Wednesday 7 September 2011

MAJLIS RESTU ILMU MURID TAHUN 6 / UPSR 2011

Assalamualaikum wbt.

Salam Eidul Fitri ,salam kemerdekaan dan salam UPSR 2011

Yang berbahagia NYDP PIBG, tuan Haji Abdul Manaf bin Shariff dan barisan AJK PIBG 2011,
Yang berusaha barisan Penolong Kanan,  Barisan Guru-Guru SK Taman Bunga Raya 1 yang  dedikasi, Ibu bapa serta anak-anak  cemerlang Tahun 6 yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2011 Yang diRahmati Allah .

Alhamdulillah, 10 Syawal meniti kegemilangan selepas kita umat Islam berjaya melepasi Ramadan 1432 Hijrah dan ada dikalangan anak-anak yang dirahmati Allah ini telah mula menyambung dengan puasa 6 sebagai munajat diri dalam persiapan mental ,emosi,rohani dan fizikal.

Selepas 5 tahun 8 bulan, telah tibalah masanya yang di nanti-nantikan dimana anak-anak tuan puan akan menduduki UPSR 2011 pada 13 hingga 15 Ogos 2011 bersamaan hari Selasa hingga Rabu. Jadual peperiksaan telah diedar sebelum sekolah bercuti menyambut Hari Raya.

Di saat-saat akhir sebelum menghadapi peperiksaan kita perlulah mengambil tanggung jawab bersama yang selama ini guru-guru yang mengajar tahun 6 dan guru-guru kelas bimbingan seoptimam memberi, berkongsi, mendidik ,menasihati, membimbing dengan rasa kasih sayang sepenuhnya mencurah ilmu dunia dan akhirat.

Selepas majlis restu ini pihak sekolah kembalikan anak-anak tahun 6 kepada ibu bapa dan penjaga secara rasminya.

Pada minggu ini, saya berkesempatan mencungkil perasaan anak-anak dan rata-rata mereka menyatakan perasaan debaran, perasaan gelisah dan tidak yakin .Pihak sekolah mengharapkan sentuhan akhir ibu bapa atau penjaga dapat meningkatkan semula semangat anak-anak setelah pihak sekolah mengasak anak-anak dengan 7 latihan  ujian peperiksaan secara formal, memberi dan membekalkan kueh raya dengan kertas-kertas latihan tetapi alhamdulillah pihak sekolah tidak mengabaikan keperluan rohani mereka dengan melibatkan 300 murid program tadarus serta mengkhatamkan alquran seramai 30 orang murid tahun 6 pada 26 September 2011. Selain itu ibu bapa juga perlu maklum, unit bimbingan dan kauseling turut memberi ibu atau bapa angkat terdiri dari guru-guru yang dikenali dengan program Mentor –mente kepada anak-anak tahun 6. Tidak kurang juga unit Bimbingan dan kauseling turut membuat lawatan ke rumah bagi yang berkeperluan khas.

Bagi mengurangkan rasa tekanan belajar, pihak sekolah memberi ruang riadah kepada anak-anak ini dengan memberi peluang murid-murid tahun 6 terlibat dalam aktiviti ko kurikulum di peringkat daerah , negeri , kebangsaan dan peringkat Asia khususnya bagi tahun 2011 untuk melengkapkan peluang ke asrama penuh jika mereka layak dengan keputusan minima 3A 2B apa pun sudah tentu keutamaan bagi mereka yang mendapat 5 A dengan cemerlang ko 
kurikulum.

Saya yakin, pihak sekolah telah memberi secukupnya keperluan emosi, fizikal dan mental dalam persediaan menghadapi UPSR melepasi keperluan anak-anak yang akan mengambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), yang mana saya percaya mereka akan merasa kehilangan nikmat sentuhan guru-guru SK Taman Bunga Raya 1 bila mereka berada di Sekolah Menengah.

Merujuk kepada buku-buku dan latihan-latihan yang dibekalkan, di pohon ibu bapa meneruskan khususnya hujung minggu ini, biarlah muka mereka jadi ketupat atau lemang yang penting :iklan Lemang Rentung Tapi Tak Hangus: umpama biarlah mereka bersedia secara focus kepada setiap 5 mata pelajaran.

Kita sering bicara  berkaitan kualiti sudah tentu kita mengharapkan 5 A  berbanding dengan sekadar lulus semua matapelajaran.  Jadi anak-anak yang dirahmati Allah, jika kamu tidak gembira dan bersyukur ketika menerima Rm 1 sebagai duit hari raya, samalah kami guru-guru dan ibu bapa kamu juga tidak akan gembira dengan nilai 1 A sahaja. Begitu juga dengan nilai 5 E atau 5 D: yang membawa maksud gagal semua mata pelajaran.

Pengajarannya, saya mohon ibu bapa ingatkan anak-anak ini, bersungguhlah ketika menjawab setiap kertas peperiksaan kerana alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang mendaftar untuk peperiksaan biarlah mendapat yang terbaik rekod diri mereka. Ini bukan Cobaan tetapi benar-benar tercatat sebagai sejarah pedidikan awal mereka. Apa pun keputusan yang bakal mereka terima , mereka tetap akan masuk ke sekolah menengah , insyaAllah Cuma kita perlu meletakkan keutamaan pencapaian yang ceemerlang sebagai lambang persediaan anak-anak tahun 6 sebelum masuk ke alam persekolahan sekolah menengah.

Saya selalu mengingatkan anak-anak, 1 A untuk diri mereka sendiri, A ke 2 untuk ibu bapa mereka, A ke 3 untuk guru-guru mata pelajaran tahun 6, A ke 4 untuk SKTBR1 (melibatkan barisan penolong kanan dan guru-guru dari PPKI hingga guru-guru tahun 6) dan 5 A merupakan hadiah untuk saya sebagai Guru Besar mereka yang sentiasa mengharapkan hasil cemerlang mereka bagi memenuhi tuntutuan Sub NKRA dalam pendidikan yang menuntut dan membuktikan sekolah ini mengutamakan keberhasilan dalam pendidikan sepanjang tahun persekolahan.

Untuk pengetahuan ibu bapa, anak-anak tahun 6 ini, boleh untuk 5A ,cuma mereka perlukan suntikan semangat dan peringatan setiap hari setiap pagi pada hari-hari peperiksaan. Ingatkanlah mereka, banyakkan istighfar bagi murid Islam,zikir, fokus, pastikan baca semua soalan dan semua jawapan, ingatkan tulisan yang kemas sebagai tips mengambil hati pemeriksa kertas, jawapan yang terbaik, menfaatkan masa, tidur dan rehat yang secukupnya pada malam sebelum peperiksaan, tenangkan fikiran dengan mengambil nafas yang panjang bagi mengurangkan debaran atau fikiran yang bercelaru, minum manis sekurang-kurangnya setiap pagi dari rumah bagi persedian tenaga kerana lebih banyak berfikir tenaga akan berkurangan, bawa bekalan air suam serta makan sewaktu rehat bagi mengelakkan pitam sewaktu di dewan peperiksaan. Jika anak-anak berhajat berpuasa, pastikan mereka mengambil makan dan minum sewaktu bersahur. Murid juga perlu diingatkan tidak membincangkan kertas soalan yang telah berlalu serta persediaan mental sewaktu pagi ialah murid perlu hadir seawal  7.15 pagi mengelakkan keadaan kelam kabut serta tidak bersedia. Ibu bapa perlulah setkan masa menghantar anak-anak setiap hari peperiksaan mengikut masa yang ditetapkan oleh sekolah walaupun peperiksaan bermula 
seawal jam 7.50 anak-anak mesti berada  di dewan peperiksaan.

Ibubapa dan anak-anak yang dirahmati Allah:

Peperiksaan UPSR hanya peluang sekali dalam seumur hidup yang penting sebagai rekod diri dan keluarga dalam pendidikan sekolah rendah untuk merebut peluang yang lebih luas ketika di sekolah menengah.

Malam ini (08/09/2011), bermula dengan Jemaah Maghrib bagi pelajar Islam, Pihak sekolah akan  mengadakan bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana. Ia bukanlah yang pertama kerana setiap hari Selasa hingga Khamis kita secara konsisten telah berjaya membuat bacaan yasin.
Hanya Malam ini, saya merayu kepada semua ibu bapa atau penjaga hadir bersama-sama bermunajat memohon keredhaan Allah bersama-sama guru-guru dan anak-anak Jemaah maghrib,bacaan yasin,isyak dan solat hajat perdana semoga doa serta harapan kita terhadap anakk-anak yang akan menduduki UPSR berjaya dengan cemerlang di makbulkan.

Program yang di jalankan di lapangan perhimpunan ini  merupakan percubaan ( untuk rekod majlis seumpama ini di jalankan di Masjid berdekatan), saya memohon hadirin Muslim muslimat membawa sejadah bersama tambahan air untuk bacaan yasin bagi kegunaan anak-anak dan ahli keluarga lain.

Akhir kata, pihak sekolah dengan rasmi menyerahkan semula anak-anak tahun 6 kepada ibu bapa, penjaga dan keluarga mereka. Warga sekolah khususnya guru-guru SK Taman Bunga Raya 1 dengan rendah diri dan rasa kasih dan sayang merestui segala ilmu yang dicurahkan semoga ia terus memberi inspirasi  , semangat dan ketekalan jati diri dalam menghadapi ujian penilaian sekolah rendah 2011.

Barisan AJK PIBG dan ibu bapa,

 Syukur alhamdulillah di atas kesudian tuan puan turut hadir pada majlis Restu Ilmu ini pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih. Saya bagi pihak pentadbir dan guru-guru menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan maaf, sepanjang kami mendidik anak-anak tuan puan sebagai manusia kami tidak terlepas dari membuat kesilapan.

Setinggi penghargaan dari Barisan Pentadbir Sekolah Kepada AJk pelaksana Majlis Restu Ilmu dan semua guru-guru yang telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan terhadap anak-anak tahun 6. Saya percaya, ibu bapa atau penjaga sentiasa memberi sokongan setiap usaha dan apa jua keputusan UPSR 2011.WHU.

Akhir kata, setiap yang baik itu adalah rahmat dari Allah, segala kekurangan itu kerana sebagai manusia kita sentiasa teralpa , pihak sekolah memohon ampun dan maaf sekali lagi.

 Jika semalam kita bermasam muka,
 Esuk lusa kita beraya sakan,
 Jika minggu depan anak-anak duduk periksa,
 Doa dan selawat kami titipkan;

Anak-anak tahun 6 yang cemerlang,GEMILANG,
Harapan bonda kasih di tautkan,
Tekalkan semangat menepis penghalang,
Berserah padaNya hati ditenangkan.

SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2011, KAMI RESTUI SEGALA ILMU :
 assalamualaikum.wbt.

BERITA BERGAMBAR SEPANJANG MAJLIS RESTU ILMU




Guru Besar Menyerahkan Sumbangan Alat Tulis kepada Ketua Darjah
Sumbangan AJK Kecemerlangan Tahun 6


Murid-murd tahun 6  memohon  Restu Ilmu dari Guru-Guru 





4 orang murid  dari 7 orang calon PPKI UPSR


Sentuhan Restu Ibu turut menyuntik semangat



Ibu Bapa murid tahun 6  turut melahirkan Penghargaan kepada Guru-guru




Dewan / Pusat  BEA 101 /  UPSR 2011 telah tersedia


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...