Showing posts with label Perhimpunan Rasmi. Show all posts
Showing posts with label Perhimpunan Rasmi. Show all posts

Wednesday, 3 August 2011

Teks Ucapan Puan Azian Sali Tokoh Guru Bulan Julai

Assalamualaikum wbt........
Yang Berusaha Pn. Zalinah bt Zubir Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1), Yang dihormati barisan pentadbir, rakan-rakan guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
BERSYUKUR kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita diberikan kesempatan untuk berhimpun di pagi ini. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Guru Besar dan guru-guru SKTBR (1) kerana membenarkan saya menyampaikan sedikit ucapan di majlis yang besar ertinya kepada diri saya sebagai warga pendidik.



Semua guru memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan murid-murid. Alhamdulillah, hari ini saya dengan sokongan warga SKTBR (1) telah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Pendidikan. Pencapaian ini saya anggap penting bagi diri saya sebagai suatu usaha peningkatan ilmu dalam bidang pendidikan bagi mendidik murid-murid dikasihi sekalian.

Kejayaan ini diharapkan dapat menjadi pencetus semangat kepada murid-murid untuk berjaya dalam menimba ilmu dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang terutamanya murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR.

Murid-murid, warga SKTBR (1), segala kejayaan yang dicapai tidak seharusnya melekakan kita. Benar, sebahagian murid-murid mungkin telah mencipta banyak kejayaan, tetapi ini tidak bermakna bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya di masa hadapan tanpa usaha yang berterusan.


Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baru yang menuntut supaya kita sentiasa meneroka pendekatan terkini, melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan ( lebih cemerlang).
Sempena majlis yang penuh bermakna ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada kepada Guru Besar, guru-guru dan yang dikasihi murid-murid sekalian yang banyak membantu dan mendorong saya untuk mencapai kejayaan ini.



Guru itu umpama lautan luas
Menghampar ilmu tidak terbatas
Bagai ombak keras bergelombang
Kepada murid mendamai tenang
Guru itu laksana gunung
Semua murid akan dibimbing
Persis batu dan pasir terdampar
Tugasnya mulia mendidik mengajar

Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung untuk mendapatkan kejayaan ini . Kepada rakan guru, saya berdoa dan berharap supaya segala cita-cita dan usaha kita dalam meningkatkan kualiti pendidikan, membina negara bangsa yang sejahtera dan harmoni diberkati dan dipermudahkan oleh-Nya.
Sekian ..... terima kasih, Warga SKTBR (1).





Monday, 25 July 2011

KESARJANAAN



Setiap tahun menjadi agenda sekolah kebangsaan Taman Bunga Raya memartabatkan guru-guru yang telah memperolehi kejayaan dalam mendapatkan ijazah dari universiti-universiti negara ini sebagai satu pendekatan motivasi kepada rakan sejawat serta murid-murid sekolah ini. Budaya mengiktiraf di peringkat sekolah bukan sebagai momokan kepada sesiapa tetapi sebagai kaedah terbaik pihak sekolah menghargai guru-guru yang berjaya menamatkan pengajiannya tanpa melepaskan tanggung jawab hakikinya sebagai seorang pendidik di sekolah ini.

Sarjana atau “Master” dikaitkan dengan gelaran orang yang telah melengkapi pelajaran di Universiti iaitu mereka yang berjaya memperolehi ijazah. Keunggulan dalam memastikan guru mendapat sarjananya setelah melalui jerih perih dan cabaran bagi menyiapkan tesisnya. Bukan mudah juga tidak sukar jika berbekalkan kesungguhan dan semangat jati diri yang tekal bagi memastikan impian memegang segulung ijazah tercapai. Untuk pengetahuan semua, hanya nilai kepuasan diri yang nyata apabila kita di anugerahkan dengan scroll , berjubah dan lengkap "Mortar Board" . Sudah tentu tiada siapa yang dapat menilai perasaan bangga atas pencapaian diri mengatasi rasa bangga atau sombong terhadap orang lain dengan memiliki segulung ijazah . Tahap orang yang berilmu ibarat nakhoda ini adakalanya mereka lebih merendah diri, tinggi bahasa bak kata peribasa semakin berisi padi semakin tunduk.

Pengharapan pentadbir gurru-guru yang telah memiliki ijazah ini akan memantapkan lagi pengajaran dan sumbangannya demi pendidikan anak-anak didik khasnya di SK Taman Bunga Raya 1 serta tidak lokek berkongsi ilmu dengan sesiapa pun.

Jika yang muda di panggil Tuan Muda ,bagi seorang guru pula layak dipanggil Mahaguru kerana kecekapannya dalam meraih bidang keillmuan .Penguasaan yang tertinggi di peringkat sarjana atau Master bukanlah tiket untuk mereka diketepikan dari bergaul dengan rakan lain kerana perasaan rasa rendah diri rakan-rakan sejawatnya. Ambillah pengajaran terbaik dan berkongsilah segala ilmu yang dipelajari kerana Allah telah menjanjikan setiap ilmu yang disampaikan dengan ganjaran pahala,,insyaAllah.

Semua warga SK Taman Bunga Raya 1 juga layak mensarjanakan diri mengikut suasana, kepentingan, sumbangan dalam pelbagai aspek keutamaan kerja dan gaya belajar. Marilah kita bersama-sama mempelajari sesuatu yang positif dari Kesarjanaan rakan guru kita.

Bagi murid-murid khasnya murid tahun 6 yang akan menduduki ujian penilaian sekolah rendah sewajarnya menjadikan contoh kesarjanaan guru-guru untuk terus gemilang dalam pelajaran,kokurikulum dan sahsiah diri.

20 Julai 2011, 12 orang  guru kita turut dianugerahkan perkhidmatan cemerlang peringkat daerah Pejabat Pelajrn Daerah Hulu Selangor.

Pada 26 Julai 2011 pula merupakan hari bersejarah seorang lagi guru yang di Anugerahkan Sarjana Pengurusan Pendidikan , sewajarnya ia dikongsi bersama oleh warga SK Taman Bunga Raya 1. Pihak sekolah merakamkan setinggi ucapan tahniah dan berdoa beliau akan terus maju dalam dunia pendidikan ini. Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Azian bt Sali guru Bahasa Melayu Tahun 6.

Bagi murid-murid SK Taman Bunga Raya 1, saya sentiasa mengharapkan satu lonjakan pradigma dalam pencarian kegemilangan ilmu dunia dan akhir dari pelbagai pendekatan yang dibuat. Penampilan Puan Azian bt Sali, Pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan Pendidikan akan turut memberi impak serta inspirasi bahawa ilmu adalah segala penguasaan kekayaan di dunia dan akhirat.

Dengan ucapan Tahniah dan terima kasih atas kerjasama kerana sudi menjadi tetamu khas dalam perhimpunan rasmi hari ini dipersilakan Puan Azian bt Sali untuk memberi sepatah dua kata .

Puan Azian Sali  sedang memberi ucapan dan kata-kata Motivasi dalam Perhimpunan Rasmi

Tanda Pengiktirafan Pihak Sekolah atas kiejayaan Puan Azian Sal


Murid-murid tahun 6 yang berjaya mendapat 5Adalam gerak gempur 2

Ucapan Tahniah dari murid-murid
serta mohon doa restu dari  "Role Model" Pembelajaran Sepanjang Hayat"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...