Tuesday, 9 August 2011

Ihya' Ramadhan 2011/1432 H dan Majlis Khatam Al-Quran SKTBR 1




Ramadhan bulan paling mulia yang merupakan penghulu segala bulan mengikut pandangan Islam. Oleh kerana itu
sudah sewajarnyalah bulan ini disambut dengan sebaik mungkin dengan menganjurkan berbagai aktiviti untuk memeriahkan kehadirannya. Panitia Agama Islam (PAI) dan Unit Kebajikan Murid diberi tanggungjawab untuk mengendalikannya melalui pelbagai aktiviti yang dipanggil sebagai IHYA’ RAMADHAN.

Kesempatan dalam peluang yang diberi Allah untuk bertemu Ramadhan 1432 Hijrah , PAI Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1,Bukit Beruntung mengharapkan setiap warga SKTBR 1 dalam bulan yang baik ini merebut, menyertai ,terlibat , mengumpul dan dimanfaatkan sebanyak mungkin setiap program .

Berikut adalah objektif Program Ihya' Ramadhan PAI SKTBR 1 dan Unit Kebajikan Murid Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 sempena Ramadhan Al-Mubarak:


1. Mengimarahkan bulan Ramdhan dengan aktiviti yang berfaedah dan
      memberi informasi yang bermanfaat kepada murid-murid

2. Mengingatkan murid-murid mengenai kewajiban berpuasa dan keistimewaan
      bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

3. Menambah pengetahuan murid-murid dalam ilmu keagamaan disamping
      memantapkan lagi penghayatan amalan harian mereka.

4. Memberikan keinsafan dan rasa kesyukuran yang tidak terkira kepada Allah
      di atas segala nikmat dan kurniaanNya kepada kita

5. Menerbitkan keazaman dan semangat yang kental untuk mengubah diri
      kepada keadaan yang lebih baik sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.


Pengisian Ihya' Ramadhan seperti berikut:


1. Tazkirah untuk guru-guru dan kakitangan sokongan serta murid-murid
    mengikut tajuk

2. Pertandingan Bercerita kisah-kisah Nabi

3. Pertandingan Hafazan Ayat Lazim

4. Bertadarus melibatkan 300 peserta dan 30 orang murid Khatam Al-Quran

Bermula 2 Ogos sehingga 25 Ogos 2011 di Dewan Tan Sri Mustapha Kamal, SKTBR 1,di jalankan waktu rehat. Bagi kumpulan bertadarus dijalankan selepas sekolah mengikut kelapangan Guru-guru dan Kakitangan Sokongan dan waktu KoKurikulum mengikut sesi.

Majlis Khatam Al-Quran

Merupakan satu daripada aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam bagi menyemarakkan lagi bulan yang penuh keberkatan ini iaitu bulan Ramadhan. Majlis ini adalah kesinambungan daripada Majlis Tadarus Al-Quran sempena Ramadhan Al-Mubarak. Bertepatan dengan matlamat akhir Ramadhan iaitu melahirkan insan yang bersih dari rohani dan jasmani melalui ibadah puasa dan amalan sunat yang lain, maka diharap majlis ini dapat menjadi saluran kepada pelajar dan guru untuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.

OBJEKTIF

1. Melahirkan warga sekolah yang celik Al-Quran dan menghayati isi
    kandungannya
2. Menggalakkan ibadah membaca Al-Quran di kalangan guru dan murid.
3. Memberi penghargaan kepada murid yang telah khatam Al-Quran dan
    motivasi kepada murid lain
4. Memberi pendedahan kepada guru dan murid tentang perlaksanaan Majlis


Khatam Al-Quran.

BUTIRAN MAJLIS


Tarikh / Hari : 26/8/2011 (Jumaat)

Masa : 8.30 – 11.30 Pagi

Tempat : Dewan Tan Sri Mustapha Kamal

SK Taman Bunga Raya 1, Bukit Beruntung


2. KUMPULAN SASARAN

Pelajar Khatam Al-Quran : Seramai 30 orang pelajar murid tahun 6.


3. ATURCARA MAJLIS KHATAM AL-QURAN


8.30 – 8.35 : Ucapan Pengerusi Majlis

8.35 – 8.40 : Bacaan Doa

8.40 – 8.50 : Perarakan masuk peserta Khatam Al-Quran

8.50- 9.00 : Ucapan Perasmian Majlis Khatam Al-Quran oleh Guru Besar

9.00-10.30 : Majlis Khatam Al –Quran

10.30-10.45 : Bacaan Doa dan Nasyid Khatam Al-Quran
                        (edaran bunga telur)

10.45-11.00 : Penyampaian cenderahati kepada peserta khatam dan
                        sumbangan kepada kepada anak yatim dan miskin

11.00 -11.30 : Agihan bungkusan berbuka puasa dan bersurai

Pelajar Moral diselia oleh :

Pn.Norliza dan guru-guru yang mengajar moral Tahun 4,5 dan 6.




Tadarus turut dikendalikan oleh Puan Nur Fitriani, Kakitangan sokongan
 

Hafazan Ayat Lazim Murid-murid tahun 1 di kendali oleh Ustaz Khairi


Tazkirah Murid Tahun 5

Tazkirah oleh Ustazah Zamnis dan Ustazah Hamidah Othman
bagi Pentadbir,Guru-guru Tahun 1 dan PPKI



Pentadbir dan Guru Lelaki khusyuk mendengar tazkirah
Ustazah Salinah Ayon dan Ustazah Ruzaiton memberi  tazkirah
kepada Kumpulan Guru  Tahun 6 dan Kakitangan Sokongan

 


Wednesday, 3 August 2011

Teks Ucapan Puan Azian Sali Tokoh Guru Bulan Julai

Assalamualaikum wbt........
Yang Berusaha Pn. Zalinah bt Zubir Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1), Yang dihormati barisan pentadbir, rakan-rakan guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
BERSYUKUR kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita diberikan kesempatan untuk berhimpun di pagi ini. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Guru Besar dan guru-guru SKTBR (1) kerana membenarkan saya menyampaikan sedikit ucapan di majlis yang besar ertinya kepada diri saya sebagai warga pendidik.



Semua guru memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan murid-murid. Alhamdulillah, hari ini saya dengan sokongan warga SKTBR (1) telah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Pendidikan. Pencapaian ini saya anggap penting bagi diri saya sebagai suatu usaha peningkatan ilmu dalam bidang pendidikan bagi mendidik murid-murid dikasihi sekalian.

Kejayaan ini diharapkan dapat menjadi pencetus semangat kepada murid-murid untuk berjaya dalam menimba ilmu dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang terutamanya murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR.

Murid-murid, warga SKTBR (1), segala kejayaan yang dicapai tidak seharusnya melekakan kita. Benar, sebahagian murid-murid mungkin telah mencipta banyak kejayaan, tetapi ini tidak bermakna bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya di masa hadapan tanpa usaha yang berterusan.


Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baru yang menuntut supaya kita sentiasa meneroka pendekatan terkini, melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan ( lebih cemerlang).
Sempena majlis yang penuh bermakna ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada kepada Guru Besar, guru-guru dan yang dikasihi murid-murid sekalian yang banyak membantu dan mendorong saya untuk mencapai kejayaan ini.



Guru itu umpama lautan luas
Menghampar ilmu tidak terbatas
Bagai ombak keras bergelombang
Kepada murid mendamai tenang
Guru itu laksana gunung
Semua murid akan dibimbing
Persis batu dan pasir terdampar
Tugasnya mulia mendidik mengajar

Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung untuk mendapatkan kejayaan ini . Kepada rakan guru, saya berdoa dan berharap supaya segala cita-cita dan usaha kita dalam meningkatkan kualiti pendidikan, membina negara bangsa yang sejahtera dan harmoni diberkati dan dipermudahkan oleh-Nya.
Sekian ..... terima kasih, Warga SKTBR (1).





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...