Thursday 19 January 2012

Seminar Bakal Pesara 2014


19 Januari 2012, satu seminar khusus untuk bakal-bakal Pesara telah di adakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, Shah Alam. Encik Awang Musran b. Tawil, Penolong Naib Presiden Kanan Bank Muamalad Malaysia Berhad telah memberi input pengurusan kewangan. Beliau menegaskan kepada bakal pesara 2012-2014 untuk mula menternak duit dari sekarang amat penting bagi mind setting bakal pesara. Kehidupan ketika bekerja dan kehidupan di alam persaraan kemungkinan merupakan satu kejutan budaya bagi kakitangan kerajaan jika tidak mula membuat persiapan pengurusan kewangan. Duit graduiti dan pencen yang akan diterima sudah tentu tidak mencukupi jika kakitangan kerajaan tidak mula merancang dari sekarang. Beliau juga mengingatkan bakal pesara bahawa sekarang mereka dalam proses PANTANG dari membuat pinjaman baru yang melibatkan hutang piutang bagi mengelakkan tidak dapat merasa nikmat wang pencen dengan tenteram. Pencen di usia 55 , 56, 58 atau 60 bukanlah masa yang sesuai untuk memulakan menjadi usahawan dengan wang graduiti , oleh itu beliau memesan kepada bakal pesara untuk tidak terlibat dengan produk yang bernama berjaya seperti "skim cepat kaya" tetapi menyarankan bertanya kepada mereka yang berjaya. 










                                                            



TAKLIMAT DARI JPA:
Kira pencen dan graduiti anda di sini:

Peranan Dan Tanggungjawab Bakal Pesara 
  • Menyemak rekod perkhidmatan dan cuti bagi memastikan ianya telah di kemaskinikan
  • Buat opsyen memilih tempoh perkhidmatan dalam Borang JPA.BP.SPPP.B04
  • Buat pengakuan ahli Kumpulan Wang Simpanan dalam Borang JPA.BP.SPPP.B04
  • Sediakan salinan kad pengenalan, sijil nikah/cerai (jika berkenaan) dan surat beranak anak-anak di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin (bagi anak cacat, tiada had umur di tetapkan. Dapatkan laporan perubatan bagi mengesahkan keadaan tersebut)-JPA.BP.UMUM.B04.
  • Isi Borang JPA.BP.SPPP.B01a dengan membuat rujukan kepada Ketua Jabatan mengenai bank-bank yang menyertai Sistem Pembayaran Pencen Melalui Bank;
  • Lengkapkan dan tandatangan Borang JPA.BP.SPPP.B01a dan pastikan alamat yang diberi adalah alamat tempat tinggal selepas bersara.
  • Pastikan akaun cukai pendapatan/pinjaman perumahan adalah kemaskini dan selesaikan hutang Kerajaan lain
  • Memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Jabatan bagi melengkapkan kertas-kertas persaraan; dan
  • Pastikan Ketua Jabatan mengemukakan kertas-kertas persaraan kepada Bahagian Pencen JPA mengikut jadual masa yang ditetapkan.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...