Tuesday 28 February 2012

PEGAWAI KHAS KEPADA TIMBALAN MENTERI PELAJARAN ZIARAH SKTBR 1


Lawatan mengejut Encik Shasim Shah bin Harun Pegawai Khas Timbalan Menteri Pelajaran pada 20 Februari 2012 dan berkesempatan memberi motivasi kepada murid-murid tahun 6 dan semua guru tahun 6. Kehadiran tuan sangat memotivasikan saya selaku Guru Besar, semua Guru Penolong Kanan dan warga SK Taman Bunga Raya 1 yang berpeluang mendengar, berkongsi dan melihat sentuhan ikhlas tuan  terhadap anak-anak didik kami .
Pesanan beliau 
"jika jumpa guru, jentik minda guru
jika jumpa murid, jentik lidah murid"
Kepada ibu bapa beliau berpesan berfikir di luar kotak di mana, menghantar dan memantau 
anak secara berterusan sehingga ke tahun 6 di sekolah rendah.Sebaiknya tanggungjawab mendidik mestilah bersama-sama ibu bapa dan guru.
Murid di sarankan sentiasa sayangi guru dan menghargai pengorbanan ibu bapa.
Murid mesti memberi fokus ketika semasa pengajaran guru dalam memastikan murid belajar.

 Salam perkenalan di bilik Guru Besar
 Permintaan ikhlas mengisi kerinduan Tuan Shasim dengan murid-murid
 Sentuhan dari bekas seorang guru yang telah berjawatan tinggi 

Terima kasih tuan

 

1. Amanah dan tanggungjawab seorang guru
2. Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
3.Tumpukan kepada Kualiti dan Kuantiti

1. Murid perlu diingatkan selalu
"Kalau guru-guru mengajar berpesan-pesan,
murid belajar berkesan"
2. Guru perlu konsisten dalam mempromosi membaca buku di kalangan murid
1. Budaya membaca bermula dari kalangan guru
2. Hanya gelaran yang membezakan kita tetapi tidak tanggungjawab dan amanah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...