Sunday 8 January 2012

Sayangi Diri

Perhimpunan 09/01/2012

Latar belakang:

1. Perhimpunan Rasmi Hari Isnin
2. Jam 7.30-8.05 pagi dan 6.15-6.45 petang
3. Pengisian ucapan Guru Besar:
    a. Selamat memulakan sesi persekolahan 2012
    b. Tema "Sayangi Diri"  Tajuk "Hak dan Tanggungjawab kanak-kanak"
          i.    Sebagai   Insan
         ii.    Sebagai   Murid
        iii.    Sebagai    Anak

- Sebagai Muslim sejati bagi yang beragama Islam dan bagi murid bukan Islam mempunyai pegangan terhadap kepercayaan. Oleh itu patuhi peraturan hidup sebagai insan dengan agama sebagai asas untuk terus menyayangi diri sendiri. Sebagai murid Islam , anda dilarang menyakiti diri sendiri, aniaya diri dan tidak memberi peluang kepada diri untuk dimanjakan seperti kita menyayangi kedua ibu bapa kita.
Sebagai insan yang hina di sisi Allah, kita wajib mencari keredhaan Allah, mendekati diri serta menyerahkan segala-galanya pada Allah. Allah menyarankan kita mencari ilmu dalam ayat "Iqra" bacalah..bermakna Allah menegaskan dalam menyayangi diri , kita wajib mencari ilmu . Bak kata pepatah  "Hina besi kerana karatnya, Hina manusia kerana tiada ilmunya".

-Sebagai murid yang mempunyai hak untuk mendapat pendidikan maka amanah dan tanggungjawab murid  untuk mencari ilmu di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1. Masa yang sama murid-murid sewajarnya menghormati semua warga sekolah bermula dari pekerja swasta, kakitangan pejabat, guru-guru malahan pentadbir sekolah mesti dihormati kerana tanggungjawab anda menjaga maruah diri. Mulakan dengan memberi salam atau ucapan selamat pagi atau selamat petang. Rebutlah peluang pahala kerana orang yang mendahului ucapan salam sebagai pembina jambatan silaturahim mendapat pahala dan bagi yang menjawab adalah wajib jika tidak akan mendapat dosa. Sebagai murid, sayangi diri dengan mencari ilmu dari pelbagai sumber bukan sahaja di dalam kelas malahan dari sumber di papan info yang terpapar di persekitaan sekolah. Berusaha ke Perpustakaan Zaaba kita di aras 4 kerana di situ beribu-ribu maklumat berbentuk buku, majalah, eletronik dan bahan. "Rajin bertanya tidak sesat jalan" oleh itu banyakkan komunikasi bersama rakan kelas dan rakan sekolah malahan guru adalah pemberi ilmu yang baik. Bagi menjadikan sekolah SK Taman Bunga Raya 1 yang unggul bukan sahaja di daerah Hulu Selangor malahan di peringkat kebangsaan setiap murid mesti berusaha memartabatkan diri sendiri " Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah" kerana kita bimbing seperti pantun berikut:     
"Berburu ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki, berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi"

Penutup bicara Guru Besar sebagai Aspirasi Mentor 1 anda adalah anak-anak saya yang dirahmati Allah sayangilah diri , yang baik adalah rahmat dan petunjuk Allah, kekurangan bicara adalah kelemahan Guru Besar sebagai insan biasa  moga Allah mengampunkan kita dan sentiasa memberi petunjuk dan hidayahnya kepada keluarga besar SK Taman Bunga Raya 1.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...