Monday 25 July 2011

KESARJANAAN



Setiap tahun menjadi agenda sekolah kebangsaan Taman Bunga Raya memartabatkan guru-guru yang telah memperolehi kejayaan dalam mendapatkan ijazah dari universiti-universiti negara ini sebagai satu pendekatan motivasi kepada rakan sejawat serta murid-murid sekolah ini. Budaya mengiktiraf di peringkat sekolah bukan sebagai momokan kepada sesiapa tetapi sebagai kaedah terbaik pihak sekolah menghargai guru-guru yang berjaya menamatkan pengajiannya tanpa melepaskan tanggung jawab hakikinya sebagai seorang pendidik di sekolah ini.

Sarjana atau “Master” dikaitkan dengan gelaran orang yang telah melengkapi pelajaran di Universiti iaitu mereka yang berjaya memperolehi ijazah. Keunggulan dalam memastikan guru mendapat sarjananya setelah melalui jerih perih dan cabaran bagi menyiapkan tesisnya. Bukan mudah juga tidak sukar jika berbekalkan kesungguhan dan semangat jati diri yang tekal bagi memastikan impian memegang segulung ijazah tercapai. Untuk pengetahuan semua, hanya nilai kepuasan diri yang nyata apabila kita di anugerahkan dengan scroll , berjubah dan lengkap "Mortar Board" . Sudah tentu tiada siapa yang dapat menilai perasaan bangga atas pencapaian diri mengatasi rasa bangga atau sombong terhadap orang lain dengan memiliki segulung ijazah . Tahap orang yang berilmu ibarat nakhoda ini adakalanya mereka lebih merendah diri, tinggi bahasa bak kata peribasa semakin berisi padi semakin tunduk.

Pengharapan pentadbir gurru-guru yang telah memiliki ijazah ini akan memantapkan lagi pengajaran dan sumbangannya demi pendidikan anak-anak didik khasnya di SK Taman Bunga Raya 1 serta tidak lokek berkongsi ilmu dengan sesiapa pun.

Jika yang muda di panggil Tuan Muda ,bagi seorang guru pula layak dipanggil Mahaguru kerana kecekapannya dalam meraih bidang keillmuan .Penguasaan yang tertinggi di peringkat sarjana atau Master bukanlah tiket untuk mereka diketepikan dari bergaul dengan rakan lain kerana perasaan rasa rendah diri rakan-rakan sejawatnya. Ambillah pengajaran terbaik dan berkongsilah segala ilmu yang dipelajari kerana Allah telah menjanjikan setiap ilmu yang disampaikan dengan ganjaran pahala,,insyaAllah.

Semua warga SK Taman Bunga Raya 1 juga layak mensarjanakan diri mengikut suasana, kepentingan, sumbangan dalam pelbagai aspek keutamaan kerja dan gaya belajar. Marilah kita bersama-sama mempelajari sesuatu yang positif dari Kesarjanaan rakan guru kita.

Bagi murid-murid khasnya murid tahun 6 yang akan menduduki ujian penilaian sekolah rendah sewajarnya menjadikan contoh kesarjanaan guru-guru untuk terus gemilang dalam pelajaran,kokurikulum dan sahsiah diri.

20 Julai 2011, 12 orang  guru kita turut dianugerahkan perkhidmatan cemerlang peringkat daerah Pejabat Pelajrn Daerah Hulu Selangor.

Pada 26 Julai 2011 pula merupakan hari bersejarah seorang lagi guru yang di Anugerahkan Sarjana Pengurusan Pendidikan , sewajarnya ia dikongsi bersama oleh warga SK Taman Bunga Raya 1. Pihak sekolah merakamkan setinggi ucapan tahniah dan berdoa beliau akan terus maju dalam dunia pendidikan ini. Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Azian bt Sali guru Bahasa Melayu Tahun 6.

Bagi murid-murid SK Taman Bunga Raya 1, saya sentiasa mengharapkan satu lonjakan pradigma dalam pencarian kegemilangan ilmu dunia dan akhir dari pelbagai pendekatan yang dibuat. Penampilan Puan Azian bt Sali, Pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan Pendidikan akan turut memberi impak serta inspirasi bahawa ilmu adalah segala penguasaan kekayaan di dunia dan akhirat.

Dengan ucapan Tahniah dan terima kasih atas kerjasama kerana sudi menjadi tetamu khas dalam perhimpunan rasmi hari ini dipersilakan Puan Azian bt Sali untuk memberi sepatah dua kata .

Puan Azian Sali  sedang memberi ucapan dan kata-kata Motivasi dalam Perhimpunan Rasmi

Tanda Pengiktirafan Pihak Sekolah atas kiejayaan Puan Azian Sal


Murid-murid tahun 6 yang berjaya mendapat 5Adalam gerak gempur 2

Ucapan Tahniah dari murid-murid
serta mohon doa restu dari  "Role Model" Pembelajaran Sepanjang Hayat"

Thursday 21 July 2011

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 turut di raikan oleh Barisan Pentadbir PPDHS dan Sekolah

   Setiap tahun , Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor akan memberi pengiktirafan kepada semua guru-guru dan kakitangan sokongan sebagai tanda terima kasih atas budaya kerja cemerlang mereka dalam pendidikan serta menghargai setiap sumbangan yang dicurahkan. Kepercayaan yang di beri seharusnya dijadikan motivasi diri serta dapat memotivasikan rakan sejawat lain yang tidak kurang hebatnya.

Seramai 64 orang guru / kakitangan sokongan lelaki dan 180 orang guru / kakitangan sokongan wanita telah di anugerahkan Perkhidmatan Cemerlang 2011 di Auditorium Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu pada 20 Julai 2011 bersamaan hari Rabu.

Seramai 5 orang guru lelaki dan 7 orang guru wanita dari SK Taman Bunga Raya 1 turut di Anugerahkan Perkhidmatan Cemerlang 2010 pad majlis tersebut. Semoga dengan pengiktirafan ini mereka lebih berdaya saing, meningkatkan mutu kerja yang cemerlang, membudayakan ilmu , mencintai dunia pendidikan dan berpegang kepada visi dan misi sekolah memastikan keterbilangan SK Taman Bunga Raya 1 khususnya mengutamakan murid-murid sekolah ini. Warga sekolah juga mengharapkan penanda aras kerja cemerlang mereka dapat dikongsi bersama rakan sejawat, murid dan ibu bapa bagi memartabatkan pendidikan.






Encik Zaini Mat Lazin , GPK KoKurikulum


Puan Hamidah bt Nipah GPK Hal Ehwal Murid

Encik Ahmad Shauhada b. Zakaria , Guru Kaunseling /SU PIBG


Encik Efindi b. Che Haat, Guru Pasukan Hoki Elite Sekolah  / Daerah

Encik Zainal Abidin b. Md Nor, Ketua Guru Kaunseling /Pengerusi Kelab

Encik Zamhariz b. Din Guru Disiplin / Guru BM tahun 6 /Guru Penasihat Pingpong
bersama GPK KK








Puan Fauzy bt Ayob Pembantu Penyelia Petang (lantikan Sekolah)


Puan Wan Arisah bt Ariffin KP BI /  Guru  BI Tahun 6
 Puan Umi Kalthum bt Kalmi Guru PPKI

Puan Rubiah bt A. Razak , Penyelaras Tahun 5


Persembahan Murid SMK KKB


Pengerusi MGB DHS Encik Zakaria Ismail GB SK Serendah
dan isteri Puan Nor Azian Manan GB SK KKB2



Puan Nor Azian bt  Mohd Yusof  KP Sivik

 Yang Dihormatkan Dato'Kaya Maha Bijaya Dato Haji Aman Shah bin Shahar S.M.S
dan Tuan Hj Abdul Khalid bin Haji Jaafar Pegawai PPDHS
bergambar kenangan bersama Jawatankuasa Induk Majlis



Sunday 17 July 2011

ZULAIKA ZAMALUDDIN, DINOBAT TOKOH NILAM KEBANGSAAN 2011


Zulaika Zamaluddin, murid tahun 6 Amanah 2011 Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 merupakan murid yang di lihat  berpotensi sejak 2009. Pada tahun 2010, Guru Besar Puan Zalinah Zubir mengajar kelas 5 Amanah telah membuat aktiviti kumpulan dan individu ketika pengajaran Sivik dan Kewarganegaraan. Keserlahan bakat kepimpinan dan kepetahan beliau di akui oleh guru-guru yang turut mengajar beliau seperti Puan Azian Sali, Puan Zailany Mohd Zain dan guru kelas beliau Puan Wan Arisah Ariffin. Guru Besar telah mencadangkan nama beliau untuk mewakili sekolah ke pertandingan Robotik negeri Selangor dan Kebangsaan di bawah kepimpinan Encik Nor Hasmadi Nordin di bantu beberapa orang guru Bahasa Melayu, guru Kemahiran Hidup,guru Sains,guru Matematik dan guru Bahasa Inggeris.

Melalui perbincangan Guru Besar bersama Puan Zubaidah binti Ali, Guru Media SK Taman Bunga Raya 1 beliau  telah bersetuju memilih Zulaika Zamaluddin sebagai calon mewakili sekolah ke pertandingan Nilam 2011. Mulai dari saat itu, komitmen dan kerjasama yang mantap di kalangan guru-guru Pusat Sumber Sekolah, khususnya Puan Zubaidah Ali dan Puan Fadzillah  Mohd Yusof telah meneruskan usaha menggilap bakat murid tersebut dalam pelbagai kaedah termasuk melengkapkan biodata, menambah baik pendokumentasian bahan bacaan Nilam serta meningkatkan kemahiran berpidato dan kemahiran mencari maklumat.

Guru Besar telah meminta beliau membuat blog sendirinya bagi perkongsian ilmiah dari sumber bacaannya di http://nilam Zulaika.blogspot.com.   Semangat jati diri beliau disokong oleh kedua ibu bapa serta ahli keluarga dan rakan-rakannya telah memberi impak sehingga beliau di Anugerahkan Tokoh Nilam Kebangsaan 2011 Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar.

Kredit kepada Puan Sumiriaty dari PKG Daerah Hulu Selangor dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor yang turut menyumbang idea dan tenaga. Penghargaan juga kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Taman Bunga Raya 1 yang turut memberi sokongan moral dan kewangan. 

                                                                             TAHNIAH
Majlis Penyampaian Anugerah Tokoh Nilam di Perhimpunan Rasmi Sekolah pada 18 Julai 2011


Gambar Kenangan Bersama Barisan Pentadbir dan Guru Media
Zulaika Zamuddin ketika sesi lawatan & mencari Maklumat
di Taman Kesenian Islam, Shah Alam



Bersama Pencabar dari Seluruh Negara

Zulaika Zamaluddin  bersama rakan Nilam dari Negeri Selangor





KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN

Kejayaan selalunya di kaitkan dengan usaha secara tekal, komitmen yang tiada tandingnya, kerjasama semua pihak , berdoa serta akhirnya Allah sahaja penentunya.

USAHA: Datang dari diri sendiri samada murid, guru , ibu bapa , komuniti setempat. Setiap usaha yang sama maksudnya dengan iktiar, yang di sumbang akan menghasilkan satu keputusan yang melambangkan tahap usaha kita. Perkongsian usaha dari setiap individu adalah lambang kerja bersama-sama sebagai satu ikatan kesatuan hati. Ketekalan ,jati diri dan berdaya saing akan memantapkan setiap proses usaha tersebut.

KOMITMEN: komitmen dikaitkan dengan sikap terhadap pendirian atau sumbangan tenaga. Ia boleh berbentuk perhatian, sokongan dan azam yang sepenuhnya kepada nilai yang diusahakan. Iltizam juga dikaitkan dengan ketinggian komitmen individu dari segi idea, perancangan strategik, keberkesanan tindakan ,menganalisa hasil usaha yang tercapai mengikut jangka masa yang di tetapkan. Tindakan seseorang dalam perjanjian tidak langsung, untuk mencapai sesuatu usaha itu merupakan ikatan kepada komitmen dalam melaksanakannya. Adakalanya komitmen yang tinggi seseorang itu, akan mengenepikan kepentingan diri dan keluarganya, mengeluarkan wang ringgit tanpa prejudis malahan  memberi idea yang luar kebiasaan.

KERJASAMA: Ringgan sama di jinjing, berat sama dipikul perumpamaan yang sesuai diberikan kepada mereka yang bersama-sama memberi sumbangan. Budaya saling membantu dengan ketinggian komitmen menjadi tuntutan dalam memastikan kemenjadian setiap usaha. Budaya gotong royong dalam pelbagai rupa bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman satu pihak kepada pihak yang lain untuk mendapat faedah berrsama.

BERDOA: Meminta kepada Allah merupakan pengucapan paling kudus dalam usaha terakhir.Dari Hadis Anas r.a. Katanya: Rasullah s.a.w. Bersabda: Apabila kamu berdoa maka hendaklah kamu berazam serta benar-benar memohon kepada Allah s.w.t dan jangalah berkata: Ya Allah jika Engkau kehendaki maka perkenankanlah kepada aku ;kerana sesungguhnya
Allah itu bukanlah kedekut.

BERTAWAKAL: Akhirnya menyerahkan segala urusan kepada Allah dalam menentukan segala kejayaan, hasil atau pun pencapaian yang di harapkan.


Akhir penutup bicara,berusahalah dalam semua bidang khususnya pencapaian akademik dalam memastikan agenda keluarga bagi memartabatkan dan meningkatkan taraf hidup bangsa,agama dan negara .

0leh yang demikian, setiap kejayaan atau pencapaian itu melambangkan usaha,komitmen dan jika ia diizinkan Allah maka berjayalah kita mencapai visi melalui beberapa misi yang telah dibuat. Insyaallah, Allah sentiasa bersama kita dalam pencarian menuju memartabatkan kecemerlamgan pendidikan SKTBR 1 jika kita sentiasa ingat kepadanya.WHU.

Friday 15 July 2011

Lawatan Penanda Aras ke SK Seri Wakaf Bharu,Kelantan

                                         
                            Ucapan Terima Kasih kepada Zoom A oleh  Pengerusi MGB Hulu Selangor


Lawatan Penanda Aras merupakan lawatan kerja yang sewajarnya di buat sama ada di dalam daerah atau melangkaui ke negeri-negeri lain malahan sewajarnya ke luar negara. Lawatan kerja secara perkongsian ilmu ini dapat memotivasikan di kalangan yang terlibat bahkan ia merupakan perkongsian pengalaman dalam pengurusan sesebuah organisasi dalam meningkatkan mutu dan kualiti pengurusan. Setiap pentadbir mempunyai keistimewaan tersendiri dalam mengurus jabatan di bawah tanggung jawab dan amanah yang di berinya.

Jesteru itu Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor di bawah kepimpinan Encik Zakaria bin Ismail, Guru Besar SK Serendah telah membawa 26 orang guru besar sekolah kebangsaan ke Kelantan dan Terengganu. Lawatan berobjektifkan mencari alternatif gaya pengurusan dan perkongsian ilmu ke SK Seri Wakaf Bharu ,Tumpat Kelantan sebagai satu penanda aras kepimpinan yang cemerlang . Lawatan ini juga memberi ruang interaksi secara tidak formal di kalangan guru besar di daerah ini melalui pelbagai aktiviti yang di sediakan.


Sambutan Amat Meriah
MGB Hulu Selangor di sambut dengan paluan kompang dan pancak silat



Barisan Murid Menyambut Kedatangan MGB Hulu Selangor



  
Persembahan Murid Menyambut MGB Hulu Selangor


Sesi Perkongsian Pengalaman "Sekolah Kluster"oleh Encik Mazlan bin  Mohd Nor  Guru Besar


Penulis membuat catatan maklumat dari barisan Penolong Kanan SK Seri Wakaf Bharu
Penulis dan rakan bersama Guru Besar SK Seri Wakaf Bharu ,Kelantan


Laluan di hiasi dengan fakta kecemerlangan sekolah


Kantin Sekolah


Lawatan tersebut telah memberi Impak besar kepada barisan pentadbir sekolah daerah apabila Pegawai Perhubungan MGB-PPDHS Tuan Haji Rahim bin Omar turut serta dalam lawatan ini . Ucapan perasmian dalam mesyuarat Agung Ke 11 Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor, beliau menekankan keperluan kerjasama di kalangan guru besar daerah bagi memastikan kecemerlangan pendidikan di daerah Hulu Selangor serta mengambil iktibar dari lawatan penanda aras ke SK Seri Wakaf Bharu, Kelantan. Kejayaan sekolah tersebut setanding dengan kejayaan beberapa sekolah di daerah Hulu Selangor dan semua guru besar di seru untuk memantapkan kualiti pengurusan yang sedia ada. Beliau turut memaklumkan  kecemerlangan sekolah-sekolah seperti SK Seri Fajar, SK Rasa , SK Ulu Yam Lama dan SK Taman Bunga Raya 1 dalam mengukir kejayaan dan kecemerlangan pengurusan.

Ketika sesi “Terapi Minda” beliau juga turut memberi sumbang saran dan memotivasi secara personel atau kumpulan kecil dalam membantu pentadbir-pentadbir sekolah daerah dalam menghadapi cabaran dalam mengurus sekolah.Peranan kecil tetapi memberi keberkesanan dalam stail pengurusan yang wajar di amalkan sebagai seorang Pegawai Pendidikan Pelajaran Daerah malahan stail kepimpinan seorang guru besar. Bak kata pepatah ular menyusur akar, beliau yang merendah diri tidak jatuh mertabatnya sebagai Pengelola Cemerlang.

Pengerusi MGB DHS memberi ucapan alu-aluan Mesyuarat Agung ke 11

Ucapan Perasmian oleh Tuan Hj. Rahim bin Omar Pegawai Perhubungan MGB-PPDHS

Semoga sesi lawatan kerja anjuran Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor akan memberi manfaat kepada ahli yang turut serta dan perkongsian ilmu, pengalaman dan pengurusan yang berkualiti dijadikan iktibar untuk mensarjanakan lagi budaya kerja pentadbir-pentadbir sekolah.


Barisan MGB Kelantan Menyambut Ahli-ahli MGB DHS Di Majlis Jamuan Makan Tengahari




5 Rakan Kohort 4 PKPGB /UPSI dari 3 Negeri Bertemu di Kelantan
    
Lawatan Ke Taman  Tamadun Islam, Terengganu

 


Penulis di depan Masjid Kristal Terengganu


Penulis mencuba bakat membuat batik lukisan tangan


Bacaan doa setiap kali memulakan perjalanan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...