Friday 9 March 2012

Berita Pendidikan @ INOVASI 2 dari Petikan Akhbar

Pembelajaran guna SMS diperkenal USM


2012/03/10

GEORGETOWN: Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya membangunkan sistem pengajaran dan pembelajaran melalui SMS, yang mampu menghantar maklumat penting kepada 36,000 pelajar dalam tempoh satu jam yang dikenali sebagai University Pocket Education (UniPE). 

Sistem terbabit yang terbahagi kepada PE Lite (satu hala) dan PE Platinum 8 (dua hala) adalah satu sistem alternatif kepada pelajar menerima maklumat pensyarah dan berkomunikasi yang dibangunkan oleh Ketua Penyelidik yang juga Penyelaras Pengajian Mobil, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), USM, Dr Issham Ismail.


niPE dibangunkan pada 2008 dengan kos penyelidikan sebanyak RM1.5 juta itu turut dipatenkan pada April 2010 malah turut berjaya merangkul Pingat Emas bagi kategori kaedah dan bahan pengajaran di Ekspo Teknologi Malaysia MTE 2012.
Issham berkata, sistem itu melengkapi pembelajaran interaktif kerana membabitkan perbincangan dua hala, kuiz, pertanyaan dan peringatan mengenai pelajaran. 

Katanya, ia yang menjadi medium pembelajaran dan boleh digunakan pada semua jenis telefon bimbit dan di semua negara selagi nombor telefon pelajar itu didaftarkan dalam sistem terbabit. 

“Ini cara pengajaran ringkas dan pasti pelajar yang menerimanya dapat membacanya biarpun berada di rumah malah pembelajaran dalam kelas dijimatkan bagi aktiviti yang perlukan cetakan dan penerbitan. 

“Ia mampu memberi capaian ilmu kepada pelajar yang ada halangan merujuk melalui internet atau jauh dari tempat pengajian,” katanya.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PembelajarangunaSMSdiperkenalUSM/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...