Saturday 5 May 2012

Pencalonan Kepimpinan TMK Peringkat Kebangsaan 2012

Sejak tahun 2008, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula mencari, mencungkil dan mengasah bakat pemimpin sekolah dengan memberi pengiktirafan kepada Pemimpin-pemimpin sekolah yang berkaliber, berusaha dan memartabatkan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebagai medium perkembangan pendidikan di Malaysia.

Tajuk:  Anugerah Pemimpin dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

 Objektif: Anugerah ialah untuk:

               1.  memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada  pemimpin pendidikan dalam pembudayaan teknologi pendidikan di sekolah / tempat bertugas ( JPN /PPD/ IPG/ Jemaah Nazir       
               2.   Menggalakkan pemimpin pendidikan mengintegrasikan TMK (ICT) dalam pengurusan serta menyokong . proses pengintegrasian TMK (ICT) pengajaran dan pembelajaran,dan
        3.   merancakkan proses pembestarian sekolah

Kategori Anugerah:
                  Anugerah Pemimpin dalam TMK
 Konsep Anugerah:
 Penggunaan TMK (ICT) untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan yang melibatkan penggunaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.

Kriteria Anugerah:
  
      Berperanan dalam Menggerak Penggunaan TMK (ICT) seperti berikut:

i.           Penggerak penggunaan aplikasi TMK (ICT) dalam pengurusan pendidikan,
ii.          Membangunkan infrastruktur TMK (ICT) di sekolah,
iii.        Pengerak perkongsian TMK (ICT) dalam komuniti sekolah,
iv.      Menjadi role model atau technology leader dalam penggunaan TMK (ICT), dan
v.          Melaksanakan perkongsian ilmu ke arah peningkatan penggunaan TMK (ICT).

Sinonim dengan perkembangan dunia tanpa sempadan dan dasar kerajaan dalam membangunkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di dalam pendidikan Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, Hulu Selangor, Selangor telah berusaha menggunakan medium Teknologi Maklumat bagi mendominasikannya dalam pendidikan .

Doa dimulakan  pembuka bicara,
pembentangan bahan mencerita usaha,
kasih mu tuan menguatkan Bunga Raya,
Pada Mu Ya Alllah kami mohon sempurna.


                                              
Petikan Pra Pelancaran Sambutan Hari Guru 2012: http://buletinkpm.blogspot.com/

Tema Hari Guru amat bersesuaian dengan tahun 2012 yang juga merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi di peringkat nasional, selain peranan guru yang amat penting dalam melonjakkan prestasi pencapaian murid., di mana kecemerlangan dan kemenjadian murid adalah puncak manifestasi seseorang guru hasil daripada kerja-kerja pendidikan yang mampu menghasilkan modal insan yang kompeten dan cerdas dalam aspek ilmu dan kemahiran; inovatif dan kreatif; bersahsiah dan paling penting bersifat patriotik serta cintakan tanah air. 

Malah guru inovatif juga mampu melonjakkan transformasi terhadap murid dengan berbekalkan ilmu dan kemahiran sains teknologi terkini dan ini membuktikan bahawa modal insan berinovasi menjadi prasyarat utama kepada pertumbuhan produktiviti kearah penjanaan ekonomi berpendapatan tinggi. 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...