Sunday 17 July 2011

KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN

Kejayaan selalunya di kaitkan dengan usaha secara tekal, komitmen yang tiada tandingnya, kerjasama semua pihak , berdoa serta akhirnya Allah sahaja penentunya.

USAHA: Datang dari diri sendiri samada murid, guru , ibu bapa , komuniti setempat. Setiap usaha yang sama maksudnya dengan iktiar, yang di sumbang akan menghasilkan satu keputusan yang melambangkan tahap usaha kita. Perkongsian usaha dari setiap individu adalah lambang kerja bersama-sama sebagai satu ikatan kesatuan hati. Ketekalan ,jati diri dan berdaya saing akan memantapkan setiap proses usaha tersebut.

KOMITMEN: komitmen dikaitkan dengan sikap terhadap pendirian atau sumbangan tenaga. Ia boleh berbentuk perhatian, sokongan dan azam yang sepenuhnya kepada nilai yang diusahakan. Iltizam juga dikaitkan dengan ketinggian komitmen individu dari segi idea, perancangan strategik, keberkesanan tindakan ,menganalisa hasil usaha yang tercapai mengikut jangka masa yang di tetapkan. Tindakan seseorang dalam perjanjian tidak langsung, untuk mencapai sesuatu usaha itu merupakan ikatan kepada komitmen dalam melaksanakannya. Adakalanya komitmen yang tinggi seseorang itu, akan mengenepikan kepentingan diri dan keluarganya, mengeluarkan wang ringgit tanpa prejudis malahan  memberi idea yang luar kebiasaan.

KERJASAMA: Ringgan sama di jinjing, berat sama dipikul perumpamaan yang sesuai diberikan kepada mereka yang bersama-sama memberi sumbangan. Budaya saling membantu dengan ketinggian komitmen menjadi tuntutan dalam memastikan kemenjadian setiap usaha. Budaya gotong royong dalam pelbagai rupa bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman satu pihak kepada pihak yang lain untuk mendapat faedah berrsama.

BERDOA: Meminta kepada Allah merupakan pengucapan paling kudus dalam usaha terakhir.Dari Hadis Anas r.a. Katanya: Rasullah s.a.w. Bersabda: Apabila kamu berdoa maka hendaklah kamu berazam serta benar-benar memohon kepada Allah s.w.t dan jangalah berkata: Ya Allah jika Engkau kehendaki maka perkenankanlah kepada aku ;kerana sesungguhnya
Allah itu bukanlah kedekut.

BERTAWAKAL: Akhirnya menyerahkan segala urusan kepada Allah dalam menentukan segala kejayaan, hasil atau pun pencapaian yang di harapkan.


Akhir penutup bicara,berusahalah dalam semua bidang khususnya pencapaian akademik dalam memastikan agenda keluarga bagi memartabatkan dan meningkatkan taraf hidup bangsa,agama dan negara .

0leh yang demikian, setiap kejayaan atau pencapaian itu melambangkan usaha,komitmen dan jika ia diizinkan Allah maka berjayalah kita mencapai visi melalui beberapa misi yang telah dibuat. Insyaallah, Allah sentiasa bersama kita dalam pencarian menuju memartabatkan kecemerlamgan pendidikan SKTBR 1 jika kita sentiasa ingat kepadanya.WHU.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...