Friday, 19 August 2011

Iftar, taraweh,tazkirah dan moreh bersama anak-anak yatim


Malam 17 Ramadan 1432 H bersamaan 16 Ogos 2011 sempena malam sambutan Nuzul Al Quran, satu lagi sejarah tersendiri Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 di bawah pengerusinya Encik Zainal Abidin, Persatuan Agama Islam dibawah Puan Zamnis serta gabungan unit Kebajikan Murid SKTBR 1 di bawah Puan Hamidah Othman telah mengadakan majlis tertutup iftar; solat jemaah,taraweh di DewanTan Sri Mustapha Kamal bin Abu Bakar, SK Taman Bunga Raya 1; program tazkirah dan moreh bersama 44 orang anak-anak yatim sekolah ini. Turut sama 300 kakitangan sokongan,  keluarga ahli-ahli kelab serta pekerja swasta dalam menzahirkan  ukhwah satu keluarga besar di bawah bumbung SKTBR1 tempat sama-sama mencari rezeki yang halal .

                                                           سُوۡرَةُ البَقَرَة
             
                              وَأَنفِقُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّہۡلُكَةِ‌ۛ وَأَحۡسِنُوٓاْ‌ۛ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ (١٩٥

Al-Baqara
                Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan)  perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (195)

سُوۡرَةُ الحَدید
                      ءَامِنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَأَنفِقُواْ مِمَّا جَعَلَكُم مُّسۡتَخۡلَفِينَ فِيهِ‌ۖ فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَأَنفَقُواْ لَهُمۡ أَجۡرٌ۬ كَبِيرٌ۬ (٧)

Al-Hadid

              Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar. (7)

Bagi membudayakan amalan bersedekah, setiap guru dan kakitangan membawa makanan secara persendirian atau kumpulan mengikut aras . Juadah seperti Laksa, bubur, kueh mueh,dadih, buah-buahan serta tamar merupakan juadah dalam pilihan beriftar. Minuman panas dan sejuk juga merupakan minuman terpilih. Keseronokkan melihat telatah anak-anak yatim yang diraikan ketika memilih makan untuk berbuka sudah cukup memberi kepuasan kepada ahli kelab khususnya ahli jawatankuasa pelaksana.

Selepas solat maghrib berjemaah, semua hadirin dihidang dengan menu makanan berat ala kampung. Nasi putih, ulam-ulaman, ayam goreng, udang sambal, telur masin dan sayur masak lemak menambahkan selera makan dalam keluarga besar SK Taman Bunga Raya 1.

Selepas solat taraweh dan tazkirah, majlis sumbangan untuk anak-anak yatim dan anak-anak guru disampaikan diakhiri dengan majlis moreh ala barat iaitu makaroni udang dan bubur serta ais leman tea.


سُوۡرَةُ العَلق

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢) ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥) كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ (٦) أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ (٧) إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ (٨) أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِى يَنۡهَىٰ (٩) عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ (١٠) أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ (١١) أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ (١٢) أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ (١٣) أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ (١٤) كَلَّا لَٮِٕن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ (١٥) نَاصِيَةٍ۬ كَـٰذِبَةٍ خَاطِئَةٍ۬ (١٦) فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُ ۥ (١٧) سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ (١٨) كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡ وَٱقۡتَرِب ۩ (١٩)


Al-Alaq

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
 
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5) Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), (6) Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (7) (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan). (8) Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang); (9) Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang? (10) Adakah engkau nampak (buruknya) jika dia berada di atas jalan yang betul? (11) Atau dia menyuruh orang bertakwa (jangan melakukan syirik)? (12) Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika dia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta dia berpaling ingkar? (13) Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? (14) Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka); (15) Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah. (16) Kemudian biarlah dia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya); (17) Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya). (18) Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)! / (19)



anak-anak yatim  























سُوۡرَةُ الزّلزَلة
                             فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرً۬ا يَرَهُ ۥ (٧) وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬ شَرًّ۬ا يَرَهُ ۥ (٨)
                  
Al-Zalzala
           Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7)
            Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah,  nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!  (8)









Friday, 12 August 2011

Kolaborasi Program Unit Bimbingan/ PIBG dan Lembaga Zakat Selangor

Sejak 2009, beberapa program Unit Kaunseling Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 telah berkolaborasi bersama program Lembaga Zakat Selangor . Peruntukan khas sebanyak RM10 ribu pada tahun  2009  dari Lembaga Zakat Selangor sebagai satu khidmat kemasyarakatannya dalam pendidikan di agih terus ke sekolah ini di manfaatkan melalui modul yang dibina oleh unit Bimbingan dan Kauseling sekolah ini.

Mulai 2010, dengan kerjasama Unit Agama Jabatan Pendidikan Selangor program sekolah angkat ini diselaraskan bagi memurnikan program tersebut. Pada tahun 2011 pihak Lembaga Zakat Selangor dengan beberapa orang penyelaras program peringkat sekolah-sekolah negeri Selangor telah menyediakan Modul PROSA (Program Sekolah Angkat) Pelajar Anak Asnaf Sekolah Rendah Negeri Selangor.

Bagi tahun 2011, semua 274 anak-anak Asnaf sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 telah terpilih menyertai kepelbagaian program mengikut modul PROSA yang disediakan. Di bawah penyelaras program PROSA Encik Ahmad Shauhada b. Zakaria guru Bimbingan dan Kaunseling di bantu oleh Encik Zainal Abidin ,Encik Hasmadi dan penyelaras-penyelaras  dari tahun 1-6 program-program yang di rancang telah berjalan dengan lancar.


Berikut adalah di antara program yang telah dan akan di jalankan:
  1. Perjumpaan Bersama Pegawai LZS bersama ibubapa dan murid Asnaf SKTBR 1
  2. Motivasi diri
  3. Menuju Puncak Siri 1
  4. Teknik menjawab peperiksaan
  5. Persedian Menghadapi Peperiksaan
  6. Kelas Tambahan
  7. Kem Bina Insan
  8. Bengkel Keluarga Saadah
  9. Lawatan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim
  10. Lawatan Sambil belajar ke Pusat Belia Negara.
Disamping itu, atas iniasitif pihak sekolah, murid-murid asnaf sentiasa dilibatkan setiap program berbayar bersama agensi luar dengan menggunakan  budget siri motivasi yang di terima dari jumlah keseluruhan program sebanyak Rm20 Ribu. Murid-murid yang hadir bagi kelas tambahan hari Sabtu dan cuti sekolah turut dibekalkan makanan dan insentif peningkatan akademik sebanyak rm 5 seorang bagi 2 ujian.Pihak sekolah juga membeli buku-buku tambahan bagi tujuan penambahan latihan bagi murid yang terlibat.


Semoga usaha murni pihak-pihak yang terlibat di rahmati Allah.


 Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.


Hadith Qudsi
“ Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, maka berfirman ALLAH Subhana Wa Ta’ala :
Kecuali puasa,sesungguhnya ia adalah khas untuk-Ku
dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya kerana-Ku.”
 (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) sumber: 
Lembaga Zakat Selangor



             BERITA BERGAMBAR PROGRAM PADA 13 OGOS 2011/ 13 RAMADAN 1432H



                                  


En.Ahmad Shauhada memberi "tips" mengikut MODUL  bagi   kumpulan 1
Anak-anak Asnaf dan  Murid -murid tahun 6 Program Kecemerlangan Akademik PIBG

Encik Hasmadi guru Bimbingan dan Kauseling memberi "tips" bagi kumpulan 2


Kelas Tambahan Tahun 1 PIBG/ Asnaf LZS


Kelas Tambahan PIBG / LZS Tahun 2

Kelas Tambahan tahun 5 PIBG/ LZS



Kelas Tambahan tahun 4 program PIBG/ Asnaf LZS



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...