Sunday 7 October 2012

Program Pasca UPSR 2012

Perancangan Pasca UPSR 2012 memerlukan ketelitian dalam menarik minat murid hadir selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang berakhir pada 14/09/2012/ .  Bermula 18/09/12 bersamaan hari Selasa, di bawah Panitia Agama Islam, Penyelaras tahun Enam Puan Nurshanty bt  Hassan Berseri telah merancang  program solat Dhuha, solat Hajat dan bacaan Yassin bertempat di Dewan Tan Sri Mustapha Kamal,SK Taman Bunga Raya 1. Program Post UPSR ini berjalan sehingga 09/11/12 melibatkan aktiviti saringan Protim, Pengajaran dan Pembelajaran selepas waktu rehat, SMERP, Persiapan Hari Usahawan, Program Membaca 1 Malaysia (PSS) termasuk pertandingan bahan bacaan ringan bagi Bahasa Melayu dan "Idioms/Proverbs" bagi Bahasa Inggeris, Lawatan Ke Universiti Teknologi Petronas, Perak, Pertandingan Nasyid / Nyanyian dan Gerakan, Pertandingan Gubahan hantaran, Pertandingan Rekacipta ,Pertandingan Gubahan Bunga, Pertandingan Tatarias, Ceramah Awal Remaja , Ceramah Bahaya Dadah dan Rokok, Ceramah Selangkah Ke Sekolah Menengah, Pertandingan Permainan seperti Bola jaring, Bola Sepak, Bola Tampar Campuran ,Rounders Campuran dan Sukan Mini.

Sekitar Solat Dhuha, Hajat dan Bacaan Yassin 18-28/9/12
Lawatan
Guru Pengiring Lawatan ke UTP,Perak
Di Dewan UTP

Sekitar Pertandingan Nasyid / Nyanyian & Gerakan
 
Sekitar Program 08/10/12 (Pertandingan Gubahan Hantaran dan Rekacipta)
                                         
Di Dewan Tan Sri Mustapha
Di Bilik Kemahiran Hidup
 
Gubahan Hantaran Murid 6 Harmoni bersama guru kelas Puan Zammala bt Miskon 
Gubahan Hantaran 6 Bestari bersama Puan Shalihatun bt Selamat 
Gubahan Hantaran Murid 6 Amanah 2012
Puan Julaidah bersama murid 6 Dinamik 
Murid-Murid lelaki Tahun 6 dalam bilik Kemahiran Hidup dalam pertandingan Rekacipta


Murid lelaki menyiapkan rekacipta tempat letak telefon dengan kaedah gam

Ketekunan Mohd Iqmal menyiapkan tempat letak telefon dengan kaedah menjah9it


Aktiviti post UPSR yang berjaya menarik minat murid hadir ke sekolah selepas peperiksaan
                                      
Ketekunan murid membuat menyiapkan rekacipta kumpulan mengikut agihan kerja
Program Pendidikan Awal Remaja mengikut gender
10/10/2012



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...