Wednesday 21 September 2011

SEMINAR PENGAUDITAN AKAUN SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN N.SELANGOR


UCAPAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI SELANGOR
                                                    Tn. Hj Abdullah b. Mad Yunos


Dengan  memulakan salam ukhwah dan salam 1 Malaysia, Pengarah menyatakan Selangor merupakan negeri yang besar dari segi kepadatan penduduk dan pelbagai cabaran. Berasal dari Kedah bermula dengan kerjaya di Sarawak seterusnya di Kedah dalam berbagai fungsi. Ia merupakan pengalaman kerjaya dalam pendidikan walaupun ia tidak menjadikan beliau sebagai pakar. Beliau memberikan ucapan tahniah kepada Majlis Guru Besar Selangor yang menanggung keseluruhan perbelanjaan seminar sinonim dengan  peranan pertubuhan ini bagi membantu rakan sejawat dalam tugas profesional sebagai pentadbir-pentadbir Sekolah Rendah Kebangsaan. Nasihat beliau pengurus-pengurus sekolah perlulah memainkan peranan sebagai fungsi utama dengan akauntabiliti sebagai pengurus di sekolah yang berwibawa dan proaktif . Sewajarnya pengurus sekolah berani bertindak atas keupayaan autoriti yang datang bersama tanggungjawab . Amanah di kerusi Guru Besar ialah menjalankan tugas sebagai fungsi-fungsi seperti menghayati mandat yang diberi. Penghayatan tindakan terhadap dasar seperti melaksanakan program LINUS kerana tidak mahu pihak Audit KPM / Linus menyatakan pentadbir tidak peka terhadap perkembangan semasa. Beliau mahu murid-murid di bawah pentadbirannya  mendengar, melihat dan menghayati serta berupaya mengamalkan dimana Guru Besar sewajarnya prihatin tentang perkembangan ini.

Sebagai CEO , Guru Besar mempunyai pengetahuan dalam tindakan mengurus terhadap sumber manusia yang merupakan tenaga kerja penting seperti guru dan kakitangan yang di bawah kawalannya, sumber kewangan , material (bangunan dan peralatan) yang semestinya memerlukan  kemahiran dan pengetahuan dalam melaksanakan tugasan sebagai pengawal di sekolah.

Merujuk kepada kewangan, beliau menegaskan 3 elemen pengurusan kewangan :-
i.                 Akauntabiliti 
( Kena jawab bila ditanya oleh pihak-pihak berkuasa seperti Audit malahan Guru Besar juga kena tanggung risiko). Oleh itu kemahiran berkaitan mengurus kewangan sangat serius. Sebagai pengurus kita perlu tahu konsep khusus dalam kewangan seperti penerimaan, stok, pembayaran sekali lagi  beliau menegaskan pentadbir wajar mencari ilmu tersebut.

ii.             Tatacara dan kaedah mengurus mengikut prosedur kewangan 
iii.             Berhemah
     
Beliau menyatakan seminar hari ini merupakan ruang untuk menambah ilmu dalam salah satu elemen mengurus iaitu Pengurusan Kewangan.


Beliau juga mengingatkan sebagai Ketua / Pengurus sekolah , Guru Besar juga boleh melihat masa depan sekolah yang lebih luas dan dalam masa yang sama melihat isu pendidikan secara berfokus.












                                     
Guru Besar Negeri Selangor

Ucapan Perasmian oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor

Guru Besar dari 10 Pejabat Pelajaran Daerah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...