Saturday, 28 April 2012

Kursus 3 hari "Multi Seat"



  Sekolah telah menerima 40 PC  bagi menggantikan Pc yang telah dilupus. Atas komitmen Syarikat Mutiara Smart Computing dengan kerjasama 23 guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 kursus aplikasi penggunaan pc ini telah berjalan pada 26-28 April 2012. Keseronokkan menggunakan pc terbaharu ini dan membina bahan pengajaran sehingga guru-guru terlupa waktu rehat jam 12 tengahari. Tahniah semoga setiap ilmu dapat dimanfaatkan selarikan dengan imej SKTBR 1 sebagai Pemimpin  Teknologi Maklumat Negeri Selangor.
Kursus tamat jam 12 tengahari pada 28 April 2012 bersamaan hari Sabtu.

HARI PERTAMA: SUAIKENAL

Encik Ambu Mani wakil syarikat berkenalan dengan guru-guru




HARI KEDUA: Guru-guru telah menghasilkan Kerja
 
Puan Norhayati Yeop KP Sains di sampingnya Puan Azma dari Kelas PPKI 
sedang berusaha membina peta minda


Cik Suhaila telah menyiapkan tugasan

Hasil peta minda Puan Fauzy Ayob pembantu Penyelia Petang

Penyelaras Tahun 5 Puan Rubiah Razak menyiapkan tugasan

Penyelaras Tahun 4 Puan Sabariah dan  Puan Mariani turut
menghadiri kursus 3 hari

Puan Wan Mazni Penyelaras tahun 3

Encik Hezry guru Pemulihan turut terlibat dengan kursus 3 hari

                                                              HARI KE 3

            

Wednesday, 25 April 2012

Koleksi Sajak Seorang Guru


                            Suamiku..

Alhamdulillah..

Melalui dia Allah turunkan rahmat
Melalui hatinya Allah satukan jiwa
Melalui tuturnya Allah serikan kalimatnya
Melalui dia kasih sayang Allah sempurnakan
Melalui dia Allah berikan kekuatan agama,bangsa dan keluarga
Melalui dia Allah perjelaskan segala
Tidak perlu aku meminta2,
Tidak perlu aku merayu2
Tidak perlu aku menggaya ilmu
Kerana padaMu Allah "KAMI" berserah..



*30tahun bersama hingga ke penghujung hayat,di muka syurga*

Terima kasih keluarga

                                              Guru...

Guru menjadi payung sekolah
Jauh mula tampak
Dekat mula bersua
Rimbun tempat berteduh
Hebat tempat berlindung
Besar tempat bernaung 
Kukuh tempat bersandar
Wajib dihormati
Pantang dikhianati

Guru bertanggung jawab sebarang laku 
Berlepas tangan ianya malu
Hak dan kewajipan ianya tahu
Didahulukan selangkah
Ditinggikan seranting
Dilebihkan sekuku
Dipanjangkan serambut
Diberikan beban berat
Diberikan tanggungjawab
Diberikan amanah perlu dijawab

          
                                peringatan bagi muridku sayang....

Berkata tidak segan menyegan

Hukum berbalik ke pangkal lengan

Akal salah hilang fikiran

Aid terdedah sepanjang jalan

Apa tanda berani terkutuk

Berani kerana berniat buruk

Berani kerja tak eluk

Berani bercakap bermulut busuk

Berani di belakang kutuk mengutuk

Apa tanda orang perajuk

Diajar ianya engkar

Dipujuk terus merajuk
Disayang ia merentang

Dinasihati ianya lari

Diturut membawa hanyut

Dihalang jalan melintang

Disuruh ia menjauh



                       Maafkan saya.....

Kalau ada gelar yang salah ucap,
Kalau ada yang duduk disalah tempat.

Kalau ada hidangan yang salah bekas,
Kalau gelas tersalah letak

Kalau nasi tersalah tambah,
Kalau ada mangkuk yang pecah.
kalau ada cawan yang sumbing.
Kalau nasi yang ditanak hangit,
Kalau sambalnya tak cukup belacan.
Terima kasih juga,
Kalau perut tidak kenyang





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...