Friday 8 July 2011

Kelab Robotik "eskayTBRone GENERO"

Kelab Robotik Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, Hulu Selangor telah ditubuhkan pada tahun 2008 dengan nama eskayTBRone GENERO di terajui oleh Cikgu Norhasmadi  bin Nordin, Cikgu Maswadi bin Milatusamsi dan Cikgu Borhanuddin bin Saaid. Kerjasama yang erat dikalangan Panitia Kemahiran Hidup dan Panitia Sains telah banyak membantu merealisasikan ilham penubuhan Kelab.

Penubuhan Kelab ini bertujuan untuk mengendalikan latihan lego dan teknologi robotik kepada murid-murid SKTBR 1.

Objektif Kelab

Memberikan Pendidikan berasaskan teknologi robotik dan komputer kepada murid-murid SK Taman Bunga Raya 1.

Mendedahkan murid-murid dengan pemikiran yang analitikal dan kritis dalam menyelesaikan masalah.

Menyelia ahli kelab robotik untuk menyertai pertandingan dan membuat pertunjukkan kepada masyarakat umum.

Mengeratkan hubungan dan intergrasi antara kaum yang pelbagai dengan satu matlamat yang sama.

Menjayakan matlamat Kerajaan untuk membina modal insan yang berkualiti dan kompetitif.


Pencapaian 2010

1. Anugerah Pasukan Paling Bersemangat Peringkat Kebangsaan

2. Anugerah Mentor Terbaik Peringkat Negeri Selangor

3. Johan Pertandingan Robotik Kategori Terbuka Peringkat Negeri Selangor


Pencapaian 2011

1. Anugerah Mentor Peringkat Kebangsaan (Perkongsian Pintar bersama SMK Kuala Kubu Bharu)

2. Anugerah " Innovative"(Open category)"

3. Anugerah  "Best Spirit"

4. Anugerah "Excellent"


Dalam NATIONAL ROBOTICS COMPETITION pada 07 Julai 2011 GENERO telah menampilkan Robot GeneMa bagi tajuk " Improving our lives" bagi membantu kaum ibu dalam melipat kain dengan meraih Anugerah Best Team Spirit  Kategori ini di wakili murid-murid tahun 4 terdiri dari:

Nurin Qistina Zaini, Muhd Ikmal Danial dan Siti Nor Haizan.

Bagi "Open Category" GENERO menampilkan Robot LIBRO yang turut memudahkan kerja-kerja seorang pustakawan dalam menerima pemulangan dan pengasingan buku-buku mengikut sistem pengkelasan  kod warna.  Kategori ini telah mendapat Anugerah Inovatif di peringkat Negeri Selangor.
Ahli Kelab turut membuat persembahan terdiri dari :

Muhammad Naqiuddin Zaini, Zulaikha Zamaluddin dan Sabrina Azahar.

IDEA KREATIF DAN INOVATIF TEAM GENERO

PESERTA GENERO MEMBERI TAKLIMAT "LIBRO"

"LIBRO" DI UJI DEPAN HAKIM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...