Saturday, 8 October 2011

Taklimat Pengurusan Hal Ehwal Murid Hulu Selangor



Peringkat sekolah di bawah AJK Pemilihan KWAPM boleh memilih mengikut kelayakkan Rm720 bagi pendapatan penjaga dan Rm180 perkapita keluarga. Minit mesyuarat mesti di simpan di dalam fail untuk rujukan.

TAKLIMAT OLEH:
En. Darul Irwan b. Dato Hj. Dangiran,
Penolong Pengarah Bidang Tajaan Biasiswa JPS

5 Perkara Utama Taklimat SMM
 


BERITA BERGAMBAR




Buku Rujukan Pemantauan HEM

PEMANDANGAN PERSEKITARAN SK ULU YAM BHARU





Bangunan lama yang masih dikekalkan
Dinding Bangunan Sekolah


  1.   Istilah Penggunaan dalam Biasiswa
  2.   Tarikh: Permohonan BKP (Akhir Februari tahun semasa)
  3.   Permohonan BKPU (Akhir Jun tahun semasa)
  4.   Isu:
a. Maklumat tidak lengkap menyebabkan nama pemohon tidak wujud di dalam sistem permohonan  
    Biasiswa  contoh  pendapatan keluarga
b. No. Kad pengenalan palsu atau salah – menyebaban permohonan menghadapi masalah membuka akaun
    kelompok BSN.

5. Buku Senarai semak bagi Pemantauan Hal Ehwal Murid

Dapatan Pemantauan Pengurusan Biasiswa
(Teguran Audit Biasiswa 2006)
a. Pelajar tidak layak terima biasiswa tetapi berjaya mendapat biasiswa
b. Tiada AJK
c. Kuasa pemilihan hanya pada guru secara total
d. Pemilihan tidak telus dan meragukan
e.Tidak mengadakan mesyuarat semasa proses pemilihan calon
f. Guru Biasiswa yang bertukar tidak menyediakan nota serahan tugas kepada guru ganti.

Dapatan Pemantauan 2011

i.   Tidak mengadakan mesyuarat semasa proses pemilihan calon (senarai pendek)
ii.  Guru biasiswa yang bertukar tidak menyediakan nota serahan tugas kepada guru ganti 2006
iii.  Sistem pengurusan fail dan surat menyurat – membezakan dokumen sokongan dan surat .
iv. Taklimat kepada ibu bapa penerima biasiswa berkaitan dengan penggunaan duit biasiswa – elakkan salah 
     guna  kegunaannya.

    *Biasiswa Sukan – anak guru juga boleh dapat asalkan aktif (buku terdapat di sekolah)

KWAPM ( Kumpulan Wang Amanah Pelajar Malaysia) : HASIL PEMANTAUAN

i.     Fail /rekod pengurusan yang tidak tepat (tindakan: Fail terbitan – Folder 3)
ii.    Lebihan KWAPM tidak dipulangkan ( SPK Bil 6 tahun 2010 – sebelum 31 Oktober tahun semasa )
iii.   Tiada borang permohonan KWAPM tetapi nama murid dalam borang rumusan permohonan ( Guru
      Penyelaras Kwapm bertanggungjawab dan jujur)
iv.  Keluarga penerima KWAPM melanggan ASTRO dan mempunyai lebih daripada 1 kenderaan
      Bantuan peringkat sekolah meneliti semua permohonan yang di luluskan dan boleh menolak permohonan 
      dalam mesyuarat tersebut)
v.  Tiada tandatangan dan kelulusan pada bahagian E-Borang permohonan individu ( Guru Besar memastikan
      semua borang permohonan di lengkapkn dan disimpan untuk tujuan audit /pemantauan)
vi. Kenyataan pendapatan dalam borang permohonan tidak sama dengan borang rumusan permohonan
     ( penyelaras KWAPM mestilah jujur dan bertanggungjawab)

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
(Teguran Jabatan Audit Negara Tahun 2009)

i.   Perjanjian Pembekalan RMT
ii.  Kelayakkan Penerima RMT
iii. Menut RMT
iv. Penyediaan Makanan RMT
v. Pelaksanaan Aktiviti RMT


Sila patuhi prosedur yang termaktub di dalam Pengurusan RMT bersama Pengurusan Kantin.


CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

i.     Perjanjian Pembekalan- memberi fleksibiliti kepada pembekal
       SPK RMT kew bil 1/2010 bertarikh 7 Januari 2010
ii.    Penekanan kaedah penyediaan makanan bermasak dengan membenarkan Jawatankuasa RMT sekolah 
       untuk menguji masakan yang bermasak dan seterusnya menolak makanan yang tidak menepati kualiti
iii.   Pemantauan bersepadu
iv.   Penglibatan kerjasama PIBG


Penutup

Dengan penambahbaikan yang dicadangkan ini, pelaksanaan RMT di jangka memenuhi objektif yang ditetapkan demi untuk memperbaiki keadaan kesihatan murid dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pencapaian akademik murid dalam golongan keluarga berpendapatan rendah.



 
 

Friday, 30 September 2011

Puan Hamidah Bertukar Ke SK Kerling



Tanggal 16 September 2011 merupakan tarikh akhir bagi Puan Hamidah binti Nipah, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SK Taman Bunga Raya 1 berkhidmat di sekolah ini.

Memulakan tugas di sekolah ini pada 16 Mei 2008 dengan membawa beberapa penambahbaikan dalam pengurusan Unit HEM. Sebagai seorang guru yang pernah berkhidmat di Sekolah Menengah dan pernah menjawat jawatan penting di sekolah rendah, jumlah murid seramai 2843  pada tahun 2008 merupakan satu cabaran kerjaya pendidikan .Ketika itu mantan Guru Besar Encik Hashim merupakan Guru Besar pertama beliau . 

Pada Ogos 2008, Guru Besar Puan Zalinah binti Zubir melaporkan diri dan beliau memulakan kerja berganding bahu dengan seorang Guru Besar perempuan malahan kesesuaian dari faktor umur.

Unit HEM di bawah beliau telah mula menampakkan kecemerlangan apabila  Unit SPBT telah dinobat Naib Johan Pengurusan SPBT Negeri Selangor. Ketegasan dan keprihatinan beliau merupakan sentuhan tersendiri beliau dalam memastikan keberkesanan pengurusan unit HEM, SK Taman Bunga Raya 1 terus mendapat kerjasama dari guru-guru dan ibu bapa demi kepentingan murid-murid sekolah ini . Segala khidmat bakti Puan Hamidah mendapat rahmat Allah yang berpanjangan, insyaAllah. Semoga Puan Hamidah dapat meneruskan kecemerlangan perkhidmatan beliau sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum di SK Kerling, Hulu Selangor dan seterusnya selamat maju jaya dalam dunia pendidikan.

Ucapan Wakil Pentadbir

Ucapan Wakil Murid


"Hormat ibu bapa, hormat Guru dan hormat orang yang lebih tua"

Sebak ketika "Nasihat Terakhir" dalam majlis khas

Kek Hadiah dari Kelab Guru & Kakitangan sempena  sambutan hari  lahir  18 September 2011


Bersalaman dengan Ketua Unit SPBT  Puan Salinah Ayon


Cik Nor Aisyah  menyampaikan cenderamata dari  Kelab Guru

Dr. Izhar Che Mee YDP PIBG SKTBR 1 menyampaikan cenderamata  PIBG

Dari Rakan-rakan sejawat , En. Hadi, Pn Fauziah dan En Ariifin (tiada di foto En. Zaini Mat Lazin GPK PTG)



Bersalaman dengan murid-murid






Bermaaf-maafan bersama AJK Disiplin SKTBR 1 En. Zamharis dan En Shuib

Bersama AJK Disiplin En Maswadi

Turut mengucapkan selamat bertukar  semua kakitangan swasta pembersihan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...