta Pengetahuan
Guru-guru di bahagikan kepada 4 kumpulan untuk sesi lawatan Perpustakaan
Makmal Komputer untuk Latihan Staf UNISEL


Banyaklah buah perkara buah,
Buah salak batang berduri,
Banyaklah tuah perkara tuah,
Bertuah tegak di kaki sendiri.
SELAMAT HARI GURU

Perpustakaan Pra Sekolah khas untuk anak kakitangan
Perpustakaan Yang Mesra Alam dengan kehijauan dan dikelilingi Tasik


 








                                                                          





















Saturday, 5 May 2012

Pencalonan Kepimpinan TMK Peringkat Kebangsaan 2012

Sejak tahun 2008, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula mencari, mencungkil dan mengasah bakat pemimpin sekolah dengan memberi pengiktirafan kepada Pemimpin-pemimpin sekolah yang berkaliber, berusaha dan memartabatkan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebagai medium perkembangan pendidikan di Malaysia.

Tajuk:  Anugerah Pemimpin dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

 Objektif: Anugerah ialah untuk:

               1.  memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada  pemimpin pendidikan dalam pembudayaan teknologi pendidikan di sekolah / tempat bertugas ( JPN /PPD/ IPG/ Jemaah Nazir       
               2.   Menggalakkan pemimpin pendidikan mengintegrasikan TMK (ICT) dalam pengurusan serta menyokong . proses pengintegrasian TMK (ICT) pengajaran dan pembelajaran,dan
        3.   merancakkan proses pembestarian sekolah

Kategori Anugerah:
                  Anugerah Pemimpin dalam TMK
 Konsep Anugerah:
 Penggunaan TMK (ICT) untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan yang melibatkan penggunaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.

Kriteria Anugerah:
  
      Berperanan dalam Menggerak Penggunaan TMK (ICT) seperti berikut:

i.           Penggerak penggunaan aplikasi TMK (ICT) dalam pengurusan pendidikan,
ii.          Membangunkan infrastruktur TMK (ICT) di sekolah,
iii.        Pengerak perkongsian TMK (ICT) dalam komuniti sekolah,
iv.      Menjadi role model atau technology leader dalam penggunaan TMK (ICT), dan
v.          Melaksanakan perkongsian ilmu ke arah peningkatan penggunaan TMK (ICT).

Sinonim dengan perkembangan dunia tanpa sempadan dan dasar kerajaan dalam membangunkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di dalam pendidikan Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, Hulu Selangor, Selangor telah berusaha menggunakan medium Teknologi Maklumat bagi mendominasikannya dalam pendidikan .

Doa dimulakan  pembuka bicara,
pembentangan bahan mencerita usaha,
kasih mu tuan menguatkan Bunga Raya,
Pada Mu Ya Alllah kami mohon sempurna.

video

                                               video
Petikan Pra Pelancaran Sambutan Hari Guru 2012: http://buletinkpm.blogspot.com/

Tema Hari Guru amat bersesuaian dengan tahun 2012 yang juga merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi di peringkat nasional, selain peranan guru yang amat penting dalam melonjakkan prestasi pencapaian murid., di mana kecemerlangan dan kemenjadian murid adalah puncak manifestasi seseorang guru hasil daripada kerja-kerja pendidikan yang mampu menghasilkan modal insan yang kompeten dan cerdas dalam aspek ilmu dan kemahiran; inovatif dan kreatif; bersahsiah dan paling penting bersifat patriotik serta cintakan tanah air. 

Malah guru inovatif juga mampu melonjakkan transformasi terhadap murid dengan berbekalkan ilmu dan kemahiran sains teknologi terkini dan ini membuktikan bahawa modal insan berinovasi menjadi prasyarat utama kepada pertumbuhan produktiviti kearah penjanaan ekonomi berpendapatan tinggi. 




Friday, 4 May 2012

Jejak Kecemerlangan April 2012

                                  
Murid Pilihan GB bulan April dari Kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi, Muhamad Syahir Aiman Kamaru berumur 9 Tahun tetapi baru 4 bulan bersekolah di SKTBR 1, fasih membaca Jawi dan hafal banyak surah-surah.

 

Wakil sekolah ke pertandingan "Story Telling" di  perhimpunan mingguan April
  
SKTBR 1 sebagai tuan rumah Kejohanan Olahraga PPKI 2012
 Wakil SKTBR 1 /PPKI di Kejohanan Olahraga Daerah Hulu Selangor  17 April 2012


 Majlis Pelancaran Kelas Bimbingan di rasmikan Program Lembaga Zakat Selangor
"PROSA" 2012

Sementara Menunggu Masa 1 bermula, murid kesayanganku 5 anak-anak bersedia untuk mencari kecemerlangan ilmu Membaca AlQuran


Sumbangan Persatuan Amal Sri Sinar dalam memastikan setiap anak didik SKTBR 1 hadir ke sekolah seperti murid-murid lain




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...