Tuesday 13 December 2011

Mesyuarat Khas Perpindahan Murid Secara Kelompok dari SKTBR 1 ke SKTBR 2

 Pada 13 hb Disember 2011 bersamaan hari Selasa, satu mesyuarat bagi memindahkan murid-murid secara kelompok dari  Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 ke SK Bunga Raya 2 .
Turut hadir ialah Tuan Haji Rahim bin Omar, Penyelia Cemerlang Unit Sekolah Rendah PPD Hulu Selangor, Encik Hassan Basri bin Ismail ,Unit Sekolah Rendah PPD Hulu Selangor, Encik Zailani bin Karim Guru Besar SK Taman Bunga Raya 2, Puan Isnayani binti Zulkapli GPK HEM SK Taman Bunga Raya 2,Wakil dari SK Taman Bunga Raya 1 terdiri dari : Puan Zalinah binti Zubir Guru Besar, Encik Abdul Hadi bin Jantan GPK Pentadbiran/1, Puan Aida @Alpiah bt Ahmad Kamari GPK HEM, Puan Fauziah bt Amran GPKK PPKI dan Encik Zaini bin Mat Lazin GPK Petang.

Mesyuarat telah membincangkan dan bersetuju menggerakkan seramai 173 orang murid seperti berikut:

1. 13 murid tahun 1/2012
2. 30 murid tahun 2/2012
3. 37 murid tahun 3/2012
4. 33 murid tahun 4/2012
5. 34 murid tahun 5/2012
6. 26 murid tahun 6/2012
Semua murid terlibat yang beralamat di kawasan perumahan Mawar,Anggerik, Kemuning dan Teratai.

Oleh kerana SK Taman Bunga Raya 2 belum mampu menampung bilangan murid yang ramai, pergerakkan secara kelompok kali 2 ini juga mengambil kira kepentingan kedua-dua pihak melibatkan ibu bapa dan pengurusan sekolah.

Mesyuarat bersetuju bahawa pihak SK Taman Bunga Raya 2 akan menolak jika kelebihan jumlah murid yang memohon masuk seperti yang telah diputuskan di dalam mesyuarat sehingga akhir Disember 2011 dan proses pertukaran murid prosedur biasa mulai 1 hb Januari 2012.                                                                   

Mesyuarat juga bersetuju menerima masuk semula ke  SK Taman Bunga Raya 1  jika terdapat permohonan dari ibu bapa.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...