Friday, 15 November 2019
Sunday, 8 September 2013
Menjelang UPSR 2013
24 Jam lagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2013 akan bermula. Debaran anak-anak murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 semakin dirasai sehangat debaran guru-guru mata pelajaran mereka. Berhujung minggu dengan guru ketika Perayaan Kemerdekaan hanya ditafsir dengan pengisian ilmu di saat akhir. Tidak dinafikan usaha Penyelaras tahun 6 Puan NurShanty bersama guru-guru tahun 6 turut mengambil peluang cuti hujung minggu , 2 hari sebelum UPSR untuk mengisi masa anak-anak murid dengan tips terakhir. Iniasitif Ketua Panitia dan Guru-guru Mata pelajaran ini sangat di hargai . Perancangan bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatan Kuasa Kelas Kecemerlangan tahun 6 dan Panitia Agama Islam, Solat Hajat Perdana turut diadakan. Pada keesukkan harinya, Majlis Restu Ilmu juga turut di adakan dengan kehadiran Naib Yang Dipertua PIBG bersama Ibu bapa. Melengkapkan ruang dan masa, semua Ketua Panitia dan guru-guru tahun 6 turut menjalankan kelas bimbingan Pecutan Akhir UPSR 2013 pada 7hb - 8 hb September 2013 dengan kehadiran yang memberansangkan. Bagi memantapkan lagi dan mewarnai persiapan mental di saat akhir, Pentadbir mengambil peluang , 3 orang guru yang akan bergraduasi Ijazah Sarjana / UPSI pada 10-12 September 2013 ini dengan menjemput mereka untuk memberi motivasi terakhir kepada murid-murid tahun 6, 5 dan 4 2013. Terima kasih kepada Puan Norhayati binti Yeop Ketua Panitia Sains dan Guru Sains , Puan Wan Mazni binti Wan Hamzah , Guru mereka sejak darjah 2 serta Encik Hasmadi bin Nordin , Guru Bimbingan sekolah. Terima Kasih kepada semua guru khusus Barisan Pentadbir, Barisan Ketua Panitia dan Barisan Guru-guru yang mengajar tahun 6 serta semua warga sekolah yang turut menyumbang tenaga, wang ringgit serta idea dalam memantapkan perjalanan program kecemerlangan UPSR 2013. Terima kasih kepada Barisan PIBG dan ibu bapa tahun 6.Salam UPSR 2013, moga mereka diberi ketenangan ketika di dewan peperiksaan dan diberi hidayah . Amin.
Motivasi Akhir dari Guru-guru Ijazah Sarjana 2013/UPSI
09/09/2013
Solat Hajat Perdana 05/09/2013
Majlis Restu Ilmu 06/09/2013
Gimik penyerahan alat tulis oleh Puan Guru Besar
Memohon ampun dan maaf serta restu Ilmu yang telah dicurahkan.
Barisan Guru-Guru Kelas Tahun 6 / 2013 Yang Dedikasi
Barisan Penyelaras tahun 6, S /U UPSR dan Barisan Ketua Panitia
Komited dan Berwawasan
Sebahagian Ibu bapa hadir dalam Majlis Serah Ilmu
Kelas Bimbingan Pecutan Akhir 07- 08/09/2013
TERIMA KASIH SEMUA, YA ROBB PERMUDAHKAN URUSAN UPSR 2013, PADAMU KAMI BERSERAH DENGAN KALIMAH LAAHAULAWALAQUATAILLABILLAHI
Friday, 24 May 2013
Bicara Hadiah 54 @ 2012
Bapa pelajar berkenaan, Mahadzir Mokhtar, 42, berkata, dia amat terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan guru besar sekolah itu bahawa anaknya, Muhammad Faiz, 12, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut.
BICARA HADIAH 54
Jauh sekali ingin simpati,
bukan merengus gelora ombak ,
hanya coretan pilu untuk abadi,
Bidai tohmahan,
semburan nista ,
Aku hanya mampu melihat,
di belenggu sebaknya jiwa,
jiwa pendidik,
jiwa anak-anak,
jiwa seorang ibu;
seperti mereka jua, anak-anak itu ,
dengan perjanjian Februari 2012 ,
menyerahkan segala tanggungjawab mendidik ku pikul ,
bicara bersama ibu bapa ,
lebih awal ku pinta izin,
dalam janji ,
anak mereka, anak jiran
anakku ;
mungkin dia tidak hadir dalam bicara,
atau alpha seketika,
tidak mengapa, kerna setiap manusia ada prasangka,
dan aku juga manusia,
tetapi tidak terluah mulutku,
tiada pernah bicara semuka,
tiada hasrat imej diutama,
merimbun runcing buluh hanya cabaran,
meniti hari-hari penghujung khidmatku,
dengan kasih sayang seorang bonda guru,
aku celaru tetapi tegar dengan prinsip Mereka anak didikku,
bicara hadiah 54 tahun,
kalian lihat dan teliti,
kalian kaji dan amati,
apa kurangku,
apa prinsipku,
apa onak dan duri ku lalui,
membentuk insan bangsaku,
ilmu dunia akhirat ,
malahan bangsa seMalaysia ,
tidak tercicir amanatku;
coretan bicara pilu sempena 54 lahirku
rintangan alah mendabik perjuangan.
12 September 2012
Jam 11.50 malam - Mahligai AZMY
Anonymous said...guru2 sekarang bukan seperti guru2 20-30 tahun yang lepas, ramai yang lebih pentingkan prestasi sendiri, kocek sendiri,ego sendiri akibatnya anak2 kita yang rugi, rugi tiada didikan sekolah yang betul2 ikhlas memdidik agar menjadi seorang insan yang berguna...kepada ibu bapa jgn lepaskan 100% pendidikan kepada pihak sekolah didiklah anak2 carilah masa..insyaallah
September 12, 2012 3:36 PM
IbnAbdHalim said...Tiap-tiap tahun laporan prestasi peperiksaan meningkat. Hebat sungguh kementerian pelajaran. Sedangkan durianpun ada musim menjadi dan ada musim tak menjadi tapi perestasi murid yang duduki peperisaan setiap tahun bertambah baik. Bayangkanlah pernah berlaku cikgu jadi hairan bagaimana muridnya yang kurang cerdik boleh lulus dengan cemerlang.
Anonymous said...Inilah masalahnya sistem pendidikan yang terlalu memandang kpd keputusan akademik dgn meminggirkan pembangunan insan. Kejayaan hidup seseorang bukan terletak di peperiksaan. Rezeki di tangan Allah bkn ditangan manusia. Ramai yang gagal di dalam peperiksaan tetapi berjaya di dalam hidup. Berjaya di dalam peperiksaan x semestinya berilmu
September 12, 2012 4:04 PM
Anonymous said...maklumat tadak lengkap,jangan terus salahkan pengetua pastikan tanya
1.berapa hari pelajar ni datang ke sekolah
2.berapa kali guru datang rumah pujuk pelajar datang ke sekolah
3.berapa kali bapa ni datang ke sekolah untuk berbincang dengan guru.
4.apa tindakan bapa apabila anak tak datang ke sekolah
4. adakah pelajar ni di daftarkan untuk mengambil ujian.
5. banyak perkara lain perlu diambil kira sebelum menghukum
2.berapa kali guru datang rumah pujuk pelajar datang ke sekolah
3.berapa kali bapa ni datang ke sekolah untuk berbincang dengan guru.
4.apa tindakan bapa apabila anak tak datang ke sekolah
4. adakah pelajar ni di daftarkan untuk mengambil ujian.
5. banyak perkara lain perlu diambil kira sebelum menghukum
September 12, 2012 5:30 PM
Anonymous said...Anon 5.30...betul tu...
Aku harap siasatan dibuat sblm jatuh hukum. Bapak budak ni pun kerja kat tempat guaman. Mesti dia tau punya...kena siasat dulu.
Kalau betul GB tu yg salah, ambil tindakan...selesai.
Tak perlu dipanjangkan...
Kalau betul GB tu yg salah, ambil tindakan...selesai.
Tak perlu dipanjangkan...
September 12, 2012 5:45 PM
Anonymous said...sekolah hari ini lebih mementingkan prestasi peperiksaan daripada mendidik pelajar. Itu sebab gejala jenayah dan maksiat semakin bertambah
September 12, 2012 6:15 PM
webo said...selalu ponteng sekolah bukan alasan untuk melarang seseorang murid daripada menduduki peperiksaan.. ponteng sekolah hukuman yang paling berat ialah buang sekolah, tapi dia tetap berhak mengambil peperiksaan sebagai calon persendirian.. dalam kes ini, kalau betul budak tu kaki ponteng, pihak sekolah sudah terlambat mengambil tindakan buang sekolah, jadi wajib terima budak tu sebagai calon UPSR sekolah tu..
September 12, 2012 9:50 PM
Anonymous said...Manusia hebat akan menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri. Lebih 8 bulan diberi peluang untuk hadir ke sekolah tetapi bersusah-payah hadir untuk memberikan keputusan buruk kepada pihak sekolah sedangkan murid lain dengan komitmen yang tinggi hadir pelbagai program anjuran pihak sekolah untuk melonjakkan prestasi. Adilkah?
September 13, 2012 2:23 PM
Majlis Restu Ilmu UPSR 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur kehadrat Allah SubhanaAllah
wataala, selawat keatas junjungan Nabi Muhamad SAW. keindahan Jumaat
penghuku segala hari, Rahmatnya kita dapat bersama- sama hadir dlm
majlis Restu Ilmu UpSR 2012. Kehadiran puan Hjh Hamidah, yang mana
julung2 kali, pihak sekolah menjemput wakil Pej Pel Dae HS, untuk
turut memberi restu kepada semua pelajar tahun 6 yg akan menduduki
Ujian penilaian Sekolah Rendah.
Saya yakin ia akan memberi impak besar
bg persiapan mental, fizikal, dan sahsiah anak2 Upsr. Malahan
kehadiran ibubapa jua memberi keyakinan diri pd jiwa anak2 yang telah
mempersiapkan diri menghadapi Upsr sejak Th4 dan secara konsisten
dengan pengmblengan tenaga pengajar yg tidak pernah putus asa
atauputus harap.
Alang alang menggenggam bara,
biarlah menjadi arang,
Alang alang menenum,
biarlah menjadi kain.
Alang alang berdakwat,
biarlah sampai jadi hitam.
Alang alang mengaji biar sampai khatam,
Alang alang belajar biarlah sanpai
berjaya cemerlang!
anak2Bonda guru tersayang,
Berguru ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
matemtik,sains,Bi, Bm jangan tak
menjadi.
Segala Ilmu, kaedah, penyelesaian,
cabaran telah dicurahkan, kepada anak2 semua, guru kami dambakan
dengan penuh kasih sayang dan harapan, agar impian ibu bapa dan warga
sktbr1 menjadi kenyataan, moga 5A dalam genggaman.
Setidak tidaknya bagi semua pelajar
lulus penuh adalah harapan dari pihak Pengarah Jabatan Pelajaran
Selangor, amanah yang perlu di galas ke dewan peperiksaan. Oleh itu,
tunjuklah kehebatan kita, buatlah sehabis baik bak kata pepatah.
Hendak menumbuk biar dalam lesung,
Hendak bersilat, biar dalam gelanggang
Kepada ibubapa saudara kami sekelian,
Diikat ikat, biarlah panjang,
Dijalin jalin biarlah rapat.
Kehadiran saudara kami sekelian,
pembakar semangat anak2 yang semakin kecut, setelah persiapan secara
konsisten, usaha yg mantap, jerih mengulangkaji, tidor semakin tidak
lena, saudara2 kami, ibubapa yg kami harapkan.
Dulu celaru, sekarang sudah pandai,
Dulu keliru, sekarang sudah jelas.
Dulu kosong, sekarang sudah penuh,
Dulu tahu sedikit, sekarang tahu
banyak.
DULu Bertanya sekarang boleh jawab,
Dulu di belakang, sekarang sudah ke
hadapan. itulah madah utk anak2 ini yang akan kami kembalikan ke
pangkuan saudara2Kami ibubapa.
Ibubapa, setelah puas ilmu kami
curahkan, petua diberi, kaedah diselitkan, selok belok mencari,
menjawab, meneliti turut kami taburkan. Hari ini kami redhakan segala
ilmu dunia akhirat anak2 ini agar menjadi pedoman dan bekal di dewan
peperiksaan.
sudah tentu anak2 ini berkata:
sekarang kami jdi makmum,
Hajat hati hendak menjadi imam... Oleh
itu, pimpin dan bimbinglah saat kecemasan ini dengan kasih sayang,
meneliti jadual peperiksaan, mengawal pemakanan, memastikan
keselamatan dan memantau kesihatan;
Batu yg keras air pelekuknya,
hati yg keras lidah pelembutnya,
Doa ibubapa penawar segalanya...Mulai
saat ini sama sama kita berdoa, malahan jika tiada keuzuran puasa
ibubapa juga menjadi taruhan.
Kami juga memohon maaf sepanjang kami
berkongsi ilmu dengan anak2 mungkin terlempias, herdik kata, marah
yang tiada niat menista, kami mohon ampun maaf kepada ibu bapa dan
abak-anak tersayang.
Kepada guru yang penyayang,
Terima kasih atas segala usaha, jerih
perih gembeling tenaga dalam mendidik sebagai amanah serta tanggung
yang perlu di jawab dunia akhirat. Moga ia menjadi berkat
berpanjangan, insyaAllah.
Jika ada yg kecundang bukan itu yang
kita harapkan, kita hanya mampu bertawakal pada yg esa. Kita masih
ada tugas yg belum selesai, ayuh kita teruskan usaha ke keringat
akhir hingga keputusan penuh kita terima.
Budi tuan,kami tidak lupa,
Jadi kenangan sepanjang hayat.
Ada pangkal,ada hujungnya,
ada tengah ada tepinya.
Ada mula, ada akhirnya,
Ada awal, ada penyudahnya.
Setinggi penghargaan dan terima kasih
kepada puan Hjh Hamidah dengan rasa hormat gurindam kami titipkan:
Kalau kami ilmu ; tuan Gurunya,
Kalau kami rehal, tuan kitabnya.
Kalau kami harum, Tuan Kasturinya
Kalau kami cahaya tuan Sinarnya.
Bimbingan, peringatan, teguran,
pemantauan dari pihak PPD khususnya pihak Puan Hjh sendiri amat2Kami
sanjungi, kami berdoa agar tuan sentiasa dirahmati Allah atas setiap
usaha tuan membantu kami.
Akhir kata, dengan iringan doa,
selamat menduduki Ujian penilaian Sekolah Rendah kepada semua anak2
Sktbr1:
Setinggi penghargaan dan terima kasih
kepada pn hjh Hamidah, ibubapa dan semua pihak yg berusaha sepanjang
tahun dlm menjayskan prog peningkatan akademik khusus UPSR dan
menjayakan majlis restu Ilmu. Yang terbaik adalah rahmat Allah,
kekurangan itu saya memohon ampun dan maaf .Asslmualaikum whb.

Monday, 20 May 2013
" 1 Aspirasi 1 Agenda" - 1 Aiskerim 1 Murid" 2013










Bersama meraikan hari guru dengan kakitangan sokongan 
HARI ISTIMEWA BUAT SEMUA GURU

HARI ISTIMEWA BUAT SEMUA GURU
SK TAMAN BUNGA RAYA 1 16 MEI 2013

Sepanjang Jamuan Minum Petang Bersama Kakitangan Sokongan & PIBG SKTBR 1

UCAPAN SELAMAT HARI GURU,KAMI SAYANG CIKGU
dari kakitangan sokongan

Tidak layak mendapatkannya kerana tuah kepada
Puan Wan Mazni dan Puan Noraimy


ZIARAH MESRA HARI GURU Program PPDHSelangor
Tuan Haji Zainal Abidin b. Mohd Yusof
Hadiah Hari Guru Dari JPNS & PPDHS Kepada Puan Hadidah bt Ismail
Kumpulan Guru dari SKTBR1
dengan iringan doa semoga sihat dan sentiasa tabah
Tuan Haji Zainal Abidin b. Mohd Yusof
Hadiah Hari Guru Dari JPNS & PPDHS Kepada Puan Hadidah bt Ismail
Kumpulan Guru dari SKTBR1
dengan iringan doa semoga sihat dan sentiasa tabah

Persembahan dari Pentadbir Sekolah...
Labels:
2013.,
agenda,
hari guru,
kek.persembahann,
minum teh,
pegawai,
PPDHSelangor
Subscribe to:
Posts (Atom)


























