Sunday 17 July 2011

ZULAIKA ZAMALUDDIN, DINOBAT TOKOH NILAM KEBANGSAAN 2011


Zulaika Zamaluddin, murid tahun 6 Amanah 2011 Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 merupakan murid yang di lihat  berpotensi sejak 2009. Pada tahun 2010, Guru Besar Puan Zalinah Zubir mengajar kelas 5 Amanah telah membuat aktiviti kumpulan dan individu ketika pengajaran Sivik dan Kewarganegaraan. Keserlahan bakat kepimpinan dan kepetahan beliau di akui oleh guru-guru yang turut mengajar beliau seperti Puan Azian Sali, Puan Zailany Mohd Zain dan guru kelas beliau Puan Wan Arisah Ariffin. Guru Besar telah mencadangkan nama beliau untuk mewakili sekolah ke pertandingan Robotik negeri Selangor dan Kebangsaan di bawah kepimpinan Encik Nor Hasmadi Nordin di bantu beberapa orang guru Bahasa Melayu, guru Kemahiran Hidup,guru Sains,guru Matematik dan guru Bahasa Inggeris.

Melalui perbincangan Guru Besar bersama Puan Zubaidah binti Ali, Guru Media SK Taman Bunga Raya 1 beliau  telah bersetuju memilih Zulaika Zamaluddin sebagai calon mewakili sekolah ke pertandingan Nilam 2011. Mulai dari saat itu, komitmen dan kerjasama yang mantap di kalangan guru-guru Pusat Sumber Sekolah, khususnya Puan Zubaidah Ali dan Puan Fadzillah  Mohd Yusof telah meneruskan usaha menggilap bakat murid tersebut dalam pelbagai kaedah termasuk melengkapkan biodata, menambah baik pendokumentasian bahan bacaan Nilam serta meningkatkan kemahiran berpidato dan kemahiran mencari maklumat.

Guru Besar telah meminta beliau membuat blog sendirinya bagi perkongsian ilmiah dari sumber bacaannya di http://nilam Zulaika.blogspot.com.   Semangat jati diri beliau disokong oleh kedua ibu bapa serta ahli keluarga dan rakan-rakannya telah memberi impak sehingga beliau di Anugerahkan Tokoh Nilam Kebangsaan 2011 Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar.

Kredit kepada Puan Sumiriaty dari PKG Daerah Hulu Selangor dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor yang turut menyumbang idea dan tenaga. Penghargaan juga kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Taman Bunga Raya 1 yang turut memberi sokongan moral dan kewangan. 

                                                                             TAHNIAH
Majlis Penyampaian Anugerah Tokoh Nilam di Perhimpunan Rasmi Sekolah pada 18 Julai 2011


Gambar Kenangan Bersama Barisan Pentadbir dan Guru Media
Zulaika Zamuddin ketika sesi lawatan & mencari Maklumat
di Taman Kesenian Islam, Shah Alam



Bersama Pencabar dari Seluruh Negara

Zulaika Zamaluddin  bersama rakan Nilam dari Negeri Selangor





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...