Friday 30 September 2011

Puan Hamidah Bertukar Ke SK Kerling



Tanggal 16 September 2011 merupakan tarikh akhir bagi Puan Hamidah binti Nipah, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SK Taman Bunga Raya 1 berkhidmat di sekolah ini.

Memulakan tugas di sekolah ini pada 16 Mei 2008 dengan membawa beberapa penambahbaikan dalam pengurusan Unit HEM. Sebagai seorang guru yang pernah berkhidmat di Sekolah Menengah dan pernah menjawat jawatan penting di sekolah rendah, jumlah murid seramai 2843  pada tahun 2008 merupakan satu cabaran kerjaya pendidikan .Ketika itu mantan Guru Besar Encik Hashim merupakan Guru Besar pertama beliau . 

Pada Ogos 2008, Guru Besar Puan Zalinah binti Zubir melaporkan diri dan beliau memulakan kerja berganding bahu dengan seorang Guru Besar perempuan malahan kesesuaian dari faktor umur.

Unit HEM di bawah beliau telah mula menampakkan kecemerlangan apabila  Unit SPBT telah dinobat Naib Johan Pengurusan SPBT Negeri Selangor. Ketegasan dan keprihatinan beliau merupakan sentuhan tersendiri beliau dalam memastikan keberkesanan pengurusan unit HEM, SK Taman Bunga Raya 1 terus mendapat kerjasama dari guru-guru dan ibu bapa demi kepentingan murid-murid sekolah ini . Segala khidmat bakti Puan Hamidah mendapat rahmat Allah yang berpanjangan, insyaAllah. Semoga Puan Hamidah dapat meneruskan kecemerlangan perkhidmatan beliau sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum di SK Kerling, Hulu Selangor dan seterusnya selamat maju jaya dalam dunia pendidikan.

Ucapan Wakil Pentadbir

Ucapan Wakil Murid


"Hormat ibu bapa, hormat Guru dan hormat orang yang lebih tua"

Sebak ketika "Nasihat Terakhir" dalam majlis khas

Kek Hadiah dari Kelab Guru & Kakitangan sempena  sambutan hari  lahir  18 September 2011


Bersalaman dengan Ketua Unit SPBT  Puan Salinah Ayon


Cik Nor Aisyah  menyampaikan cenderamata dari  Kelab Guru

Dr. Izhar Che Mee YDP PIBG SKTBR 1 menyampaikan cenderamata  PIBG

Dari Rakan-rakan sejawat , En. Hadi, Pn Fauziah dan En Ariifin (tiada di foto En. Zaini Mat Lazin GPK PTG)



Bersalaman dengan murid-murid






Bermaaf-maafan bersama AJK Disiplin SKTBR 1 En. Zamharis dan En Shuib

Bersama AJK Disiplin En Maswadi

Turut mengucapkan selamat bertukar  semua kakitangan swasta pembersihan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...