Friday, 12 August 2011

Kolaborasi Program Unit Bimbingan/ PIBG dan Lembaga Zakat Selangor

Sejak 2009, beberapa program Unit Kaunseling Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 telah berkolaborasi bersama program Lembaga Zakat Selangor . Peruntukan khas sebanyak RM10 ribu pada tahun  2009  dari Lembaga Zakat Selangor sebagai satu khidmat kemasyarakatannya dalam pendidikan di agih terus ke sekolah ini di manfaatkan melalui modul yang dibina oleh unit Bimbingan dan Kauseling sekolah ini.

Mulai 2010, dengan kerjasama Unit Agama Jabatan Pendidikan Selangor program sekolah angkat ini diselaraskan bagi memurnikan program tersebut. Pada tahun 2011 pihak Lembaga Zakat Selangor dengan beberapa orang penyelaras program peringkat sekolah-sekolah negeri Selangor telah menyediakan Modul PROSA (Program Sekolah Angkat) Pelajar Anak Asnaf Sekolah Rendah Negeri Selangor.

Bagi tahun 2011, semua 274 anak-anak Asnaf sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 telah terpilih menyertai kepelbagaian program mengikut modul PROSA yang disediakan. Di bawah penyelaras program PROSA Encik Ahmad Shauhada b. Zakaria guru Bimbingan dan Kaunseling di bantu oleh Encik Zainal Abidin ,Encik Hasmadi dan penyelaras-penyelaras  dari tahun 1-6 program-program yang di rancang telah berjalan dengan lancar.


Berikut adalah di antara program yang telah dan akan di jalankan:
  1. Perjumpaan Bersama Pegawai LZS bersama ibubapa dan murid Asnaf SKTBR 1
  2. Motivasi diri
  3. Menuju Puncak Siri 1
  4. Teknik menjawab peperiksaan
  5. Persedian Menghadapi Peperiksaan
  6. Kelas Tambahan
  7. Kem Bina Insan
  8. Bengkel Keluarga Saadah
  9. Lawatan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim
  10. Lawatan Sambil belajar ke Pusat Belia Negara.
Disamping itu, atas iniasitif pihak sekolah, murid-murid asnaf sentiasa dilibatkan setiap program berbayar bersama agensi luar dengan menggunakan  budget siri motivasi yang di terima dari jumlah keseluruhan program sebanyak Rm20 Ribu. Murid-murid yang hadir bagi kelas tambahan hari Sabtu dan cuti sekolah turut dibekalkan makanan dan insentif peningkatan akademik sebanyak rm 5 seorang bagi 2 ujian.Pihak sekolah juga membeli buku-buku tambahan bagi tujuan penambahan latihan bagi murid yang terlibat.


Semoga usaha murni pihak-pihak yang terlibat di rahmati Allah.


 Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.


Hadith Qudsi
“ Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, maka berfirman ALLAH Subhana Wa Ta’ala :
Kecuali puasa,sesungguhnya ia adalah khas untuk-Ku
dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya kerana-Ku.”
 (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) sumber: 
Lembaga Zakat Selangor



             BERITA BERGAMBAR PROGRAM PADA 13 OGOS 2011/ 13 RAMADAN 1432H



                                  


En.Ahmad Shauhada memberi "tips" mengikut MODUL  bagi   kumpulan 1
Anak-anak Asnaf dan  Murid -murid tahun 6 Program Kecemerlangan Akademik PIBG

Encik Hasmadi guru Bimbingan dan Kauseling memberi "tips" bagi kumpulan 2


Kelas Tambahan Tahun 1 PIBG/ Asnaf LZS


Kelas Tambahan PIBG / LZS Tahun 2

Kelas Tambahan tahun 5 PIBG/ LZS



Kelas Tambahan tahun 4 program PIBG/ Asnaf LZS



Tuesday, 9 August 2011

Ihya' Ramadhan 2011/1432 H dan Majlis Khatam Al-Quran SKTBR 1




Ramadhan bulan paling mulia yang merupakan penghulu segala bulan mengikut pandangan Islam. Oleh kerana itu
sudah sewajarnyalah bulan ini disambut dengan sebaik mungkin dengan menganjurkan berbagai aktiviti untuk memeriahkan kehadirannya. Panitia Agama Islam (PAI) dan Unit Kebajikan Murid diberi tanggungjawab untuk mengendalikannya melalui pelbagai aktiviti yang dipanggil sebagai IHYA’ RAMADHAN.

Kesempatan dalam peluang yang diberi Allah untuk bertemu Ramadhan 1432 Hijrah , PAI Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1,Bukit Beruntung mengharapkan setiap warga SKTBR 1 dalam bulan yang baik ini merebut, menyertai ,terlibat , mengumpul dan dimanfaatkan sebanyak mungkin setiap program .

Berikut adalah objektif Program Ihya' Ramadhan PAI SKTBR 1 dan Unit Kebajikan Murid Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 sempena Ramadhan Al-Mubarak:


1. Mengimarahkan bulan Ramdhan dengan aktiviti yang berfaedah dan
      memberi informasi yang bermanfaat kepada murid-murid

2. Mengingatkan murid-murid mengenai kewajiban berpuasa dan keistimewaan
      bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

3. Menambah pengetahuan murid-murid dalam ilmu keagamaan disamping
      memantapkan lagi penghayatan amalan harian mereka.

4. Memberikan keinsafan dan rasa kesyukuran yang tidak terkira kepada Allah
      di atas segala nikmat dan kurniaanNya kepada kita

5. Menerbitkan keazaman dan semangat yang kental untuk mengubah diri
      kepada keadaan yang lebih baik sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.


Pengisian Ihya' Ramadhan seperti berikut:


1. Tazkirah untuk guru-guru dan kakitangan sokongan serta murid-murid
    mengikut tajuk

2. Pertandingan Bercerita kisah-kisah Nabi

3. Pertandingan Hafazan Ayat Lazim

4. Bertadarus melibatkan 300 peserta dan 30 orang murid Khatam Al-Quran

Bermula 2 Ogos sehingga 25 Ogos 2011 di Dewan Tan Sri Mustapha Kamal, SKTBR 1,di jalankan waktu rehat. Bagi kumpulan bertadarus dijalankan selepas sekolah mengikut kelapangan Guru-guru dan Kakitangan Sokongan dan waktu KoKurikulum mengikut sesi.

Majlis Khatam Al-Quran

Merupakan satu daripada aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam bagi menyemarakkan lagi bulan yang penuh keberkatan ini iaitu bulan Ramadhan. Majlis ini adalah kesinambungan daripada Majlis Tadarus Al-Quran sempena Ramadhan Al-Mubarak. Bertepatan dengan matlamat akhir Ramadhan iaitu melahirkan insan yang bersih dari rohani dan jasmani melalui ibadah puasa dan amalan sunat yang lain, maka diharap majlis ini dapat menjadi saluran kepada pelajar dan guru untuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.

OBJEKTIF

1. Melahirkan warga sekolah yang celik Al-Quran dan menghayati isi
    kandungannya
2. Menggalakkan ibadah membaca Al-Quran di kalangan guru dan murid.
3. Memberi penghargaan kepada murid yang telah khatam Al-Quran dan
    motivasi kepada murid lain
4. Memberi pendedahan kepada guru dan murid tentang perlaksanaan Majlis


Khatam Al-Quran.

BUTIRAN MAJLIS


Tarikh / Hari : 26/8/2011 (Jumaat)

Masa : 8.30 – 11.30 Pagi

Tempat : Dewan Tan Sri Mustapha Kamal

SK Taman Bunga Raya 1, Bukit Beruntung


2. KUMPULAN SASARAN

Pelajar Khatam Al-Quran : Seramai 30 orang pelajar murid tahun 6.


3. ATURCARA MAJLIS KHATAM AL-QURAN


8.30 – 8.35 : Ucapan Pengerusi Majlis

8.35 – 8.40 : Bacaan Doa

8.40 – 8.50 : Perarakan masuk peserta Khatam Al-Quran

8.50- 9.00 : Ucapan Perasmian Majlis Khatam Al-Quran oleh Guru Besar

9.00-10.30 : Majlis Khatam Al –Quran

10.30-10.45 : Bacaan Doa dan Nasyid Khatam Al-Quran
                        (edaran bunga telur)

10.45-11.00 : Penyampaian cenderahati kepada peserta khatam dan
                        sumbangan kepada kepada anak yatim dan miskin

11.00 -11.30 : Agihan bungkusan berbuka puasa dan bersurai

Pelajar Moral diselia oleh :

Pn.Norliza dan guru-guru yang mengajar moral Tahun 4,5 dan 6.




Tadarus turut dikendalikan oleh Puan Nur Fitriani, Kakitangan sokongan
 

Hafazan Ayat Lazim Murid-murid tahun 1 di kendali oleh Ustaz Khairi


Tazkirah Murid Tahun 5

Tazkirah oleh Ustazah Zamnis dan Ustazah Hamidah Othman
bagi Pentadbir,Guru-guru Tahun 1 dan PPKI



Pentadbir dan Guru Lelaki khusyuk mendengar tazkirah
Ustazah Salinah Ayon dan Ustazah Ruzaiton memberi  tazkirah
kepada Kumpulan Guru  Tahun 6 dan Kakitangan Sokongan

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...