Ucapan Terima Kasih kepada Zoom A oleh Pengerusi MGB Hulu Selangor
Lawatan Penanda Aras merupakan lawatan kerja yang sewajarnya di buat sama ada di dalam daerah atau melangkaui ke negeri-negeri lain malahan sewajarnya ke luar negara. Lawatan kerja secara perkongsian ilmu ini dapat memotivasikan di kalangan yang terlibat bahkan ia merupakan perkongsian pengalaman dalam pengurusan sesebuah organisasi dalam meningkatkan mutu dan kualiti pengurusan. Setiap pentadbir mempunyai keistimewaan tersendiri dalam mengurus jabatan di bawah tanggung jawab dan amanah yang di berinya.
Jesteru itu Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor di bawah kepimpinan Encik Zakaria bin Ismail, Guru Besar SK Serendah telah membawa 26 orang guru besar sekolah kebangsaan ke Kelantan dan Terengganu. Lawatan berobjektifkan mencari alternatif gaya pengurusan dan perkongsian ilmu ke SK Seri Wakaf Bharu ,Tumpat Kelantan sebagai satu penanda aras kepimpinan yang cemerlang . Lawatan ini juga memberi ruang interaksi secara tidak formal di kalangan guru besar di daerah ini melalui pelbagai aktiviti yang di sediakan.
 |
Sambutan Amat Meriah |
MGB Hulu Selangor di sambut dengan paluan kompang dan pancak silat
 |
Barisan Murid Menyambut Kedatangan MGB Hulu Selangor |
 |
Persembahan Murid Menyambut MGB Hulu Selangor |
 |
Sesi Perkongsian Pengalaman "Sekolah Kluster"oleh Encik Mazlan bin Mohd Nor Guru Besar |
Penulis membuat catatan maklumat dari barisan Penolong Kanan SK Seri Wakaf Bharu
 |
Penulis dan rakan bersama Guru Besar SK Seri Wakaf Bharu ,Kelantan |
 |
Laluan di hiasi dengan fakta kecemerlangan sekolah |
Kantin Sekolah
Lawatan tersebut telah memberi Impak besar kepada barisan pentadbir sekolah daerah apabila Pegawai Perhubungan MGB-PPDHS Tuan Haji Rahim bin Omar turut serta dalam lawatan ini . Ucapan perasmian dalam mesyuarat Agung Ke 11 Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor, beliau menekankan keperluan kerjasama di kalangan guru besar daerah bagi memastikan kecemerlangan pendidikan di daerah Hulu Selangor serta mengambil iktibar dari lawatan penanda aras ke SK Seri Wakaf Bharu, Kelantan. Kejayaan sekolah tersebut setanding dengan kejayaan beberapa sekolah di daerah Hulu Selangor dan semua guru besar di seru untuk memantapkan kualiti pengurusan yang sedia ada. Beliau turut memaklumkan kecemerlangan sekolah-sekolah seperti SK Seri Fajar, SK Rasa , SK Ulu Yam Lama dan SK Taman Bunga Raya 1 dalam mengukir kejayaan dan kecemerlangan pengurusan.
Ketika sesi “Terapi Minda” beliau juga turut memberi sumbang saran dan memotivasi secara personel atau kumpulan kecil dalam membantu pentadbir-pentadbir sekolah daerah dalam menghadapi cabaran dalam mengurus sekolah.Peranan kecil tetapi memberi keberkesanan dalam stail pengurusan yang wajar di amalkan sebagai seorang Pegawai Pendidikan Pelajaran Daerah malahan stail kepimpinan seorang guru besar. Bak kata pepatah ular menyusur akar, beliau yang merendah diri tidak jatuh mertabatnya sebagai Pengelola Cemerlang.
 |
Pengerusi MGB DHS memberi ucapan alu-aluan Mesyuarat Agung ke 11 |
 |
Ucapan Perasmian oleh Tuan Hj. Rahim bin Omar Pegawai Perhubungan MGB-PPDHS |
Semoga sesi lawatan kerja anjuran Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor akan memberi manfaat kepada ahli yang turut serta dan perkongsian ilmu, pengalaman dan pengurusan yang berkualiti dijadikan iktibar untuk mensarjanakan lagi budaya kerja pentadbir-pentadbir sekolah.
 |
Barisan MGB Kelantan Menyambut Ahli-ahli MGB DHS Di Majlis Jamuan Makan Tengahari |
 |
5 Rakan Kohort 4 PKPGB /UPSI dari 3 Negeri Bertemu di Kelantan |
 |
Lawatan Ke Taman Tamadun Islam, Terengganu |
 |
Penulis di depan Masjid Kristal Terengganu |
Penulis mencuba bakat membuat batik lukisan tangan
 |
Bacaan doa setiap kali memulakan perjalanan. |
No comments:
Post a Comment